Saturday, 29 December 2012

Cukuplah Allah.


Cukuplah Allah,
Sebagai sebab untukku gembira,
Biarpun kekurangan dan terseksa,
Asalkan dapat mencapai Redha disisiNya,
Perkara lain tak dapat mengundang duka,
Ketika imanku sudah bahgia.




Cukuplah Allah,
Sebagai sebab untukku menangis,
Menangis meratapi dosa dan khilaf terhadapNya,
Menangis kerana selalu melupakanNya,
Menangis kerana menzalimi amanahNya.
Biar tangisan berharga kerana sesal,
Dengan itu jualah hati ini dipujuk kembali,
Bermujahadah di jalan Ilahi.

Cukuplah Allah,
Sebagai sebab untuk diri ini terus istiqamah,
Sebagai sebab untuk diri meneruskan perjalanan,
Bangkit semula selepas kegagalan,
Tanpa kecewa dengan cercaan dan keperitan,
Tidak endah walau dikecam kezaliman,
Kerana sedar yang paling baik ada di sisi Allah,
Kerana sedar ujian yang dihadapkan terbaik dariNya,
Perjuangan dijalanNya tidak pernah sia-sia...



Perlukah bahagia dinisbahkan dengan dunia?
Perlukah ketenangan diri diukur dengan redha manusia?
Perlukah kecewa ketika pintu Allah sentiasa terbuka?







Thursday, 20 December 2012

Refreshment Taqwa kita


Bismillah, Assalamualaikum semua, sihat?

Hari ni, ana nak refresh balik sesuatu yang sangat penting dalam memburu tempat di laman kasih Allah.

Taqwa!...
apakah maksudnya?

Taqwa berasal daripada kalimah arab:

1) Waqa' : berhati-hati
2) Wiqayah : pencegahan


Umar al-Khattab pernah bertanya maksud taqwa kpd sahabat Ubai bin Ka’ab. Ubai berkata ”Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yg dipenuhi onak dan duri?” Jawab Umar, ”Ya, pernah.” Ubai bertanya lagi, ”Apa yg kamu lakukan ketika itu?” Umar berkata, ”Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh”. Berkata Ubai, ”Itulah taqwa"


Dari segi istilah pula, taqwa adalah perasaan takut kepada Allah yang membuatkan kita meninggalkan laranganNya dan melakukan suruhanNya dengan merendah hati sebagai  seorang hamba.

Apa yang Allah suruh, pasti ada kebaikan untuk kita.
Apa yang Allah larang, mesti untuk selamatkan kita.

Jadi hidup ni tak boleh main redah je, ada yang perlu dicegah, ada yang perlu berhati-hati.

Tapi kalau maskud Taqwa itu adalah "perasaan takut", biasanya kalau takut kita makin lari kan? Tapi kalau orang yang bertaqwa dia makin dekat dengan Allah, kenapa?

Sebab Taqwa adalah satu bentuk kasih-sayang Allah pada kita. Cara Allah selamatkan kita dari bahaya dan afat dunia. Disebabkan pada Taqwa itu ada kasih-sayang Allah, kita jadi makin dekat, bukan makin jauh :)

TAK BERBEZA

Rasulullah s.a.w bersabda dalam khutbah perpisahan baginda:

Wahai manusia, dengarlah bersungguh- sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali 
dalam  taqwa dan beramal soleh. 

ptts: Kalau sahabat-sahabat nak tahu, ulamak telah menggariskan bahawa taqwa yang paling asas (benchmark nilaian peribadi) adalah melakukan perkara-perkara fardhu ain iaitu yang telah ana gariskan pada hadis di atas. Ini kerana, melakukan perkara2 fardhu sudah cukup membuktikan kita kisah dengan Allah. Tahu KeagunganNya lantas kita berasa "perlu" melakukan suruhanNya. 

Sebab tu kadang-kadang, pelajar-pelajar yang pergi temuduga untuk belajar luar negara ditanya "adakah kamu solat". Kerana apa ditanya sedemikian?, jawapannya ada di bawah.

TAQWA DI MANA?

Rasulullah saw bersabda:
"Taqwa itu (letaknya) di sini. Taqwa itu (letaknya) di sini”, seraya baginda menunjuk ke dadanya. Cukuplah bagi seorang Muslim itu kejahatan (dosa) menghina suadaranya yang mukmin, haram bagi seseorang Muslim itu (menceroboh) darah (nyawa), nama baik dan harta seseorang Muslim yang lain

 (Hadith riwayat Malik, Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Al-Tirdmizi)

Berbalik kepada soalan tadi, apa kaitan soalan "adakah kamu solat?" dengan kelulusan menuntut di luar negara?. Kaitannya adalah, orang yang tidak solat adalah orang yang tidak ada ketaqwaan, sedang taqwa itu di hati. Bila hati menjadi keruh, perbuatan, pemikiran dan tindakan juga menjadi negatif. Lantas, apakah gunanya berpelajaran tinggi kalau hati kotor?

