Thursday, 26 April 2012

Haih...nak pergi dah...

Bismillahirrahmanirrahim, Selawat dan salam tanda cinta dan kasih kita ucapkan kepada Rasulullah S.A.W, 

Asslamualaikumwarah matullah wa fi amanillahi alaikum, kaifa hal?, harap sihat jasad dan rohani untuk terus mencintai Ilahi...

Emm, Teringat kenangan-kenangan yang datang dan pergi meninggalkan kita, MasyaAllah dapat menulis lagi, berhadapan dengan komputer riba dengan takdir Ilahi...dan sat lagi akan pergi...begitulah kita, selagi bergelar makhluk pasti akan bermula dan pasti akan berakhir... Mungkin semua tahu yang itu, tapi berapa ramai yang ingat siapakah dengan-Nya kita bermula dan kepda-Nyalah segala yang berakhir itu kembali...

Minggu lepas, tenggang waktu persekolahan di Kedah ditakdirkan berakhir buat diri ana...dan ana memulakan pelajaran, persekolahan di Shah Alam pula...dan Pasti...persekolahan di sini juga akan berakhir. Sekejap saja, nak pergi dah... teringat kata2 ana kat junior di Kedah..."akak pergi sat je"...betulkah pemergian itu hanya sekejap?...kita tak tahu.. Allah sahaja yang Maha mengetahui dan Maha berkuasa atas segala sesuatu.
Nak pergi dah....

Baiklah, jom bersama ana, kita tenggelam dalam skop bermula dan berakhirnya kehidupan... Bermula kita tika Allah menciptakan kita dengan tangan-Nya (kekuasaan-Nya), meniupkan roh dan menjadilah kita makhluk yag hidup saat itu, dan saat itulah perjalanan abid bermula...tak salah kalau ana ibaratkan dengan persekolahan atau sebuah permusafiran.

 Kerana sejak saat mula itu, akan tercipta kenangan, pahit manis, suka duka, tangisan dan senyuman...dari situ kita belajar hikmah kehidupan, ilmu demi ilmu kita peroleh..., dari tak pandai berjalan kita dah pandai berlari...MasyaAllah, kalau bukan dengan izin-Nya, siapalah kita...Kata umm " anak ummi dah pandai"...

Sampai di tengah permusafiran atau sesi pertengahan tahun persekolahan, bekal yang ada cukup? study dah buat??, SEBAB..di sinilah Allah akan buat ujian pertengahan tahun, nak uji iman hamba-hamba yang 
disayangi-Nya. Semua diuji mengikut apa yang Allah rasa baik bagi kita. Ada yang diuji dengan nikmat, Ada pula dengan musibah, nak tengok result yang kita dapat macam mana...dan sijil itulah yang akan kita bawa lepas keluar sekolah...nak apply syurga atau neraka...

Kerap kali kita lihat, pelajar yang malas, lalai, culas, acuh tak acuh, biadap dengan guru, hidup hanya mengejar hiburan sehingga tak sedar sekolah dah nak habis, exam nak  dekat... hasilnya... merana... hasilnya... mengalir air mata...dek tak dengar nasihat, dek terlalu sibuk dengan perkara sia-sia yang merosakkan sehingga tak sedar matlamat sebenar kehidupan hampir tiba di pengakhiran... 
Innalillahiwainna ilaihi Raaji'un...(Sesungguhnya dari Allah kita datang, dari Allah kita kembali). 

Samalah jua perumpamaan itu dengan kita, tazkirah-tazkirah itu umpama nasihat, ingat-ingat sebelum terlambat, silibus Quran dan Sunnah dah habis ke kita study nak tempuh ujian Allah nanti, Guru kita Rasulullah, adakah kita cintai dan hormati, nak apply apa dengan ijazah yang kita nak dapat nanti??
Allahu Rabbi...

