Allah s.w.t berfirman dalam sural al-asr yang bermaksud:
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan (mereka) yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan (mereka) yang berpesan-pesan dengan kesabaran."
Bismillah, assalamualaikum sahabat2 semua, sihat? Semoga dalam lindungan Allah hendaknya.
Hari ni, jom kita tenung ayat Allah kat atas tu, tenung elok-elok.
Gambar sekadar hiasan. |
Ana suka menarik perhatian kawan2 semua kepada 4 medium yang Allah kaitkan dalam surah ini. Sebelum tu, ana nak maklumkan yang ana ni bukan pentafsir al-Quran, jadi kalau ada silap tegurlah ye. =)
4 Medium yang saling mendukung dalam Surah al-Asr:
1) Masa: Kepentingan masa diuruskan dengan keimanan, amal soleh dan nasihat.
2) Keimanan : Bertitik tolak dengan keimanan barulah ada nilai bagi perbuatan
3) Berpesan-pesan : addin (cara hidup) adalah nasihat.
4) Cara menyampaikan pesanan : dengan cara yang benar dan sabar.
Dari sini kawan2, kita dapat lihat betapa menarik dan berkesannya cara Allah S.W.T menegur kita menerusi surah al-Asr. Dimulakan dengan qasam(sumpah) sudah sangat menunjukkan betapa tinggi nilai masa. Apatah lagi apabila sumpah ke atas masa dilakukan oleh pencipta "masa" itu sendiri yang tahu segala rahsia di balik masa.
Tapi yang ana nak tekankan di sini adalah penggunaan masa dengan "berpesan-pesan" adalah salah sati cara yang di "highligt"kan oleh Allah agar kita tak rugi. Menerusi surah al-Asr, ana nak kongsi serba sedikit yang ana dapat.
@ Berpesan-pesan yang berkesan adalah daripada pesanan orang beriman.
@ Orang beriman haruslah beramal solih sebelum berpesan2 kepada yang lain untuk
mengerjakan amal solih.
@ Orang yang yakin dengan Allah dan hari akhirat hanya berkata baik atau diam, justeru
pesanannya pastilah pesanan yang membawa kebaikan.
@ Berpesan juga mempunyai syarat perlaksanaan, iaitu dengan keyakinan, amal, dengan
cara yang benar dan mestilah bersabar ketika menyampaikannya.
Apakah maksud cara yang benar:
1) Tidak mengaibkan
2) Memudahkan tidak menyukarkan
3) Jauh daripada perkara yang dilarang syarak seperti tuduh, bercakap kasar, kotor dan
keji.
4) Memberi jalan penyelesaian dengan hikmah.
5) Pada waktu dan masa yang sesuai.
Ana sangat sedih jika kita umat Islam tidak sedar akan pentingnya cara berpesan2 dengan cara yang benar sedangkan Allah sendiri menulisnya dalam al-Quran.
Melihatkan fenomena tegur-menegur, ia adalah sebahagian daripada kecerdikan manusia dalam menggunakan akal untuk beradab. Perbezaannya ada pada hati yang kotor dan terang. Kesan psikologinya dan rohani dalam berpesan2 adalah satu perkara yang sangat signifikan.
Membudayakan berpesan-pesan dengan "ilmu" adalah satu bahagian daripada keimanan. Teguran yang tua kepada yang muda, yang muda kepada yang tua, yang berilmu kepada yang tidak tahu, yang kurang tahu kepada yang berilmu, yang berkuasa ketika menegur rakyatnya, rakyat ketika menegur pemimpinnya, sesama pasangan dalam rumahtangga, sesama imam dan makmum dan sesama teman dan ahli keluarga. Semua itu perlu kembali kepada asas iman yang mengajar adab dan akhlak.
Rasulullah s.a.w bersabda: Paling sempurna iman seseorang mukmin adalah mereka yang paling baik akhlaknya.
Satu ummah tidak akan hidup tanpa tegur-menegur, Tapi kalau caranya salah, ummah ini akan gugur.
Jika Kita mahu mensucikan najis biarlah dengan air bersih. Begitu juga dengan memperbaiki kesilapan, biarlah dengan cara yang betul.
Berpesan-pesan adalah satu ibadah yang mulia, janganlah kita mengotorinya.
Sekian, assalamualaikum,
Yang baik dari Allah,
Yang lemah dari ana sendiri.
ila liqa' =)
No comments:
Post a Comment