Berdasarkan hadis di atas, kita tahu Taqwa letaknya di hati, jadi sahabat-sahabat sekalian, untuk muhasabah level ketaqwaan kita, tanyakan pada hati kita, apakah hati kita ikhlas beribadah kepada Allah?  Masih punya kecintaan terhadap hari akhirat?, Adakah hati kita sibuk mengingati Allah atau lebih sibuk mencari mencari dunia?

Tapi jangan dilupa, semua soalan itu hanya sekadar muhasabah diri, bukan untuk merasakan diri bertaqwa.

 "Orang yang merasakan dirinya bertaqwa bukanlah orang bertaqwa"

Soalan2 di atas hanyalah alat untuk kita sedar apakah kita dalam usaha mencapai taqwa, jika belum, "Mulalah sekarang!"

Walaupun begitu, kita perlu sedar dan yakin tiada siapa yang dapat menilai taqwa di hati manusia, walaupun empunya diri. Tetapi Allah sahaja yang Maha Tahu ketaqwaan hamba-hambaNya. Ibrahnya, janganlah kita melabel diri kita atau orang lain bertaqwa atau tidak, kerana urusan itu adalah milik Allah. Urusan kita hanyalah sentiasa berusaha mencapai ketaqwaan.


GANJARAN 

Allah berfirman dalam surah at-Talaq:

ayat 2 dan 3: ... Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya

ayat 4: ...Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.

ayat 5: ...dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya.

PAKAIAN TAQWA

Firman Allah dalam surah-A'raf ayat 26 yang bermaksud:
"....Dan pakaian Taqwa itulah yang paling baik"
Kenapa Allah umpamakan Taqwa dengan kalimah pakaian?
Kerana memang tak ada siapa nak pakai pakaian tak sempurna dan compang-camping kan?

SEBAIK-BAIK BEKAL 

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 197 yang bermaksud:

"...Dan berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah Taqwa."



Sekian, 
Yang benar dan baik daripada Allah,
Yang lemah dan silap daripada ana sendiri
Mohon maaf atas silap dan salah.
Assalamualaikum.

Monday, 3 December 2012

Jom Menuju Bahagia!

Bismillah. assalamualaikum semua! semoga masih dalam kasih sayang Allah hendaknya.

Semua orang berhak bahagia. Tetapi ramai masih belum bertemunya. Hihi =), hari ini ana nak kongsi sedikit tip untuk menjadi bahagia :

1) Sedar kebahagiaan adalah milik Allah:
     
    Jadi, mintalah bahagia hanya daripada Allah. Bersyukurlah bila diuji, kerana Allah masih peduli, Besyukurlah diberi nikmat, kerana Allah memberi kemampuan kita beribadat dan terus bermanfaat.

2) Sedar setiap yang Allah suruh itu ada kebahgiaan.:

    Jadi, buatlah apa yang Allah suruh dan tinggalkan segala larangan. Allah tidak suruh sesuatu dengan sia2, begitu juga pada larangan. Suruhan dan larangan dalam Islam adalah cara hidup mukmin yang membawa kepada Islam yang bermaksud aman dan bahagia.

3) Sedar kebahgiaan datang daripada hati yang bersih seperti pesan Rasulullah:

    Jadi, mari bersihkan hati daripada fahsya dan mungkar. Selagi tak bersih dari titik-titik hitam, selagi itulah kita tak bahagia, kerana titik2 hitam itu adalah dosa dan dosa adalah perkara yang meresahkan jiwa.

4) Sentiasa memulakan hari dengan niat untuk membahagiakan orang lain kerana Allah:

      Ini kerana niat membantu tindakan dan tenaga positif yang keluar  dari badan. Allah melihat hati dan amalan. Matlamat dan cara matlamat itu dijalankan. Mulakan hari dangan matlamat yang membahagiakan semoga bertemu kebahgiaan.

5) Ikhlas kerana Allah dalam mencari kebahgiaan:

     Mencari kebahgiaan semata-mata kerana Allah adalah kebahgiaan itu sendiri. Bukan untuk lari daripada kesulitan dan mahu bebas daripada ujian. Bahkan meredah segala ketetapan Allah buat diri sepenuh pengabdian tanpa mengharap dunia dan balasan. Nescaya usaha itu membuah kebahgiaan.

Wallahu a'lam,
Yang baik Allah yang punya, kelamahan datang dari diri saya,
sekian, assalamualaikum

Wednesday, 7 November 2012

Hikmah Kematian

                               


arwah atuk (4/11/2012) al-fatihah...

Kematian adalah sebuah transit,
Bagi sang musafir menuju kampung halaman,
Kematian juga adalah pintu,
Yang selama ini menghijab pertemuan.

