Bismillah.
Malam ini,
aku bebantalkan bantal putih,
Mengalasi akal yang kelam.
Katil yang empuk,
Menyenyakkan hati yang keras,
Damai dan kesunyian,
Yang meneman hati penuh kerisauan.
TMI diharamkan,
Bom di Turki kian menjadi,
Teriakan tahanan Guantanamo,
Menyiksa batin ini.
Wajah anak-anak Syria mengemis,
Di sekitar jalan-jalan Fatih,
Membuat jiwaku letih,
Mengapa masih ada yang tersisih?
Sebutlah segala masalah ummat,
Seakan tiada penamat
Yang terasa bersalah dan berat,
Adalah aku yang tidak berbuat,
Malah tidak mengerah keringat,
Adakah aku juga terlibat,
Menjual maruah ummat?
Adakah aku si pengkhianat?
Yang tidak reti bertaubat?
Risau hati ini tidak akan hilang,
Selagi tidak mampu turut berjuang.
Rasa bersalah tidak akan terhapus,
Selagi berdiam diri tidak dikambus.
Mustahil manusia itu sempurna tanpa salah, tapi kita semua dijanjikan kebaikan jika membaiki diri, dan berkongsi rahmat sesama kita :)
Tuesday, 15 March 2016
Wednesday, 2 March 2016
Apa Sumbangan Terakhir Kamu?
Bismillah...
Oho... tajuk kat atas tu adalah soalan seorang kakak kepada kami sabtu lepas. Termenung dibuatnya..
Antara malu nak cakap, atau tak tahu...
Kakak yang memiliki pandangan mata yang teduh dan senyuman keibuan itu adalah bekas pelajar psikologi di Australia. So jangan terkejut kalau rasa macam dia pandai main suasana... hehe
K.Afrah menunjukkan kami gambar-gambar orang2 yang dikenang sumbangannya di pelosok dunia. Antaranya termasuklah William Scannel. Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang berminat mempelajari bahasa arab dan menyampaikan mesej keamanan kepada kanak-kanak Syria melalui projek poskad yang dimulakannya.
Dan kembali semula kepada soalan tadi... apa sumbangan kita?
Kadang-kadang kita ada banyak sumbangan, tapi disebabkan benda tu terlalu biasa buat menjadikan kita tidak sedar, ianya boleh menjadi salah satu sumbangan. Kita jadi tidak berniat, lantas nilainya kosong. Kita tidak memikirkannya, ia menjadi unconcious act yang tidak dikawal oleh akal apatah lagi hati.
Contoh semasa ke sekolah, senyum pada orang sekeliling adalah sumbangan. Berpakaian rapi dan menjaga keselesaan orang lain adalah sumbangan. Basuh tangan supaya bakteria tidak terkena orang lain adalah sumbangan, belajar dan mengajarkan pada orang lain adalah sumbangan... cumanya ia bergantung pada niat.
Jika muslim berniat kerana Allah, ia lantas menjadi wasilah untuknya mendekati Allah. Inilah yang disebutkan dalam al-Quran di mana mereka yang berbuat baik sebenarnya berbuat baik pada dirinya sendiri.
Niat bergantung pada akal iaitu pemikiran kita apabila mahu melakukan sesuatu. Kita muslim digalakkan berfikir, menuntut ilmu, berinformasi agar semua yang kita buat adalah objective oriented. Tahu sebab musabab satu perlakuan. Tahu hikmah tindakan. Jika satu amalan baik kita fikirkan untuk tujuan baik yang banyak... maka kita akan nampak sumbangan yang banyak. Kita akan lebih sensitif dan bersemangat untuk menyumbang.
Yang kedua adalag bergantung pada hati. Iaitu perasaan. Kalau kita menggunakan perasaan suka, simpati, bermotivasi, dan sebagainya dalam satu-satu pekerjaan, ia akan membentuk cara berbuat dan bertindak dalam sedar.
Orang yang bertindak hanya pakai akal contohnya "saya kira duit sebab nak bajet masa nak berbeli nanti" ibarat robot... semasa dia berbeli, dia tidak menggunakan hatinya untuk mensyukuri rezeki Allah, berbuat baik, memberi salam kepada para pelanggan, tidak terfikir mahu menambah apa yang Allah redha semasa dia membeli belah. Seperti robot, berkerja dengan sistem dan tidak lebih daripada itu.
Orang yang bertindak hanya pakai hati pula akan terlebih emosional. Suka sahaja tapi tak tahu kenapa. Kadang bila sedih, ilmu yang dia ada tidak dapat mengawal kesedihan dia. Ilmu yang dia ada menjadi tidak berguna ketika emosi lebih dipentingkan contohnya ketika marah, mahupun gembira. Jadi tindak tanduknya tak terkawal... itu yang menjadi masalah manusia yang terlalu stress... ilmu agama seperti percaya pada bantuan Allah tidak lagi mampu membantu dirinya.
Dan kakak itu tanya semula kepada kami.. lepas usrah ada tak apa-apa perubahan? Atau hanya pakai akal. Banyak ilmu tapi tak pakai. Tak "rasa" kesannya.
Dalam quran mukmin itu ibarat pohon yang baik, dari benih yang baik, mengeluarkan buah yang baik seizin Allah pada setiap musim. Mengkagumkan penanamnya. Proses menanam dan membaja adalah proses tarbiah. Dan sepatutnya hasilnya buah yang manis, serta manfaat yang banyak. Kerana akarnya kuat, dan tumbuh sihat.
Konklusinya... sumbangan kita banyak, sepatutnya banyak. Kerana tarbiah yang kita lalui selama ini bukan untuk akal sahaja, bukan juga untuk hati sahaja... tapi dalam amal yang disertai kedua-duanya. Barulah nampak dimana sumbangannya.
Wallahualam

Subscribe to:
Posts (Atom)
Entri Terakhir Saya
Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...
-
Bismillah permulaan bagi segala kebaikan. kredit: www.pakistantoday.com Adil...satu benda yang sering dipertikaikan di dunia ini. Sa...
-
Bismillah, permulaan bagi segala kebaikan. Semalam, berkesempatan ikut kawan-kawan pergi Seminar yang diadakan oleh MURSHID untuk pelaj...
-
Bismillah Pada 10 Mei yang lepas. saya berkesempatan mengikuti lawatan sambil belajar ke Çanakkale. Salah satu wilayahnya adalah Gelib...