Bismillah, permulaan bagi segala kebaikan.
Kawan2, hari ni saya ingat nak mengulas apa yang saya faham tentang keikhlasan. Setelah mencedok sedikit hikmah daripada fenomena kematian almarhum Ahmad Ammar dan seteleh melihat kepada kelemahan peribadi dalam kehidupan sehari-hari, suka kiranya saya berkongsi sedikit tip:
1) Pada waktu kita berasakan kita ada kelebihan dan terasa mahu menunjukkan pada orang walaupun dengan bisikan hati yang paling halus, cubalah diamkannya. Kerana ketahuilah bahawa Allah itu Maha Tahu akan kebaikanmu, dan tiada yang lebih mulia untuk mengetahuinya melainkan Allah. Dan ketahuilah, membangga diri atas kelebihan yang bukan kita punya hanya akan menjelekkan diri, membusukkan hati dan menghilangkan pertimbangan diri.
2) Kita sedar, ada kalanya kita buat lawak bodoh dan perkara yang memalukan hanya untuk mencari perhatian orang. Bahkan adakalanya kita berlakon berilmu dan nampak baik untuk tujuan yang sama. Tapi bila kita intorpeksi hati, kita menyedari kita hanya mendapat malu dengan diri sendiri. Harga diri yang Allah beri telah kita jualkan dengan perkara yang hampir sahaja tidak bernilai. Alangkah baiknya kalau setiap amalan kita hanya kita tujukan pada mencari redha Allah. Kerana apa yang Allah minta tidak pernah menjadikan kita jatuh pada lubang keaiban dan bencana. Benarlah pesan Rasulullah s.a.w pada salah seorang sahabatnya "Jagalah Allah, Allah akan menjagamu."
3) Jika setiap hari kita paksakan hati dan minda untuk memburu redha Allah, pasti kita tak punya masa berfoya-foya dan membazirkannya dengan kesenangan yang sementara. Perasaan itu akan memaksa kita bergegas mencari kerja-kerja yang Allah Redha. Malah keredhaan Allah juga ada pada masa yang tidak dibazirkan. Kita akan berkejaran menolong kawan, siapkan kerja tertangguh dan menambah amal baik. Dunia akan menjadi tempat yang lebih indah jika kita semua cuba melaksanakannya.
Semoga perkongsian pendek dan ringkas ini berguna untuk kita semua.
Mustahil manusia itu sempurna tanpa salah, tapi kita semua dijanjikan kebaikan jika membaiki diri, dan berkongsi rahmat sesama kita :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Entri Terakhir Saya
Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...
-
Bismillah permulaan bagi segala kebaikan. kredit: www.pakistantoday.com Adil...satu benda yang sering dipertikaikan di dunia ini. Sa...
-
Bismillah, permulaan bagi segala kebaikan. Semalam, berkesempatan ikut kawan-kawan pergi Seminar yang diadakan oleh MURSHID untuk pelaj...
-
Bismillah Pada 10 Mei yang lepas. saya berkesempatan mengikuti lawatan sambil belajar ke Çanakkale. Salah satu wilayahnya adalah Gelib...
No comments:
Post a Comment