Kematian hamba yang baik diringi tangisan,
sedangkan si zalim diiringi senyuman,
kitalah yang membuat pilihan...
mahu berakhir disaat menabur budi,
atau berakhir berkelakuan keji?

arwah Ammar zulkifli, al-fatihah...
Kematian meninggalkan belang jenazah yang kaku,
Walaupun telah pergi ingatan tetap di qalbu,
Mengingatkan insan lain kita juga bakal kembali,
berkumpul bersama di pengadilan Ilahi.

kampung halaman

Kematian itu sebuah galakan,
agar manusia segera melakukan kebaikan,
sebagai bekal perjalanan yang panjang,
dimana ramai manusia terkandas di pertengahan,
akibat sering berlengah dan kelalaian.

Kematian adalah sebuah ancaman,
bagi yang khilaf dan salah agar terus bertaubat,
mensucikan tabiat-tabiat yang dimurkaiNya,
kerana disana ada balasan tersedia.


Al-Quran jadikan sahabat di dunia,
dialah teman, dialah cahaya,
berusaha meraih Redha Allah walau kepayahan,
Asal dapat merasai kemanisan iman,
ditarik nyawa sebaik-baik pengakhiran,
Kuburan itu taman syurga seluas-luas lautan


Ingat!! perjalanan disana panjang,

berpenat dahulu itu pendapatan,
bersenang kemudian itu kejayaan,
Pada saat yang masih berbaki,
Marilah perbaiki iman,
mensucikan hati dari kegelapan,
Setiap langkah kaki sebarkan kasih sayang,


Sesaat masa jangan dibiar kosong,
apatah lagi dalam kesesatan,
Biarlah masa diisi dengan pengabdian,
Jangan berkira lagi dengan Tuhan,
tanamkan baja kebajikan di manapun berada,                   
biar penat tak mengapa,
biar tak sempat hasil dituai di dunia,
asal di akhirat sana gembira,
asal di akhirat sana hasilnya ada.

Beribadahlah seakan-akan mati esok hari,
berkerjalah bagai hidup selamanya.

Allahua'lam
assalamualaikum.




















Wednesday, 31 October 2012

Pengorbanan...

Assalamualaikum semua, Apa khabar??...jom kita sembang pasal pengorbanan sekejap, sekadar refreshment untuk hati-hati yang rindu berkoban di jalan Allah.

Jom korban macam saya =)

Berkorban  bererti melepaskan sesuatu yang disenangi atau dicintai oleh diri sendiri untuk kepentingan yang lebih utama

Ana suka menggunakan perkataan korban  sebagai "sembelih cinta dunia". Teringat kita bagaimana Allah menguji cinta Nabi Ibrahim terhadapNya ketika Nabi Ibrahim sangat cinta akan anak kesayangan yang dinanti sebegitu lama iaitu Nabi Ismail a.s. Ya!, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail berkorban dan Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik seperti yang dijanjikan dalam Al-Quran surah at-Taubah ayat 111:

Sesungguhnya Allah telah MEMBELI dari ORANG-ORANG YANG BERIMAN akan JIWA mereka dan HARTA BENDA mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh SYURGA (disebabkan) mereka BERJUANG PADA JALAN ALLAH maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil, serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Di sini ana ingin berkongsi beberapa pengajaran:

@ Allah kadang-kadang menarik kesenangan dan benda yang kita sayang agar kita tak lupa untuk membalas kasih-sayang Allah.

@ Allah menguji manusia untuk melihat setinggi manakah keimanan dan keikhlasan dia dalam mencintai dan mentaati Allah.

@ Semakin Allah uji, semakin itu Allah sayang, sebab Allah suka melihat hambanya berdoa, bersabar dan bersangka baik denganNya.

@ Setiap pengorbanan itu susah, tapi setiap kesusahan orang yang berjuang di jalan Allah pasti diikuti kesenangan.

@ Allah menjadikan keta'atan kepadaNya kadang-kadang sukar kerana Allah mahu kita menghargai setiap pemberianNya.

@ Orang yang ikhlas dengan Allah, lebih mementingkan Allah melebihi keinginannya sendiri,
malah berasa tenang dan senang setiap kali diuji.

Contoh mudah adalah menolong ibu bapa, ia adalah perintah Allah. mungkin pada waktu itu kita sedang asyik melayari internet. Tetapi disebabkan cinta kepada Allah, kita mengorbankan cinta dunia itu untuk mencapai Redha Allah yang lebih utama dan manfaatnya kekal abadi.

Pengorbanan dapat diertikan dengan:

1.Pengorbanan jiwa dan raga.
   jiwa: perasaan kasih atau keinginan atau sifat mazmumah seperti tamak dan sombong.
   raga: jasmani atau tenaga atau masa atau harta.

2. Biar menyusahkan diri sendiri untuk Allah dan kesenangan orang lain

3. Tidak mengaharap apa-apa balasan.


Sebelum berpisah, elok kita renungkan kata-kata ini:


Yang menjadikan seseorang itu istiqamah dan jauh daripada hasutan syaitan ketika mujahadah di jalan Allah adalah keikhlasan.

Sekian, yang baik dari Allah, dan lemah dari ana,
assalamualaikum.




Entri Terakhir Saya

Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...