Thursday, 13 December 2018

Entri Terakhir Saya

Bismillah.



Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka akaun blog ini, katanya; "Nak tulis blog ni best. Tapi nak istiqomah tu susah." Begitulah lebih kurang pesannya, memberi gambaran bahawa saya perlu konsisten jika mahu menulis.

Dalam tujuh tahun ini kalau melihat penulisan-penulisan ketika berumur secangkul jagung (eh.. sekarang dah dua cangkul ke? 😂) nampak benarlah semangatnya, ligat akalnya, buang tabiatnya... Dalam masa yang sama, nampak juga kegopohannya, kecetekan ilmunya, kedangkalan pengalamannya (Masih lagi kot ya.. hehe). Yang baik-baik itu adalah baja kehidupan, sementara yang kedua itu adalah modal pendidikan.

Kadang bila baca entri masa dulu-dulu, rasa macam nak lempang diri sendiri pun ada haha. Bahkan ada entri yang dah di-delete, ada yang dah disimpan dalam draft. Tahu pun malu!

Apakah petandanya itu? Petandanya adalah kita adalah manusia yang terbatas dek masa dan kudrat walau hanya untuk memahami kesilapan diri sendiri. Hakikat itu biarlah menjadi bekal keinsafan dalam segala gerak kerja bahawa kita tak mesti betul setiap masa dan diterima, bahawa boleh saja tersilap di mana-mana. Biarlah keinsafan ini menjadi sebab kita berhati-hati, dan peneman yang menasihatkan diri untuk tak sombong dan lelah untuk belajar dari sesiapa sahaja.

Kalau orang tanya seronok tak menulis? (Kalau ada yang tanya lah.. haha)

Jawapan saya; mestilah seronok. Sebab saya percaya hanya fikiran dan perasaan, persoalan dan permasalahan yang dapat disusun dengan kalimah akan dapat difahami dengan mudah, dan memudahkan penyelesaiannya. Ia adalah proses fikir. Satu ibadah khas yang Allah ciptakan buat akal.

Kalau rasa serabut-serabut tu, cuba menulis. Cuba terjemahkan perasaan dalam penulisan. Penulisan antara terapi yang baik :)

Dan menulis juga adalah rezeki Tuhan memberi peluang kita berkongsi ilmu, berkongsi kebaikan, menyumbang nilai dan prinsip kita. Kalau ikhlas, moga jadi jariah lepas mati. Untung kan?

Dah tu.. kenapa nak tutup blog ni?

Tak tutup, biarkan saja :)

Blog ini saya akan jadikan muzium maya. Tempat untuk tengok balik diri sendiri yang lama bila rasa nak ziarah. Antik kot, mana boleh buang haha.

Tapi menulis tetap menulis. Hanya saya rasa dah sampai masa untuk menulis dengan  cara yang lebih produktif, menulis perkongsian yang lebih mesra-pembaca. Saya impikan penulisan yang lebih mencabar prinsip saya. Sebab kata Aiman Azlan, prinsip itu semakin kukuh bila ia dicabar.

Dah lama selesa jadi penulis syok sendiri. Tak boleh lama-lama... nanti lemau ^^

So?

InsyaAllah akan membuka laman baru sempena tahun 2019 (Excited!.. insyaAllah kalau panjang umur) Doakan saya. Seronok dapat berinteraksi dengan teman-teman pembaca selama ini. Semoga ada lah yang boleh dipakai sebagai manfaat. Salah silap, terlebih terkurang saya, mohon dihalalkan :)

Sampai ketemu lagi.
Dalam doa-doanya,
Dengan ini termeterai,
Blog 7 tahun umurnya.

Assalamualaikum.

















Friday, 30 November 2018

3B: Benda Boleh Buang

Bismillah

shawarma legend Irbid yampunn

"Bidun muhallal" kata pelajar melayu sejati apabila memesan Shawarma  (Sejenis kebap arab) kepada pakcik bermata bulat berhidung mancung itu. 😂

Maksudnya "Tanpa jeruk ya." Kalau bahasa Turki kita sebut "TurÅŸusuz olsun."

