"Do not choose success, but choose excellence and success will follow you."
(Pinjam quote dari insta Husna ><)
Pejam celik, pejam celik dah habis minggu ke lapan saya di Jordan. Bermaksud sudah 2 bulan alhamdulillah.
Banyak benda diharap, banyak yang belum tercapai, tapi banyak pula rezeki Tuhan yang tak dipinta namun diberikanNya.
Maka nikmat Tuhan yang mana mahu kamu dustakan? Huhu.
Dua minggu ini, ada banyak drama. Yang mana setiap satunya mendidik diri;
1) Makan malam di Amman bersama wakil kerajaan;
Perjalanan 1 jam lebih pada malam itu dari Bab Syimali Irbid ke Hotel Grand Hyatt adalah perjalanan yang sangat sentimental. Betapa sebelum ini saya berangan-angan untuk membelah malam di jalan yang di kiri kanannya padang pasir sambil mendengar lagu nyanyian Muhammad al-Husayn. Ternyata hari itu termakbul.
Selain makanan-makanan melayu dan arab yang terhidang, apa yang lebih menarik adalah tajuk utama yang dinaikkan YB pada malam itu; iaitu gagasan TN50. Satu lagi gagasan yang dibuat untuk memacu satu lagi perjalanan ke arah kemajuan negara pada era ini.
Sayang sekali, saya hadir tanpa sebarang persediaan, baik pembacaan mahupun soalan. Maka sesi soal jawab adalah sesi yang membuat hati ini berasa seribu penyesalan. Lantas saya coretkan di lama sosial untuk ingatan sendiri.
Tiada niat untuk mengulas atau mengkritik gagasan baru kali ini. Hanya menyedari, sejak berumur 21 ini, saya sudah menginjak ke alam baru. Ke alam di mana masyarakat sudah boleh memberikan mandat untuk membuat perubahan pada negara. Doakan saya dan kita semua, kerana pemerintah yang baik hasil daripada rakyat yang baik pula.
Husna dan Asriyah adalah dua pelajar Thailand yang sekelas dengan saya. Mereka adalah pelajar tahun satu. Seronok dapat berkenalan dengan mereka, walaupun usia keduanya lebih muda berbanding saya namun semangat mereka sangat besar.
Mereka seperti saya, baru mahu meneroka bumi Irbid. Maka seperti adat orang Melayu, kita menggunakan wasilah makanan untuk berkenalan. Huhu. Maka saya mengajak mereka mencuba makanan di Restoran Cina Muslim di Bab Syimali. Mereka teruja, apatah lagi saya! Kerana itu kali pertama kami ke sana.
Pada mulanya saya fikir, makanan di sini mahal. Namun rupanya satu mangkuk mee tarik berharga 1.50JD itu boleh dikongsi tiga orang. Banyak dan mengenyangkan. Siapa sampai di Irbid bolehlah ke sini dan mencuba. InsyaAllah tak akan menyesal.
Buat adik Husna dan Asriyah, selamat maju jaya. Semoga baki 3 tahun mendatang kalian guna sebaik mungkin menadah ilmu dan memburu barakah di bumi Anbiya ini.
3)Kejutan sambutan hari lahir:
12 haribulan, kawan-kawan Liqo' buat kejutan hari lahir. 14 haribulan pula ahli rumah sambut hari lahir saya dan Fatin Umirah. Sebak.. huhu. Sebab sejak hari kejadian sunyi sahaja.
Sangkanya tak ada siapa sudi nak sambut, maka saya pujuk diri dengan mengenang semula asal usul diri. Kita adalah hamba yang Allah cipta dari tiada kepada ada, dari air mani yang hina menjadi manusia sempurna, maka perlukah kita kepada sambutan ketika hakikat diri kita nilai dunianya cukup tidak berharga?
Sekadar memujuk, namun akhirnya saya diberi faham bahawa semua perkara perlu bersederhana. Tuhan juga tak melarang kita menyambut untuk berkasih sayang bukan? Tuhan juga tak melarang kita membuat orang lain rasa bahagia dan dihargai? Akhir sekali saya juga yang tersenyum terlebih bahagia ketika sambutan itu.. huhu. Terima kasih kawan-kawan, kenangan yang cukup bermakna.
Menyiku diri sendiri, "Qayya, don't be too hard on yourself boleh?" Mungkin ada orang lain yang ada masalah 'overthinking' macam saya di luar sana, cubalah cara ini. Terima sahaja realiti dunia, raikan pada batasNya. Maka hari-hari kita ternyata lebih bahagia.
Betul kata orang, di luar sana ada orang berjuang untuk jadi normal. Buat orang yang normal, jangan berhenti
mengajar kami :)
4 Study luar di Cuzine;
Pertama kali belajar di luar meneman Farah Nadia menelaah bahan pelajaran. Belajar di cafe antara pilihan pelajar Irbid terutama ketika musim sejuk. Cafe Cuzine di Hijazi antara tempat buruan pelajar terutama pelajar perubatan. Cafe yang ringkas, lapang dan selesa membantu saya mendapatkan fokus ekstra hari itu.
Belajar memang menagih masa dan perhatian kita. Bila keluar rumah hanya semata-mata untuk belajar, terasa lebih kesungguhannya. Kagum bila tengok semua pelanggan cafe datang dengan buku dan tinggal sampai pukul 11.00 malam.
Terima kasih K.Zakiyah bagi ucapan semangat dan Syarifah sebab teman pergi kedai runcit mengubat kantuk. Huhu.
5) Usrah di Bait Irsal:
Kenapa setiap kali usrah kena ada makanan?
Eh, itu bukan kewajipan, tapi memastikan perut kita gembira untuk gembira mendengar pengisian boleh menjadi keutamaan. Huhu
Begitulah gembiranya perut saya semalam. Meriah. Tapi makanan habis, yang tinggal adalah makanan rohani yang diamalkan.
Saya namakan usrah semalam Usrah Refreshment. Sebab semua pengisian dirasakan tepat untuk keperluan seorang daie yang mula lembik; Pengenalan kitab Tarbiyah Askariyah, Tadabbur Surah Hadid, Hadis Rahmat, hadis menolong ibu tunggal dan anak yatim dari kitab Muntakhob min as-Sunnah dan video Sheikh Hamzah berjudul Relax, Your'e in good hands seperti satu santapan lengkap hari itu.
Semuanya seakan mengajak diri mentajdid niat dan cara pandang terhadap dunia. Lantas memaknai setiap masa dengan amal ikhlas dan kerja. Itu semua berhajatkan kepada kekuatan hati. Dan disinilah saya menemukannya.
Ayuh! |
***
gambar tahun 2014 |
Dan semalam Hari Jadi Ayah!
Di bumi Anbiya ini,
Ku pohon pada Ilahi,
Moga kau diberi kelapangan hati,
Dikosongkan segala benci,
Dikurniakan damai abadi,
Di dunia,
Dan di Syurga Firdausi.
Aamin.
Marilah saling mendoakan :) Moga kita semua dapat menjadi lebih baik setiap masa.
Doakan saya, Ahad ujian dan assignment tak siap lagi ;)
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment