Tuesday, 14 June 2016

Mencari Diri di Bulan Ramadhan

Bismillah

Credit Photo
Ketika aku menulis ini, aku baru sahaja menukar nama blog buat kali ketiga. Nama sulung blog ini "Innani Abdun Lirabbi", nama keduanya "Kita... Hamba Allah ^_^", dan nama barunya adalah "Conquering Self".

Hehe, punyalah pening nak letak nama apa, last kali aku pilih nama Coquering Self setelah mencari ilham daripada bulan Ramadhan. Ramadhan kali ini dirasakan istimewa sekali, entah kenapa.. mungkin kerana Ramadhan kali ini umur aku sudah masuk 20. Hilangnya nombor 1 diawal umur membuat aku merenung panjang. Ketika cuba melihat ke belakang, ternyata bukan nombor sahaja yang berubah, aku juga.. sudah banyak berubah.

Perubahan aku ada yang baik, ada juga yang buruk. Yang buruk-buruk itulah yang membuat pening kepala. Aku taknak membesar bertemankan sifat-sifat buruk ini. Aku taknak menjadi orang dewasa yang berperangai lebih teruk daripada budak kecil.

Tapi bukan senang... "haha, apa susah sangat? Dalil dah jelas, dakwah melambak, contoh Nabi dah ada... apa susah sangat?"

Hehe... Mentertawakan keluhan orang sebegitu sangatlah lucu. Kalau nak tahu mengapa ada orang mudah berubah, ada orang lain susah, kita kena lalui apa yang mereka lalui. Kalau tidak hampir mustahil untuk kita membuat konklusi terhadap apa yang terjadi kepada mereka. Ibarat kata Nasrettin Hoca, ketika mana dia jatuh dari bumbung dan jiran tetangga sibuk berkerumun dan bertanyakan "Sakit tak hoca?" Dengan pantas di menjawab "Kalau mahu tahu sakit atau tidak, naik bumbung itu dan jatuh sepertimana saya jatuh!"

Betul, tak senang nak ubah diri ketika sifat jahat terasa lazat dan memihak kepada keinginan diri. Tak pasti keinginan siapa, nafsu? Ego? Syaitan?  Yang pasti kitalah yang memilih.

Sudah umur 20 tahun ini, aku mula sedar perbezaan remaja dan kanak-kanak. Aku mula pandai berahsia, membawa diri, berpura-pura gembira ketika sedih dan memaksa diri menjadi diri yang lain ketika keadaan memaksa. Aku yakin anak kecil tidak sebegitu.

Ramadhan kali ini, tanpa Syaitan, tanpa makanan buat nafsu, latihan ibadah yang berterusan buat buat aku menilai semula, yang tinggal di dalam diri aku pada bulan Ramadhan ini 100% "aku" kah? Kalau iya... teruknya aku.. haha

Terzahirlah segala keburukan diri, segala lintasan hati yang tidak baik, segala kemalasan, amarah, tamak, dan apa saja, dan aku terpaksa (poyo sangat) isytiharkan perang buat mereka.

Ustaz selalu ajar lawan benda buruk dengan benda baik. Nescaya yang buruk itu akan hilang.

Al-Quran juga menyampaikan mesej yang sama;



Hatta hadis baginda Nabi s.a.w ada bersabda benda yang sama.

Di Turki, sahurnya pukul 3.30 pagi. Kebetulan di madrasah ada jadual memasak. Sudahlah isyaknya lewat, paginya penat, untuk berjaga dan menyediakan sahur, nak taknak harus bersabar.

Bangun sahur, berlapar 17 jam, menahan diri ketika berbuka agar tidak terlampau kenyang, jangan marah-marah, jangan mengumpat menghina, tinggalkan yang sia-sia, banyakkan ibadah, tarawih, witir, tahajjud, tilawah, rajinkan sedekah, rajinkan zikrullah... bukan mudah. Lebih-lebih lagi kalau sebelum ni tak pernah dibiasakan. Nak taknak kena lawan kebiasaan-kebiasaan dulu. Kena lawan perasaan malas, kena lawan keinginan merungut dan berbuat benda yang tidak diredhaiNya.

Ya.. Ramadhan bukan saja menyediakan peluang bagi aku menilai diri, malah mendorong untuk melawan segala kejatahan-kejahatan yang ada. Bukan sehari dua, 30 hari! Ini memang boleh digelar kem tentera. Hehe.

Ramadhan buat aku sedar, hidup aku untuk Allah kan? Dah sampai masa aku berubah untuk Dia. Sepertimana aku niatkan ibadah aku setiap hari masa Ramadhan. Aku berjuang untuk Dia, menahan diri kerana Dia, bersyukur kepada Dia, menghabiskan waktu dalam redha Dia, sebagaimana yang aku rasakan dibulan Ramadhan.

Ramadhan mengajar aku dan kita semua, menawan kembali diri sendiri, yang selama ini dikawal nafsu, ego, ammarah dan syaitan. Bulan ini mengajar kita mengawal diri sendiri, bukan dikawal orang mahupun keadaan. Bulan ini mengajar kita bertujuan, tahu memimpin diri ke arah mana, bukan mengikut orang dan keadaan sahaja. Bulan ini mengajar kita berbuat segalanya kerana Allah, Tuhan yang menciptakan kita, yang berhak sepenuhnya ke atas kita ketika nafsu, ego, syaitan bukanlah tuan kepada kita sedikit pun.

Mencari diri di bulan Ramadhan adalah menawan semula diri agar mengetahui kepada siapa dia wajar menghambakan diri.

Wallahua'lam, jumpa lagi.
Salam Ramadhan, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Aamin.











No comments:

Post a Comment

Entri Terakhir Saya

Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...