Orang Melayu, tak biasa dengan jeruk-jeruk sayur ni. Kita biasa dengan jeruk Pak Ali: yang direndam dalam cuka epal dan madu itu. Kita, selalu dibiasakan dengan benda manis-manis. Lantas bila jeruk dalam Shawarma dirasakan tak kena pada rasa, merosak segala selera, apa lagi... benda boleh buang, kita pesan supaya dibuang. Senang cerita. (tepuk tangan gaya buang habuk).

Dalam hidup kita pun begitulah logiknya. Benda yang membikin kerut dahi, membuat susah hati, yang terpendam dalam-dalam, yang buat benci semakin kelam, kalau boleh dibuang, kenapa tidak dibuang? Ye dak?

Sewaktu saya menulis posting ini, saya baru seminggu dibuang kerja. Sedih itu kalau boleh nak pendam supaya tak ada yang tahu. Tapi itulah, manusia tetap manusia. Pendam lagi berat terasa. Lagi kita bagi masa pada perasaan negatif, lagi pekat jelaslah dia dalam otak dan hati kita. Lagi lama diperap, lagi pahitlah yang kita terpaksa telan.

Dalam keadaan sebegini, tiba-tiba saya terfikir... "Kenapa aku pilih untuk deal dengan perasaan ni ek? Kenapa aku tak buang je? Bukan boleh pakai pun lagi." (Maksudnya kalau pakai jugak tak untung lah)."

Saya terbayang gambaran tong sampah perbandaran dalam hati saya. Saya campak dalam tong sampah itu memori-memori yang tidak menambah nyaman dalam hidup saya.

"Babai.. sampai tidak ketemu lagi.." dengan bahagia memori itu akan dilupuskan. (Gelak jahat huahaha)

Benda boleh buang, buat apa simpan kan?

Posting kali ini posting main-main, saja berkongsi cara saya deal dengan perasaan. Mana tahu bermanfaat kan? Sekali sekala bermain dengan susunan kalimah ibarat mengemas 'rumah' akal yang sepah.

Dalam agama kita pun ada diajar, pesan Rasulullah s.a.w pada kita:

Ù…ِÙ†ْ Ø­ُسْÙ†ِ Ø¥ِسْلاَÙ…ِ الْÙ…َرْØ¡ِ تَرْÙƒُÙ‡ُ Ù…َا لاَ ÙŠَعْÙ†ِيهِ
Di antara kebaikan islam seseorang adalah meninggalkan hal yang tidak bermanfaat”  
(HR. Tirmidzi)
Kadang bila rasa toxicated, exhausted, dan segala -ted -ted yang ada haha, mungkin sebab kita dah lama tak tekan butang "clear" dalam hati kita. Butang "clear" untuk clear-kan semua yang menyakiti, menggelap dan mengotori hati. Benda Boleh Buang... jangan simpan.

Sampai jumpa lagi teman-teman :)




Thursday, 22 November 2018

Kalau Ibu Ayah kita...

Bismillah



Nukilan ini saya tuliskan khas buat kawan-kawan atau adik-adik yang sedang berjuang menghargai ibu ayahnya. Semoga coretan ini dapat menguatkan langkah, dapat menjadi teman perjalanan.

Kita semua, adalah anak-anak yang mencari kebahagian bukan? Dan kerap kali, kita mahukan ianya bermula dari orang yang kita sayang iaitu ibu ayah kita. Tapi ada waktu-waktu ianya tidak terjawab seperti kemahuan kita. Sehingga kita meragui kasih sayang mereka. Sehingga kita berasa terpinggir, bahkan terasa seperti terusir. Mari bersama saya, kita menyelam kata hati...

Kalau Ibu Ayah kita,
Tak bertanya khabar kita,
Hambar mendengar cerita kita,
Kadang yang memenuhi fikiran mereka,
Yang menarik seluruh keceriaan mereka,
Justeru adalah kerja-kerja dunia,
Yang digagahi untuk kita.

Kalau Ibu Ayah kita,
Terlalu suka mengarah kita,
Mahu berkuasa dalam setiap urusan kita,
Membuat kita seperti tidak dipercaya,
Seperti diperbudak sepanjang masa,
Boleh jadi Ibu Ayah kita,
Mahu yang terbaik dari kita,
Maka alangkah gembira mereka,
Andai kita menjadi yang terbaik,
Walau dalam keputusan kita.

