Andai sekarang kita diuji dengan masalah kesihatan, masalah hati atau banyak masalah lagi, Anggaplah itu "Hospital Ilahi", Tiada satu pun masalah tiada penyelesaiannya jika kita kembalikan segala urusan kepada Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengasihani.
Menjadi pemuda tidaklah mudah. Apa lagi bila psikologi seorang remaja ingin melakukan apa yang orang dewasa boleh lakukan. Orang dewasa banyak ruang untuk bersuara. Orang dewasa berduit dan boleh berbelanja. Orang dewasa tiada kawalan untuk bertindak. Orang dewasa bebas membuat keputusan. Orang dewasa sangat dipandang sebagai orang yang diperlukan. Tetapi "kita" mungkin tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu, semua yang orang dewasa ada itu melalui sebuah kepayahan.
Kadang-kadang, kita terleka dengan dunia, sedangkan remaja ada tanggungjawabnya. Kadang-kadang, kita berhibur 24 jam, dengan alasan, remaja hanya sekali...apa salah kita hidup dengan slogan "Sweet 17".
Haaa! inilah point utama...
Memang kita hidup usia remaja ini hanya sekali, tetapi
kawan-kawan, adakah kita mahu hidup bahagia hanya sekali?
Allah bagi peluang kita memilih. Sama ada mahu menjadi seperti Ashabul Kahfi atau seperti anak nabi Nuh yang ditenggelamkan ke dalam laut kemurkaan Allah?
Apa perbezaan mereka???
Ashabul Kahfi memilih untuk menempuh hidup yang susah, mereka memperjuangkan kebenaran, matlamat mereka adalah Redha Tuhan, mereka dipuji oleh Allah dalam Al-Quran zaman berzaman, mereka merasai kemanisan dalam keperitan, dan mereka sekarang?...hidup bahagia di syurga Tuhan. Bergantung kepada iman...=)
Anak Nabi Nuh pula, memilih untuk hidup senang, mahu bebas daripada hidup berperaturan, matlamatnya memenuhi keinginan, jalan hidupnya tiada peta dan impian, Dia sendiri kebingungan dalam kehidupan, akhirnya dia ditenggelamkan Tuhan kerana angkuh dalam kesesatan. Nafsunya berasa bahagia di dunia, tetapi sekarang?...dia di mana??.
Mereka berdua adalah pemuda,
ada yang memilih atas pengetahuan,
ada yang memilih atas keinginan,
Individulah yang menentukan.
Pelukah kita bahagia hanya sekali? Wahai Remaja, tanyalah hati...
Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang lemah daripada kelemahan sendiri
Jazakumullahukhairan kaseera,
Wassalam alaikum.
No comments:
Post a Comment