Justeru, semua akan berakhir, dan beruntunglah mereka yang ingat-ingat kat mati, rindu nak menghadap Rabbul Izzati...macam pelajar kelas satu, asyik ingat kat ujian akhir tahun, dah set dah nak pergi mana lepas habis SPM, macam tulah kita, bertuahnya kalau kita ingat mati, memasang cita-cita dan menyiapkan bekal untuk menghadapinya...tak salah merancang dari awal, daripada menangis sesal di akhir perjalanan...


 Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, pesankan sesuatu kepadaku yang akan berguna bagiku dari sisi Allah.” Nabi Saw lalu bersabda: “Perbanyaklah mengingat kematian maka kamu akan terhibur dari (kelelahan) dunia, dan hendaklah kamu bersyukur. Sesungguhnya bersyukur akan menambah kenikmatan Allah, dan perbanyaklah doa. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui kapan doamu akan terkabul.” (HR. Ath-Thabrani)

 Perbanyaklah mengingat kematian. Seorang hamba yang banyak mengingat mati maka Allah akan menghidupkan hatinya dan diringankan baginya akan sakitnya kematian. (HR. Ad-Dailami)

Cukuplah maut sebagai pelajaran (guru) dan keyakinan sebagai kekayaan. (HR. Ath-Thabrani)

Rasulullah Saw bersabda, “Orang yang paling zuhud adalah orang yang tidak melupakan kubur dan kebinasaan (maut), meninggalkan perhiasan dunia yang terbaik, memilih sesuatu yang kekal (akhirat) ketimbang yang fana (dunia), tidak menduga-duga hari esok dari hari sekarang, dan menganggap dirinya sendiri sebagai orang yg telah mati.” (Nahjul Fashahah, hadis no. 271)









Tuesday, 17 April 2012

Sahabat Naungan Arasy

Bismillah, Wassolatuwassalamu ala Rasulillah wa ala aalihi wasohbihi waman walah...

Assalamualaikum, alhamdulillah jam waktu kedah di tangan menunjukkan tepat jam sembilan suku di waktu malam...Allah masih sudi kurniakan hamba ini bernafas...tapi berapa kali hambanya bersyukur?

ana nak cerita tentang sebuah persahabatan=

Adapun sahabat asalnya adalah daripada perkataan suhbah iaitu orang yang selalu ada di sisi. Teringat lagu digi:

   "Bersamamu...bersamamu walau di mana jua" (mungkin ini maksud sahabat)

Tapi ada insan berkata pada kalamnya "sahabat sejati adalah sahabat ketawa dan berduka"...adakah cukup sekadar itu tugas seorang sahabat?...bersama untuk menangis dan ketawa hanyalah pada pandangan luar insan. Sedang sahabat sebenar adalah sahabat in and out. Yang membawa hatinya unuk memahami kesusahan yang dihadapi lantas air mata mengalir...Yang membawa jiwanya untuk ceria berjenaka lantas senyuman terukir gembira... sahabat adalah mereka yang ikhlas bersahabat...niatnya hanya kerana mencari Redha Allah S.W.T. Menginginkan kebahgiaan buat sahabatnya bukan hanya untuk di dunia tapi untuk di akhirat jua....

Kalimah Abdul Kadir Jailani waliullah: 
Hendaklah kamu berhubung dengan manusia tanpa nafsu

Maksudnya di sini adalah bersahbat tanpa perlu memikirkan keinginan peribadi atau kepentingan diri. Kerana jelas apabila niatnya berdasarkan nafsu maka rosaklah nilai sebuah persahabatan. Kerana itu kita boleh lihat ramai remaja kini yang amat dikesali, mereka ibarat permata di lumpur nan dalam...sanggup menconteng arang di muka teman, membuka rahsia, membuka aib, hatta menyihir sekalipun tiada batas untuk mereka lakukan... Lantas untuk apakah mereka bersahabat kalau bukan kerana nafsu...bila ada yang tidak kena dengan kehendak hati, ada saja perbuatan keji yang sanggup dilakukan. Apabila senang didekati, bila sukar dibiarkan sendiri...Bagai tong sampah yang hanya akan dekat bila hendak digunakan...