Kalau Ibu Ayah kita,
Berkira memberi pada kita,
Seperti kita ini penganggu harta,
Boleh jadi cara mereka memberi,
Bukan dengan cara fahaman kita,
Doa, didikan dan korban mereka,
Tak terbayar oleh kita.

Kalau Ibu Ayah kita,
Benar ada zalim kepada kita,
Benar ada noda tak terampun dunia,
Andai bukan pintu kita menerima,
Pintu lain bukan tempat mereka,
Kita sendiri lahir melihat dunia,
Melalui wasilah mereka,
Maka biarlah peluang melihat kehidupan,
Dari kita pula.

Kalau Ibu Ayah kita,
Berpisah dan abaikan kita,
Tiada tersisa kenangan buat bekal kita,
Biarlah cebis harap kasih kita,
Obor rahmat yang sentiasa menyala,
Buat mencari cinta,
Dalam gelap dunia,
Mungkin dalam diri mereka,
Ada harapan itu untuk kita.

Kalau Ibu Ayah kita,
Mengherdik memaki menghina kita,
Mencabut buang percaya diri kita,
Mungkin itu ujian paling besar mereka,
Melihat neraca molek dunia,
Mungkin itu luka pertama hidup mereka,
Yang berulang pada kita,
Luka kan berparut,
Bila sembuh akan membuat lega,
Air mata dari jiwa yang rahmat,
Kan menyubur benih harapan,
Gelap malam,
Biar menyebab kita mencari suluhan,
Yang telah berlaku tak akan berubah,
Namun menjadikannya sebab untuk merubah,
Adalah sebesar kekuatan yang Tuhan beri,
Untuk siapa yang percaya kuasa memberi,
Berilah yang baik-baik,
Sesuai bencimu kerana disakiti.

Ibu Ayah,
Hadiah Tuhan selagi ada,
Harga mereka semakin mahal,
Semakin kita meningkat dewasa,
Semakin tertanam dalam diri kita,
Dibawa ke mana-mana,
Baik pada mereka,
Baik buat hidup kita.











Sunday, 11 November 2018

Bebelan Ulangtahun ^^

Bismillah.


"Qayya, apa rasa dah umur 22?" tanya rakan serumah saya sewaktu tengah sibuk bersiap-siap ke sekolah.

"Entah, rasa dah tua." jawab saya pendek.

Rasa-Dah-Tua... haha, poyo sangat jawapan ni.

Maksud saya bila sebut rasa dah tua, adalah rasa seperti sudah melalui beberapa fasa hidup. Sebelum ini saya tak perasan pun ada perubahan dalam umur dan peribadi. Tapi sekarang, realiti bahawa kehidupan mendewasakan peribadi semakin terasa.

Kalau dulu asyik fikir diri sendiri sahaja, sekarang dah mula terdorong untuk fikir tentang hidup orang lain.

Kalau dulu kerjanya hanya mengikut trend dan hanya menunggu ditolak orang, sekarang dah mula terasa perlu membuat keputusan sendiri dan melangkah walaupun tiada teman akan menyokong pilihan kita.

Kalau dulu selalu menangis sebab disakiti, sekarang ada jentikan untuk menangis bila menyakiti... (Ayat tak boleh jiwang lagi kan? haha, maafkan saya).

Kalau dulu hidup banyak dibentuk "apa yang orang suka", sekarang dah perlu fikir "apa yang kita perlu buat."

Umur dah 22, BARU nak sedar benda-benda ni. Dan rasa berat nak didik diri dan ubah peribadi. Lagi-lagi bila peribadi itu kita dah bela selama berpuluh tahun yang sudah, dah tak lut kata orang 😂

Mungkin boleh saya kongsikan kepada kawan-kawan sedikit yang saya belajar tentang motivasi dalam mengubah diri:

1) Mesti ada orang/tokoh/idola yang kita mahu contohi. Tak jadi macam dia pun tak apalah, tapi dapat tiru sikit-sikit pun jadi.

2) Mesti tanya "How much do you want from it?" Lagi banyak kita mahukan perubahan, lagi besar kita rasakan urgensi perubahan, lagi kuat dan cepat langkah kita.

