Hari ini sudah genap 26 hari kita berpuasa. Ramai yang beria-ria ucap Selamat Hari Raya. Ya, tak salah kalau gembira menunggu hari kemenangan. Tapi mengenangkan bulan yang penuh Rahmat yang pasti akan pergi, siapa yang tak tersentuh hati??
Mengenang balik segala perbuatan dan amal sepanjang bulan tarbiah ini, malu sendiri. Tak banyak, malah berapa percent sahaja yang berkualiti?
Hari pertama puasa, semangat bukan main lagi. Ibarat kena renjatan elektrik apabila rutin harian hampir berubah 90%. Kalau dulu bangun subuh pukul 6.00 pagi, tapi kini rasa segar pula solat subuh lebih awal, malah mampu pergi ke masjid lagi!
Namun, sebagai manusia biasa, kita jadi leka atas nikmat ini. Mula-mula terasa luarbiasa, tapi lama-lama rasa biasa-biasa. Asbab yang namanya leka. Kita tenggelam dalam skop adat dan budaya sehingga kita lupa refresh niat kita. Lupa akan nilai sebenar ibadah puasa.
Sehinggalah Ramadhan hampir pergi. Kita jadi tersentak dan gelisah. Banyak lagi tak terbuat, malah banyak pula yang ditinggalkan.
Lantas kita tersedar jua, apabila pemergian jelas dihadapan mata. Benarlah kata-kata orang:
Pemergian itu adakalanya menghidupkan!
Baru kelmarin, teman satu sekolah adik ana meninggal dunia (al-fatihah buat adik Nabila), baru 13 tahun umurnya. Setelah adik itu pergi, barulah semua orang sibuk mencari si arwah, mencari gambarnya, mahu mengenalnya dan kalau boleh mahu bermesra dengannya. Seakan-akan arwah masih ada. Sedangkan selama hidupnya adik ini, mula kelahirannya dianggap luarbiasa, lama-lama menjadi biasa-biasa. Apabila sudah pergi baru semua orang sedar betapa berharganya masa bersamanya.
Ya, begitulah hidup ini. Jika sesuatu yang luarbiasa menjadi biasa-biasa, maka tanggungjawab diri kita untuk menyuburkan nilai istimewa itu semula. Betulkan cara pandang, ambil iktibar, dan manfaatkan masa yang masih tersisa sebak-baiknya. Berusahalah kerana Allah, kerana usaha itu membuahka taqwa.
Hidup ini perlukan bekal, sebaik-baik bekal adalah Taqwa.
Sebelum menunggu pemergian sebagai terguran, banyak-banyakkanlah peringatkan diri kita, agar tak rugi di akhir nanti. Firan Allah dalam surah ad-Dzariyyat ayat 55:
Dan tetap teguhlah kamu dalam memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat pada orang-orang beriman.
Sampai di sini, Mohon ampun dan maaf atas segala salah silap zahir mahupun yang tersingkap di balik tirai hati. Semoga Ramadhan kali ini adalah batu loncatan buat kita semua, dan semoga masih ada Ramadhan untuk tahun-tahun yang mendatang. Ingatlah, Ramadhan itu bukan hanya megajar, bahkan juga mendidik!!
~Salam Eidul Fitri buat semua, maaf...terawal pulak ucapan ni. hehe, takut tak sempat.
Sekian kawan-kawan, Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment