Bismillah.
Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka akaun blog ini, katanya; "Nak tulis blog ni best. Tapi nak istiqomah tu susah." Begitulah lebih kurang pesannya, memberi gambaran bahawa saya perlu konsisten jika mahu menulis.
Dalam tujuh tahun ini kalau melihat penulisan-penulisan ketika berumur secangkul jagung (eh.. sekarang dah dua cangkul ke? 😂) nampak benarlah semangatnya, ligat akalnya, buang tabiatnya... Dalam masa yang sama, nampak juga kegopohannya, kecetekan ilmunya, kedangkalan pengalamannya (Masih lagi kot ya.. hehe). Yang baik-baik itu adalah baja kehidupan, sementara yang kedua itu adalah modal pendidikan.
Kadang bila baca entri masa dulu-dulu, rasa macam nak lempang diri sendiri pun ada haha. Bahkan ada entri yang dah di-delete, ada yang dah disimpan dalam draft. Tahu pun malu!
Apakah petandanya itu? Petandanya adalah kita adalah manusia yang terbatas dek masa dan kudrat walau hanya untuk memahami kesilapan diri sendiri. Hakikat itu biarlah menjadi bekal keinsafan dalam segala gerak kerja bahawa kita tak mesti betul setiap masa dan diterima, bahawa boleh saja tersilap di mana-mana. Biarlah keinsafan ini menjadi sebab kita berhati-hati, dan peneman yang menasihatkan diri untuk tak sombong dan lelah untuk belajar dari sesiapa sahaja.
Kalau orang tanya seronok tak menulis? (Kalau ada yang tanya lah.. haha)
Jawapan saya; mestilah seronok. Sebab saya percaya hanya fikiran dan perasaan, persoalan dan permasalahan yang dapat disusun dengan kalimah akan dapat difahami dengan mudah, dan memudahkan penyelesaiannya. Ia adalah proses fikir. Satu ibadah khas yang Allah ciptakan buat akal.
Kalau rasa serabut-serabut tu, cuba menulis. Cuba terjemahkan perasaan dalam penulisan. Penulisan antara terapi yang baik :)
Dan menulis juga adalah rezeki Tuhan memberi peluang kita berkongsi ilmu, berkongsi kebaikan, menyumbang nilai dan prinsip kita. Kalau ikhlas, moga jadi jariah lepas mati. Untung kan?
Dah tu.. kenapa nak tutup blog ni?
Tak tutup, biarkan saja :)
Blog ini saya akan jadikan muzium maya. Tempat untuk tengok balik diri sendiri yang lama bila rasa nak ziarah. Antik kot, mana boleh buang haha.
Tapi menulis tetap menulis. Hanya saya rasa dah sampai masa untuk menulis dengan cara yang lebih produktif, menulis perkongsian yang lebih mesra-pembaca. Saya impikan penulisan yang lebih mencabar prinsip saya. Sebab kata Aiman Azlan, prinsip itu semakin kukuh bila ia dicabar.
Dah lama selesa jadi penulis syok sendiri. Tak boleh lama-lama... nanti lemau ^^
So?
InsyaAllah akan membuka laman baru sempena tahun 2019 (Excited!.. insyaAllah kalau panjang umur) Doakan saya. Seronok dapat berinteraksi dengan teman-teman pembaca selama ini. Semoga ada lah yang boleh dipakai sebagai manfaat. Salah silap, terlebih terkurang saya, mohon dihalalkan :)
Sampai ketemu lagi.
Dalam doa-doanya,
Dengan ini termeterai,
Blog 7 tahun umurnya.
Assalamualaikum.
Mustahil manusia itu sempurna tanpa salah, tapi kita semua dijanjikan kebaikan jika membaiki diri, dan berkongsi rahmat sesama kita :)
Thursday, 13 December 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)
Entri Terakhir Saya
Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...
-
Bismillah permulaan bagi segala kebaikan. kredit: www.pakistantoday.com Adil...satu benda yang sering dipertikaikan di dunia ini. Sa...
-
Bismillah, permulaan bagi segala kebaikan. Semalam, berkesempatan ikut kawan-kawan pergi Seminar yang diadakan oleh MURSHID untuk pelaj...
-
Bismillah Pada 10 Mei yang lepas. saya berkesempatan mengikuti lawatan sambil belajar ke Çanakkale. Salah satu wilayahnya adalah Gelib...