3) Kalau mahu menjadi ajen perubah, tanyakan diri "How much do you care?" Sebab kadang kita ni tertipu dengan diri sendiri yang macam kisah, tapi tak lebih sekadar menyibuk nak tahu. Jadi daripada menjadi pengusaha mencari solusi, kita selesa menjadi tukang cakap yang petah berbicara.

4) Bagi masa untuk apa yang kita nak jadi. Part ni memang tak ada siapalah boleh tolong. (Video ni best: THE SECRET TO BUILD SELF-DICIPLINE

5) Cari dan duduk bersama orang-orang yang percaya dan mahukan perubahan kita. Jangan membazir masa melayan cemuhan orang yang lebih cenderung melihat keburukan kita. Ya kita ada keburukan, tapi kita perlu sokongan untuk percaya kita mampu berubah, bukan percaya kita memang ditakdirkan hidup dengan kelemahan dan perangai buruk kita.

6) Ikhlas. Yang ni semua tahu kot. Kenapa ikhlas? Supaya walaupun susah atau senang, walaupun sedih atau gembira, kita tetap ada pergantungan untuk tidak berputus asa. Siapa? Mestilah Allah ta'ala. Yang Maha tahu dan Maha melihat usaha kita.

***

Kita kongsi 6 jelah eh. Banyak-banyak lebih baik karang buku kan? hehe

Kalau tahun lepas saya namakan umur 21 sebagai fasa beramal, tahun 22 ini saya namakannya tahun menyediakan diri. Tahun untuk melengkapkan diri dengan bekalan karakter, semangat dan mind-set yang sepatutnya untuk terus melangkah.

Dah 22 dah kot, haha.. orang asyik tanya bila nak kawin?

"Tak prepare lagi, perangai masih macam budak-budak." Jawab saya.

Sekarang tahu tak kenapa umur ini dinamakan "Tahun Menyediakan Diri?" Haha.. ofkos bukan untuk kahwin. Tapi untuk cuba mencari jalan untuk fit-in dengan realiti, sebab orang kata realiti tak akan fit-in dengan kita 😎

Firman Allah ta'ala yang bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, bersiap siagalah kalian, dan majulah (ke medan perang) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama!  (Surah Nisa:71) 


Terima kasih semua yang menjadi sebahagian dalam hidup ini.
Selagi namanya pemberian Tuhan, baiklah dia,
Dan layaklah untuk dihargai
Dan disyukuri.

Sunday, 4 November 2018

Siapa Menang?

Bismillah.


"Kalau dunia ini perlumbaan, kau rasa siapa menang?" tanya Arif.

Faiz yang sedang asyik menulis meletakkan pen yang dipegangnya, sambil mengangkat wajahnya memandang Arif dia berkata:

"Soalan kau tak boleh complicated lagi ke?"

Arif tersengih nakal. 
"Aku tanya serius ni. Jawablah, mana tahu soalan ni keluar exam kau esok. Haha." 

Faiz yang merupakan pelajar pengajian Islam memang sering diusik rakan rumahnya dengan soalan-soalan begini. 'Sesuai' mungkin untuk Faiz. Matanya dilirikkan ke kiri dan ke kanan sambil menggoyangkan kepala seperti menunggu jawapan terbit dalam benak akalnya.

"Kau sebut 'kalau' kan?  Okaylah, kalau dunia ini perlumbaan aku rasa kau kot menang."

"Aik, apahal aku?" Arif pelik.

"Haha, sebab kau lumba sorang-sorang." Jawapan Faiz selamba.

Faiz diam seketika, suka melihat reaksi Arif yang tak menduga jawapannya.

"Iyalah, perjalanan kita kat dunia ni kan sendiri-sendiri. Setiap manusia tu lain jalan hidup dia. Rezeki dia, kurang lebih dia, susah senang dia... semua berbeza. Senang cakap, takdir kita berbeza. Kalau nak lumba dalam hal-hal dunia, letih kot. Kau bayangkan kalau atlet OKU lawan atlet normal, susahkan? Paling kurang pun kalau nak lumba secara adil, biarlah level sama." Faiz menyambung.

