Sunday, 12 August 2012

GEAR 8...

Bismillahi walhamdulillah, wassolatu wassalam ala Rasulillah, wa ala Aalihi wasohbihi waman waalah....

Assalamualaikum semua!!, semoga dalam redha Allah hendaknya, ikutkan masa, kita dah sampai ke penghujung Ramadhan, Fasa terakhir adalah masa yang paling suntuk untuk kita rebut segala peluang di bulan Ramadhan yang tersisa ni....


Jangan lupa, kita ada malam yang perlu diburu...apa dia??,
malam lailatulqadar lah tu....
 

Ana buka TV Hijrah pagi tadi di rancangan "Assalamualaikum", tertarik dengar ustaz Syam kamikaze kata bahawa kita ni dah masuk fasa terakhir kena masuk "Gear 8", Ana tak pernah pandu kereta jadi ana tak berapa nak faham maksudnya Gear 8 tu, cuma yang kita perlu faham di sini, betapa perlunya kita menambah lagi usaha di pengakhiran waktu yang masih tersisa... macam waktu ajal kan, kalau kita dah tahu masa yang berharga tu makin kurang, adakah kita masih mahu berdiam diri sambil tunggu masa itu habis???

Waktu-waktu sebegini apa yang kita perlu buat:

~Berdoa dengan bersungguh-sungguh agar segala dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah s.w.t, amalan2 kita selama ini diterima dan berdoalah agar dilepaskan daripada azab api neraka.

~Muhasabah diri, adakah dengan Ramadhan kali ini kita telah lakukan dengan yang terbaik, adakah akhlak yang tercela dan kelakuan-kelakuan keji yang selama ini menjadi tabiat sudah kita tinggalkan.

~Refresh balik iman kita pada hari kematian, kebangkitan dan hari penghisaban, setiap yang bermula akan berakhir...begitu juga kita manusia biasa. semoga mendorong kita bertaubat dengan taubat nasuha.

~Lakukan perkara-perkara wajib dan sunnat seperti Qiamullail jika mampu, semoga kita bertemu dengan malam lailatulqadar yang mulia.

~Ikhlaskan niat kita melakukan segala kebaikan selama ini kepada Allah s.w.t sebagai perhambaan kita kepadaNya agar kita terus istiqamah melakukan kebaikan-kebaikan  yang dilakukan pada bulan Ramadhan pada bulan-bulan yang lain...


Semoga Allah melepaskan kita daripada Azab api neraka dengan RahmatNya
Aamin...

Dikesempatan ini ana sekali lagi memohon beribu kemaafan jika ada terguris rasa, tersalah kata, mahupun yang sengaja, ana hanya insan biasa, terutama pada ayah dan mak, adik-beradik, sahabat-sahabat, dan kenalan usrah...Semoga antum semua diredhai Allah...

Assalamualaikum



Monday, 6 August 2012

Refresh Semangat Ramadhan

Bismillah... ni ana sertakan sedikit perkongsian dari Youtube untuk refresh semangat Ramadhan di pertengahan jalan ni..., dah masuk fasa kedua... kena bertambahlah semangat kita...InsyaAllah.


Nasyeed Kemuliaan Ramadhan, inteam ft unic

Ana petik isi daripada kata-kata ustaz Hasrizal, Menerusi ayat Quran di bawah,
 Allah menyeru kita melalui panggilan "wahai orang-orang beriman" yang sekaligus memberitahu bahawa Puasa itu adalah proses iman, kita berpuasa bukan kerana tidak ada makanan, tapi  sebab kita memilih untuk tidak makan atas sebab kepercayaan yang ada di hati.



Kemudian Allah letakkan tawaran yang cukup diingini oleh orang mukmin di akhir ayat ini iaitu tawaran taqwa melalui latihan-latihan ibadah yang tersedia
"Agar kamu bertaqwa"

Rasulullah berkata bahawa tidak ada yang membezakan manusia melainkan TAQWA,
iaitu rasa takut akan kemurkaan Allah, melakukan setiap yang disuruh dan tinggalkan setiap larangan, dengan penuh iman, rasa bersyukur dan Redha.

Inilah harta yang diburu oleh setiap orang beriman pada bulan Ramadahan.
Segalanya dengan izin Allah...Semoga kita temui Rahmat sebenar yang ada di bulan Ramadhan



*sedikit nota:
 Ramadhan adalah waktunya menguatkan hubungan dengan Allah, membaiki hubungan dengan manusia, sepatutnya tiada pergaduhan, tiada fitnah dan mengumpat, tiada masa untuk bermalas- malasan, tetapi kerap kita bertemu orang yang menurut kemarahan ,rasa malas dan keinginan nafsu yang mendadak dalam keadaan berpuasa, kelaparan bukanlah sebab untuk nafsu menjadi lebih kuat, cuma kadang-kadang kita lupa untuk menurut pertimbangan akal dan iman sebelum bertindak. Marilah bermuhasabah kerana kita hanya hamba di hadapan yang Esa

Sekian, yang baik dari Allah, dan yang lemah dari diri ini, assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...







Entri Terakhir Saya

Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...