BISMILLAH FI AWWALI KALAM...
Bismillahiwalhamdulillah, wassolatu wassalamu ala rasulillah, wa ala aalihi wasohbihi waman walah. Assalamualaikum wrh wbr semua, semoga penulisan sulung ini di bawah pertunjuk dan pemeliharaan Allah serta dalam Redha-Nya.
Apa khabar semua??, diharapkan dalam keampunan dan kasih sayang rabbul izzati, pada perkongsian sulung ini, MasyaAllah dapat diberi peluang menulis, sekadar perkongsian muhasabah di celah jalan mujahadah, sama-sama kita mencari Redha Ilahi dalam jiwa hamba yang kita miliki...
Bismillah...kalimah mudah, hanya yang sedang bermujahadah tahu bahawa ingin mempraktikkannya itu payah, namun nikmatnya sangat indah...
Benar!, ujian dunia yang melalaikan sering membuat kita lupa tentang janji tuhan pada setiap ibadah yang diredhai dan terpelihara apabila kita mulakan dengan "Bismillah".
Rasulullah sallallahualaihiwasallam pernah bersabda mafhumnya:
Penghayatan daripada hadis ini hanya boleh dirasai apabila kita benar-benar memahami hikmah di sebalik Kalimah Bismillah. Bediuzzaman Said Nursi dalam kitab karangannya Risale-i-Nur berkata yang bermaksud;
Beliau menggambarkan besarnya keuntungan di sebalik kalimah ini dalam satu kisah perbandingan. Mari kita selami kisah yang cuba beliau (moga Allah merahmatinya) sampaikan:
Rasulullah sallallahualaihiwasallam pernah bersabda mafhumnya:
"Setiap perbuatan yang tidak dimulai dengan Bismillah, maka teputus berkatnya".(Riwayat Abu Daud)
Penghayatan daripada hadis ini hanya boleh dirasai apabila kita benar-benar memahami hikmah di sebalik Kalimah Bismillah. Bediuzzaman Said Nursi dalam kitab karangannya Risale-i-Nur berkata yang bermaksud;
"Bismillah adalah pemulaan bagi setiap perkara kebaikan".Bediuzzaman Said Nursi juga berkata, "Bismillah juga adalah simbol kepada Addin Islam". Ini kerana, dengan menyebutnya adalah manifestasi kepada sebuah keyakinan dan penyerahan. Dengan menyebutnya juga, ada jaminan serta kesejahteraan.
Beliau menggambarkan besarnya keuntungan di sebalik kalimah ini dalam satu kisah perbandingan. Mari kita selami kisah yang cuba beliau (moga Allah merahmatinya) sampaikan:
Bayangkan kita adalah seorang musafir di padang pasir yang berada pada zaman Arab jahiliah, ketika itu masyarakat sangat mementingkan perkauman dansemangat assabiah yang bernaung di bawah nama ketua-ketua mereka.
Ada segelintir kaum yang dipandang lemah dan sering ditindas, sementara yang hebat akan dihormati dan digeruni terutama kaum yang tinggal di tempat berkepentingan seperti laulan perdagangan atau mereka yang mempunyai kekuatan dalam sudut ketenteraan. Sudah menjadi adat orang arab dahulu untuk menggunakan nama ketua kaum mereka ataupun syaikh-syaikh mereka ketika bermusafir bagi mengelak ancaman perompak padang pasir atau musuh- musuh. Apabila disebut nama ketua kaum mereka, si perompak tidak akan berani merompak musafir tadi malah akan menghormati dan diberi layanan seperti tetamu yang mulia kerana orang ini berada di bawah naungan dan perlindungan ketua mereka. Jika mereka bermusafir menggunakan nama ketua kabilah masing-masing, mereka tidak akan berasa ketakutan dengan apa jua ancaman yang bakal mereka hadapi.
Sekarang, ada dua orang pedagang yang bermusafir di padang pasir, yang seorang ini merendah diri menggunakan nama ketua kaumnya apabila berhadapan dengan bahaya. Namun, sahabat yang seorang lagi angkuh dan berkeras tidak mahu menggunakan nama ketua kaumnya dengan alasan dia tidak akan terancam, Lalu mereka teruskan perjalanan hingga sampai di sebuah laluan yang diancam perompak, bayangkan apa yang berlaku pada mereka berdua, tentulah yang pertama tadi terselamat daripada ancaman para perompak malah dilayan mesra oleh mereka, sebaliknya berlaku pada seorang lagi yang angkuh dan sombong, barang dagangannya dirampas dan dirinya dicederakan tanpa sebarang jaminan keselamatan.
***
Kitalah si musafir yang angkuh itu, Sedangkan kita di bawah naungan Allah S.W.T, ketua atas segala ketua dan pemerintah atas segala pemerintah. bumi ini ibarat padang pasir dan ujian di dalamnya berganda-ganda lebih bahaya daripada bahaya perompak di padang pasir.
Namun, keangkuhan manusia kepada dirinya sendiri adalah antara punca kebinasaan, kalam bismillah yang ditutur pada awal setiap perbuatan menujukkan pasrah dan perlunya kita kepada perlindungan tuhan daripada ancaman bahaya bakal mencederakan diri, baik rohani dan jasmani jika tiada jaminan perlindungan daripada kasih rahmatnya Tuhan.
Kalam Bismillah juga dituturkan dalam setiap perbuatan makhluk lainnya. Pohon-pohon yang tumbuh, binatang-binatang yang bergerak dan mengeluarkan susunya, serta banyak lagi kejadian alam yang juga bermula atas Kekuasaaan Allah swt. Adapun banyak perkara-perkara yang tidak dapat dilakukan oleh daya mana-mana makhlukpun juga adalah dalam Kuasa Allah SWT. contohnya, Mukjizat Nabi Musa ketika air keluar dari celahan batu terakam dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 60;
Kalam Bismillah juga dituturkan dalam setiap perbuatan makhluk lainnya. Pohon-pohon yang tumbuh, binatang-binatang yang bergerak dan mengeluarkan susunya, serta banyak lagi kejadian alam yang juga bermula atas Kekuasaaan Allah swt. Adapun banyak perkara-perkara yang tidak dapat dilakukan oleh daya mana-mana makhlukpun juga adalah dalam Kuasa Allah SWT. contohnya, Mukjizat Nabi Musa ketika air keluar dari celahan batu terakam dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 60;
Bediuzzaman Said Nursi juga mengingatkan, agar kita memberi dan menerima dengan nama Allah. Serta bekerja dengan nama Allah. Bismillah pada awal perbuatan adalah tanda ingatan kita kepada Allah. Alhamdulillah di akhir perbuatan pula adalah tanda syukur. Sementara menyedari segala nikmat yang dirasai datangnya dari Allah adalah satu bentuk muhasabah yang penting. Ketiga-tiga ini dilakukan oleh seorang hamba sebagai balas kembali rahmat yang telah Allah berikan padanya walaupun hakikatnya tidak ada apa jua daya untuk membalas semua nikmat itu.
Dengan kalam Bismillah semoga iman kita bertambah, dan hati kita disucikan daripada kesamaran dosa noda dan hasutan syaitan. Diberi perlindungan serta kekuatan menghadapi ujian tanda sayang dari Tuhan..
Insya Allah, sampai di sini sahaja, yang baik segalanya datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri, Ilmu itu milik Allah yang menulis hanya hambanya. semoga bertemu di lain penulisan
Fi amanillahi alaikum...
No comments:
Post a Comment