Bismillah, Assalamualaikum semua, sihat?
Hari ni, ana nak refresh balik sesuatu yang sangat penting dalam memburu tempat di laman kasih Allah.
Taqwa!...
Hari ni, ana nak refresh balik sesuatu yang sangat penting dalam memburu tempat di laman kasih Allah.
Taqwa!...
apakah maksudnya?
Taqwa berasal daripada kalimah arab:
1) Waqa' : berhati-hati
Taqwa berasal daripada kalimah arab:
2) Wiqayah : pencegahan
Umar al-Khattab pernah bertanya maksud taqwa kpd sahabat
Ubai bin Ka’ab. Ubai berkata ”Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yg
dipenuhi onak dan duri?” Jawab Umar, ”Ya, pernah.” Ubai bertanya lagi, ”Apa yg
kamu lakukan ketika itu?” Umar berkata, ”Aku berhati-hati dan
bersungguh-sungguh”. Berkata Ubai, ”Itulah taqwa"
Dari segi istilah pula, taqwa adalah perasaan takut
kepada Allah yang membuatkan kita meninggalkan
laranganNya dan melakukan suruhanNya dengan merendah hati sebagai seorang hamba.
Apa yang Allah suruh, pasti ada kebaikan untuk kita.
Apa yang Allah larang, mesti untuk selamatkan kita.
Jadi hidup ni tak boleh main redah je, ada yang perlu dicegah, ada yang perlu berhati-hati.
Tapi kalau maskud Taqwa itu adalah "perasaan takut", biasanya kalau takut kita makin lari kan? Tapi kalau orang yang bertaqwa dia makin dekat dengan Allah, kenapa?
Sebab Taqwa adalah satu bentuk kasih-sayang Allah pada kita. Cara Allah selamatkan kita dari bahaya dan afat dunia. Disebabkan pada Taqwa itu ada kasih-sayang Allah, kita jadi makin dekat, bukan makin jauh :)
TAK BERBEZA

Rasulullah s.a.w bersabda dalam khutbah perpisahan baginda:
Wahai manusia, dengarlah bersungguh- sungguh kata-kataku
ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari,
berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.
Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap
Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak
seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali
dalam taqwa dan beramal soleh.
dalam taqwa dan beramal soleh.
ptts: Kalau sahabat-sahabat nak tahu, ulamak telah
menggariskan bahawa taqwa yang paling asas (benchmark nilaian peribadi) adalah
melakukan perkara-perkara fardhu ain iaitu yang telah ana gariskan pada hadis
di atas. Ini kerana, melakukan perkara2 fardhu sudah cukup membuktikan kita
kisah dengan Allah. Tahu KeagunganNya lantas kita berasa "perlu"
melakukan suruhanNya.
Sebab tu kadang-kadang, pelajar-pelajar yang pergi temuduga untuk belajar luar negara ditanya "adakah kamu solat". Kerana apa ditanya sedemikian?, jawapannya ada di bawah.
TAQWA DI MANA?
Rasulullah saw bersabda:
"Taqwa itu (letaknya) di sini. Taqwa itu
(letaknya) di sini”, seraya baginda menunjuk ke dadanya. Cukuplah
bagi seorang Muslim itu kejahatan (dosa) menghina suadaranya yang mukmin, haram
bagi seseorang Muslim itu (menceroboh) darah (nyawa), nama baik dan harta
seseorang Muslim yang lain
(Hadith riwayat Malik, Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud
dan Al-Tirdmizi)
Berbalik kepada soalan tadi, apa kaitan soalan "adakah
kamu solat?" dengan kelulusan menuntut di luar negara?. Kaitannya adalah,
orang yang tidak solat adalah orang yang tidak ada ketaqwaan, sedang taqwa itu
di hati. Bila hati menjadi keruh, perbuatan, pemikiran dan tindakan juga
menjadi negatif. Lantas, apakah gunanya berpelajaran tinggi kalau hati kotor?
Berdasarkan hadis di atas, kita tahu Taqwa letaknya di hati, jadi sahabat-sahabat sekalian, untuk muhasabah level ketaqwaan kita, tanyakan pada hati kita, apakah hati kita ikhlas beribadah kepada Allah? Masih punya kecintaan terhadap hari akhirat?, Adakah hati kita sibuk mengingati Allah atau lebih sibuk mencari mencari dunia?

Tapi jangan dilupa, semua soalan itu hanya sekadar muhasabah diri, bukan
untuk merasakan diri bertaqwa.
Soalan2 di atas hanyalah alat untuk kita
sedar apakah kita dalam usaha mencapai taqwa, jika belum, "Mulalah sekarang!"
Walaupun begitu, kita perlu sedar dan yakin tiada siapa yang dapat menilai taqwa di hati manusia, walaupun empunya diri. Tetapi Allah sahaja yang Maha Tahu ketaqwaan hamba-hambaNya. Ibrahnya, janganlah kita melabel diri kita atau orang lain bertaqwa atau tidak, kerana urusan itu adalah milik Allah. Urusan kita hanyalah sentiasa berusaha mencapai ketaqwaan.
GANJARAN
Allah berfirman dalam surah at-Talaq:
"Orang yang merasakan dirinya bertaqwa
bukanlah orang bertaqwa"
Walaupun begitu, kita perlu sedar dan yakin tiada siapa yang dapat menilai taqwa di hati manusia, walaupun empunya diri. Tetapi Allah sahaja yang Maha Tahu ketaqwaan hamba-hambaNya. Ibrahnya, janganlah kita melabel diri kita atau orang lain bertaqwa atau tidak, kerana urusan itu adalah milik Allah. Urusan kita hanyalah sentiasa berusaha mencapai ketaqwaan.
GANJARAN
Allah berfirman dalam surah at-Talaq:
ayat 5: ...dan barangsiapa yang bertakwa kepada
Allah, niscaya Dia akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan akan melipat
gandakan pahala baginya.
PAKAIAN TAQWA
Firman Allah dalam surah-A'raf ayat 26 yang bermaksud:
Kerana memang tak ada siapa nak pakai pakaian tak sempurna dan compang-camping kan?
SEBAIK-BAIK BEKAL
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 197 yang bermaksud:
PAKAIAN TAQWA
Firman Allah dalam surah-A'raf ayat 26 yang bermaksud:
"....Dan pakaian Taqwa itulah yang paling baik"Kenapa Allah umpamakan Taqwa dengan kalimah pakaian?
Kerana memang tak ada siapa nak pakai pakaian tak sempurna dan compang-camping kan?
SEBAIK-BAIK BEKAL
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 197 yang bermaksud:
"...Dan berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah Taqwa."
Sekian,
Yang benar dan baik daripada Allah,
Yang lemah dan silap daripada ana sendiri
Mohon maaf atas silap dan salah.
Assalamualaikum.
Assalamualaikum..
ReplyDeleteTeringat saya pada buku Tuan Guru Haji Hadi Awang..
TAQWA; takut tetapi rindu..
Syukran ats perkongsian..
Waalaikumsalam wrh,
DeleteBila Tuan itu Maha Adil dan Tegas,
Hamba akan Cinta dan Takut.
Takut untuk berlaku culas kerana ada balas,
Akhirnya ketakutan itu yang mendekatkan kepada Tuan yang Maha Pengasih Itu.
Syukran juga.
Satu penulisan yg sungguh mmberi kesan di hati.,..smoga terus cekal
ReplyDeleteberidea ya bintu....jazakillah khairan