"Oh jadi kau nak kata, kita tak perlu kisah hidup orang lainlah dalam dunia ni? Kisah hidup sendiri je? Aku rasa mustahillah." Arif seakan melemparkan kata-katanya ke langit.

"Kenapa?" Tanya Faiz.

"Sebab kita kan selalu diajar untuk compete. Kalau kat sekolah, kena compete anugerah pelajar cemerlang. Kalau dah masuk uni, kena kejar anugerah dekan. Kalau kerja kena berebut kerja yang bagus. Bukan ke semua tu perlumbaan? Nak taknak kau kena bergerak sama laju dengan langkah orang lain. Kalau tak kau ketinggalan. Orang pandang kau sebelah mata. Tak ke gitu?" Arif menghabiskan kalamnya dengan sekali nafas.

"Eh kejap, kau kata tadi 'Orang' yang akan pandang kau sebelah mata kan? Orang kan?" Faiz menjelaskan soalannya.

"Yelah, tak kan raksaksa gorgon kot?" Arif mengangkat kening.

"Aku tak maksudkanlah kita tak perlu berusaha untuk dapatkan benda-benda baik yang kau sebut tadi. Tapi kita usaha semua tu bukan untuk orang."

"Orang boleh kata apa orang nak kata. Tapi yang tahu kemampuan kau, circumstances yang kau hadapi, halangan dan beban yang kau kena tanggung kau sorang je. Orang tak nampak semua tu. Kalau beban kau 100kg kau nak lumba dengan orang yang beban 10kg atau dia ada super power angkat beban 1000kg yang kau tak ada, kau rasa adil ke kalau orang hukum kau 'looser' sedangkan kau berusaha jugak, hanya kemampuan kau berbeza?"

"Mestilah tak." jawab Arif bernada setuju.

"Tapi kalau bukan untuk orang, apa guna kejar semua tu? Last sekali kita nak diterima orang kan? Allah memang boleh terima kita hina manapun kita. Tapi manusia tak." Soalan Arif semakin jujur.

Lama Faiz tenung muka Arif, kemudian dia berkata:

"Weh, soalan ni tak masuk exam aku esok kan?" 

Keduanya saling berpandangan.

"Hahahaha" pecah tawa mereka.

"Macam  aku kata tadilah, kau bukan tak usaha untuk capai benda-benda baik tu. Kau usaha. Tapi kau tak berlumba. Kita orang Islam kan disuruh buat yang terbaik dalam apapun. Manusia terima tak terima tu bukan kuasa kita. Tapi kalau kita ikhlas, insyaAllah Allah terima. Itu kan dah cukup?"

"Ouch." Arif meng-aduh gaya orang putih.

"Apa ouch-ouch? Aku tak cubit kau pun." Faiz mengusik.

"Bukan kena cubit, aku rasa macam kena lempang tau tak? Haha"

"'Kalau kita ikhlas, insyaAllah Allah terima.', rasa macam first time dengar ayat tu. Terima kasih!"

"Terima kasih je? esok kau jawabkan exam untuk aku boleh?"

"Hahahaha" Tawa mereka memecah sunyi rumah.

"Katakanlah (Muhammad), "Dengan karunia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan."
Surah Yunus 10:58

(Pstt... mulai hari ini seminggu saya akan masuk exam. Mohon doanya. ^^)

Thursday, 25 October 2018

Asas dakwah adalah Yakin

Bismillah.

"Maaf cik, cik nampak macam sesat. Boleh saya tolong?" kata seorang warga kawasan yang baik hati.

"Terima kasih, memang saya perlukan sangat orang tunjukkan saya jalan. Saya hendak ke tempat A, tapi saya tersalah masuk simpang. Tuan tahu jalan ke tempat A?" nada panik wanita itu menjelaskan keresahannya.

"Err, maaf cik. Saya pun tak tahu tempatnya di mana." jujur dia menjawab.

Boleh saja lelaki yang mahu menolong itu mencuba cara menunjukkan jalan. Tapi kemungkinan besar untuk bertambah sesat itu ada. Kerana dia tidak tahu. Maka untuk mengelak lebih banyak mudarat dinyatakan sahaja dia tidak tahu.

"Cik boleh tanya di rumah jaga di sana, pasti pegawai di situ lebih tahu." Tambahnya lagi.