Sahabat kerana Allah adalah mereka yang melakukan bagi sahabatnya apa yang disukai bagi dirinya sendiri.
Kerana itu kayu ukur iman. Iman pula sahabat Taqwa, maka dengan taqwa itulah penyelamat insan dan sahabat dari kancah maksiat yang keji lagi menghinakan.

Sahabat kerana Allah juga adalah mereka yang memegang prinsip *Amar Makruf Nahi Mungkar*, alangkah indahnya andai setiap insan berpegang pada tali Allah, apa yang disuruh ada hikmah yang mengembalikan seribu nikmat serta ganjaran, sedang yang ditegah membawa keburukan yang merosakkan kehidupan. Paling kurang pun, apabila sahabat itu tertidur dalam kelas, sahabatnya mengejutkan kerananya Allah. Tidak mahu sahabatnya kurang mendapat ilmu dan ilmunya kurang diredhai. Akan terbit sinar cinta dari hati, bersahabat hnya kerana Ilahi...

Sahabat kerana Allah adalah merka yang matlmatnya jelas, bertemu,bersama dan berpisah hanya kerana Allah Ta'ala, Tiada kecewa walau sukar melanda malah menambah cinta pada yang Esa: 

Siapakah yang mahu memimpin sahabatnya ke syurga??

Siapakah yang mahu dinaungi arasy bersama sahabatnya??


7 Golongan Yang Mendapat Naungan Arasy Allah

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, Seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, Seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”

(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

MARI BERSAHABAT KERANA ALLAH!!

Yang baik datang dari Allah sedang yang keji dan hina datang dari hamba sendiri...
Assalamualaikum wrh wbr..semoga bertemu di lain penulisan....



Wednesday, 11 April 2012

Bismillah fi awwali kalam

BISMILLAH FI AWWALI KALAM...


Bismillahiwalhamdulillah, wassolatu wassalamu ala rasulillah, wa ala aalihi wasohbihi waman walah. Assalamualaikum wrh wbr semua, semoga penulisan sulung ini di bawah pertunjuk dan pemeliharaan Allah serta dalam Redha-Nya. 

Apa khabar semua??, diharapkan dalam keampunan dan kasih sayang rabbul izzati, pada perkongsian sulung ini, MasyaAllah dapat diberi peluang menulis, sekadar perkongsian muhasabah di celah jalan mujahadah, sama-sama kita mencari Redha Ilahi dalam jiwa hamba yang kita miliki...

Bismillah...kalimah mudah, hanya yang sedang bermujahadah tahu bahawa ingin mempraktikkannya itu payah, namun nikmatnya sangat indah...

Benar!, ujian dunia yang melalaikan sering membuat kita lupa tentang janji tuhan pada setiap ibadah yang diredhai dan terpelihara apabila kita mulakan dengan "Bismillah".

Rasulullah sallallahualaihiwasallam pernah bersabda mafhumnya:
"Setiap perbuatan yang tidak dimulai dengan Bismillah, maka teputus berkatnya".
(Riwayat Abu Daud)

Penghayatan daripada hadis ini hanya boleh dirasai apabila kita benar-benar memahami hikmah di sebalik Kalimah Bismillah. Bediuzzaman Said Nursi dalam kitab karangannya Risale-i-Nur berkata yang bermaksud;
 "Bismillah adalah pemulaan bagi setiap perkara kebaikan".
Bediuzzaman Said Nursi juga berkata, "Bismillah juga adalah simbol kepada Addin Islam". Ini kerana, dengan menyebutnya adalah manifestasi kepada sebuah keyakinan dan penyerahan. Dengan menyebutnya juga, ada jaminan serta kesejahteraan.

Beliau menggambarkan besarnya keuntungan di sebalik kalimah ini dalam satu kisah perbandingan.  Mari kita selami kisah yang cuba beliau (moga Allah merahmatinya) sampaikan:

Bayangkan kita adalah seorang musafir di padang pasir yang berada pada zaman Arab jahiliah, ketika itu masyarakat sangat mementingkan perkauman dansemangat assabiah yang bernaung di bawah nama ketua-ketua mereka.

