Bismillah.
"Maaf cik, cik nampak macam sesat. Boleh saya tolong?" kata seorang warga kawasan yang baik hati.
"Terima kasih, memang saya perlukan sangat orang tunjukkan saya jalan. Saya hendak ke tempat A, tapi saya tersalah masuk simpang. Tuan tahu jalan ke tempat A?" nada panik wanita itu menjelaskan keresahannya.
"Err, maaf cik. Saya pun tak tahu tempatnya di mana." jujur dia menjawab.
Boleh saja lelaki yang mahu menolong itu mencuba cara menunjukkan jalan. Tapi kemungkinan besar untuk bertambah sesat itu ada. Kerana dia tidak tahu. Maka untuk mengelak lebih banyak mudarat dinyatakan sahaja dia tidak tahu.
"Cik boleh tanya di rumah jaga di sana, pasti pegawai di situ lebih tahu." Tambahnya lagi.
Kali ini, lelaki tadi memberikan pilihan yang lebih selamat dan memudahkan. Menunjukkan "option" yang lebih membantu wanita tadi. Bermula dengan yakin bahawa dia tidak tahu, dia mengaku. Kemudian yakin ada pegawai yang lebih tahu, dia membantu.
Misalan di atas adalah gambaran mudah tentang dakwah.
Dalam era di mana dakwah menjadi sambutan trend yang boleh dibuat oleh sesiapa dan di mana saja, juga di saat dunia dakwah menjadi cemuhan sehingga ramai orang yang layak, menjauhi medan dakwah kerana tidak mahu berdepan risikonya, dakwah semakin kurang dilihat sebagai alat pembantu mencari jalan untuk sampai ke jalan yang diperlukan. Malah kadang menyukarkan orang ramai menemuinya.
Dakwah ibarat lelaki yang mahu membantu tadi. Lelaki itu cuba membantu dengan penuh kesedaran dan juga ilmu. Atau kata lain dengan yakin.
Kita dahagakan dakwah yang dibina atas keyakinan. Asas kukuh untuk penyelesaian dan binaan amalan.
"Asas dakwah adalah yakin" adalah kalimah yang saya dengar dari sebuah nasyid. (Tak ingat yang mana) Satu ayat yang menjadi slogan yang cukup keramat. Ringkas namun sangat perlu diulang ingat.
Yakin ibunya ilmu, hasilnya kebaikan, menjadi sebab keberanian, memudahkan penyelesaian.
Yakin menjadikan dakwah menjadi produk yang laku. Orang mencari dan memanfaatkannya dalam kehidupan.
Yakin membersihkan dakwah ini dari kesamaran dan keraguan. Menjelaskan akal insan dan memimpin langkah jalan.
Dalam dakwah, kita adalah semut-semut kecil yang bekerja membantu. Semoga peranan kita dalam dakwah menyampaikan kepada natijah sebaiknya.
(Bosan sungguh posting kali ini haha, doakan saya. Kesuntukan masa untuk ujian midterm. Tak dapat memberi masa menyusun ayat berbunga-bunga ^^)
Posting kali ini ilham dari almarhum Jamal Khashoggi. Moga Allah menempatkannya dikalangan Solihin. Dan menjadikannya inspirasi buat kita dalam jalan dakwah.
Mustahil manusia itu sempurna tanpa salah, tapi kita semua dijanjikan kebaikan jika membaiki diri, dan berkongsi rahmat sesama kita :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Entri Terakhir Saya
Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...
-
Bismillah permulaan bagi segala kebaikan. kredit: www.pakistantoday.com Adil...satu benda yang sering dipertikaikan di dunia ini. Sa...
-
Bismillah, permulaan bagi segala kebaikan. Semalam, berkesempatan ikut kawan-kawan pergi Seminar yang diadakan oleh MURSHID untuk pelaj...
-
Bismillah Pada 10 Mei yang lepas. saya berkesempatan mengikuti lawatan sambil belajar ke Çanakkale. Salah satu wilayahnya adalah Gelib...
No comments:
Post a Comment