Kali ini, lelaki tadi memberikan pilihan yang lebih selamat dan memudahkan. Menunjukkan "option" yang lebih membantu wanita tadi. Bermula dengan yakin bahawa dia tidak tahu, dia mengaku. Kemudian yakin ada pegawai yang lebih tahu, dia membantu.

Misalan di atas adalah gambaran mudah tentang dakwah.

Dalam era di mana dakwah menjadi sambutan trend yang boleh dibuat oleh sesiapa dan di mana saja, juga di saat dunia dakwah menjadi cemuhan sehingga ramai orang yang layak, menjauhi medan dakwah kerana tidak mahu berdepan risikonya, dakwah semakin kurang dilihat sebagai alat  pembantu mencari jalan untuk sampai ke jalan yang diperlukan. Malah kadang menyukarkan orang ramai menemuinya.

Dakwah ibarat lelaki yang mahu membantu tadi. Lelaki itu cuba membantu dengan penuh kesedaran dan juga ilmu. Atau kata lain dengan yakin.

Kita dahagakan dakwah yang dibina atas keyakinan. Asas kukuh untuk penyelesaian dan binaan amalan.

"Asas dakwah adalah yakin" adalah kalimah yang saya dengar dari sebuah nasyid. (Tak ingat yang mana) Satu ayat yang menjadi slogan yang cukup keramat. Ringkas namun sangat perlu diulang ingat.

Yakin ibunya ilmu, hasilnya kebaikan, menjadi sebab keberanian, memudahkan penyelesaian.

Yakin menjadikan dakwah menjadi produk yang laku. Orang mencari dan memanfaatkannya dalam kehidupan.

Yakin membersihkan dakwah ini dari kesamaran dan keraguan. Menjelaskan akal insan dan memimpin langkah jalan.

Dalam dakwah, kita adalah semut-semut kecil yang bekerja membantu. Semoga peranan kita dalam dakwah menyampaikan kepada natijah sebaiknya.

(Bosan sungguh posting kali ini haha, doakan saya. Kesuntukan masa untuk ujian midterm. Tak dapat memberi masa menyusun ayat berbunga-bunga ^^)

Posting kali ini ilham dari almarhum Jamal Khashoggi. Moga Allah menempatkannya dikalangan Solihin. Dan menjadikannya inspirasi buat kita dalam jalan dakwah.












Wednesday, 10 October 2018

Kenapa MASAT4PALU?

Bismillah.


Baru-baru ini MASAT telah melancarkan satu kutipan dana untuk rakyat Palu, Sulawesi. Kutipan dana yang diberi jenama "KEMPEN 5TL untuk PALU" setakat ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Kempen 5 TL untuk Palu merupakan tabung pertama dilancarkan MASAT buat menunjukkan solidariti kepada rakyat Indonesia, yang diuji dengan bencana gempa bumi dan Tsunami pada 28 September 2018.

Tabung ini bukanlah mahu mengubah wajah persatuan pelajar MASAT kepada NGO kemanusiaan. Kerana objektif utama bukanlah memberi bantuan secara berterusan dan menyusun projek pemulihan, objektif utama adalah menyuburkan semangat persaudaraan dan kemanusiaan antara komuniti Malaysia dengan menjadi prihatin dan proaktif dengan apa yang berlaku kepada negara jiran kita; Indonesia.

Komuniti Indonesia antara komuniti Asia terbesar di Turki. Ini membuka peluang yang besar kepada kerjasama dan perhubungan yang baik sesama komuniti di sini. Dan kemanusiaan adalah antara platform yang membuka peluang itu.
"Looking at the earth from afar you realize it is too small for conflict and just big enough for co-operation." 
Yuri Gagarin (First human to journey into outer space)
Dengan inisiatif kecil ini, diharapkan dapat memupuk minda peduli khusunya dalam diri pelajar. Dengan kesedaran bahawa setiap usaha kita dalam membantu orang lain adalah latihan buat kita mempersiapkan diri untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. Kerana pada asalnya juga, kita adalah sebahagian daripada masyarakat itu sendiri :)

RUQAYYA AZHARI







Entri Terakhir Saya

Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...