Ada segelintir kaum yang dipandang lemah dan sering ditindas, sementara yang hebat akan dihormati dan digeruni terutama kaum yang tinggal di tempat berkepentingan seperti laulan perdagangan atau mereka yang mempunyai kekuatan dalam sudut ketenteraan. Sudah menjadi adat orang arab dahulu untuk menggunakan nama ketua kaum mereka ataupun syaikh-syaikh mereka ketika bermusafir bagi mengelak ancaman perompak padang pasir atau musuh- musuh. Apabila disebut nama ketua kaum mereka, si perompak tidak akan berani merompak musafir tadi malah akan menghormati dan diberi layanan seperti tetamu yang mulia kerana orang ini berada di bawah naungan dan perlindungan ketua mereka. Jika mereka bermusafir menggunakan nama ketua kabilah masing-masing, mereka tidak akan berasa ketakutan dengan apa jua ancaman yang bakal mereka hadapi.

Sekarang, ada dua orang pedagang yang bermusafir di padang pasir, yang seorang ini merendah diri menggunakan nama ketua kaumnya apabila berhadapan dengan bahaya. Namun, sahabat yang seorang lagi angkuh dan berkeras tidak mahu menggunakan nama ketua kaumnya dengan alasan dia tidak akan terancam, Lalu mereka teruskan perjalanan hingga sampai di sebuah laluan yang diancam perompak, bayangkan apa yang berlaku pada mereka berdua, tentulah yang pertama tadi terselamat daripada ancaman para perompak malah dilayan mesra oleh mereka, sebaliknya berlaku pada seorang lagi yang angkuh dan sombong, barang dagangannya dirampas dan dirinya dicederakan tanpa sebarang jaminan keselamatan.

***

Kitalah si musafir yang angkuh itu, Sedangkan kita di bawah naungan Allah S.W.T, ketua atas segala ketua dan pemerintah atas segala pemerintah. bumi ini ibarat padang pasir dan ujian di dalamnya berganda-ganda lebih bahaya daripada bahaya perompak di padang pasir.

Namun, keangkuhan manusia kepada dirinya sendiri adalah antara punca kebinasaan, kalam bismillah yang ditutur pada awal setiap perbuatan menujukkan pasrah dan perlunya kita kepada perlindungan tuhan daripada ancaman bahaya bakal mencederakan diri, baik rohani dan jasmani jika tiada jaminan perlindungan daripada kasih rahmatnya Tuhan. 

Kalam Bismillah juga dituturkan dalam setiap perbuatan makhluk lainnya. Pohon-pohon yang tumbuh, binatang-binatang yang bergerak dan mengeluarkan susunya, serta banyak lagi kejadian alam yang juga bermula atas Kekuasaaan Allah swt. Adapun banyak perkara-perkara yang tidak dapat dilakukan oleh daya mana-mana makhlukpun juga adalah dalam Kuasa Allah SWT. contohnya, Mukjizat Nabi Musa ketika air keluar dari celahan batu terakam dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 60;


Bediuzzaman Said Nursi juga mengingatkan, agar kita memberi dan menerima dengan nama Allah. Serta bekerja dengan nama Allah. Bismillah pada awal perbuatan adalah tanda ingatan kita kepada Allah. Alhamdulillah di akhir perbuatan pula adalah tanda syukur. Sementara menyedari segala nikmat yang dirasai datangnya dari Allah adalah satu bentuk muhasabah yang penting. Ketiga-tiga ini dilakukan oleh seorang hamba sebagai balas kembali rahmat yang telah Allah berikan padanya walaupun hakikatnya tidak ada apa jua daya untuk membalas semua nikmat itu.

Dengan kalam Bismillah semoga iman kita bertambah, dan hati kita disucikan daripada kesamaran dosa noda dan hasutan syaitan. Diberi perlindungan serta kekuatan menghadapi ujian tanda sayang dari Tuhan..

Insya Allah, sampai di sini sahaja, yang baik segalanya datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri, Ilmu itu milik Allah yang menulis hanya hambanya. semoga bertemu di lain penulisan

Fi amanillahi alaikum...














Entri Terakhir Saya

Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...