Dulu sebelum masuk universiti, saya selalu terfikir pensyarah adalah orang yang sangat peramah seperti guru saya di kelas bahasa. Namun dari awal guru di kelas bahasa sudah mengingatkan;
"Pensyarah di universiti tidak mengajar seperti kami. Cara mereka berbeza."
belajar kelas bahasa beginilah |
Setelah mengikuti kuliah, terbukti benarlah apa yang dikata. Pensyarah tidak dapat fokus kepada pelajar satu persatu seperti di dalam kelas bahasa. Suasana kelas tidak mengizinkan walaupun mungkin pensyarah teringin sangat berbuat demikian.
Bayangkan dengan bilangan pelajar seratus orang lebih dan silibusnya tiga buah buku untuk satu semester, mengajar dengan pendekatan one-to-one pastilah mustahil.
Jujur, saya rindu zaman belajar di kelas bahasa. Hoca (baca: hoja, maksudnya cikgu) berinteraksi dengan kami seperti abang dan ayah sendiri. Tapi hidup begitulah, makin besar kena pandai bawak diri. Sampai bila kan nak dididik macam anak tadika?
So here we go, Welcome to reality!
Masuk universiti, semuanya asing. Meja kerusinya. Rakan kelasnya. Dan pastilah guru-gurunya. Saya seperti majoriti pelajar yang lain lebih selesa mendengar sahaja di dalam kelas. Bila pensyarah tanya, pastilah saya bukan orang pertama yang akan jawab. Pakat tunduk seperti anak soleh-solehah (hehe). Bila habis kelas, kadang kita keluar dulu sebelum pensyarah. Tak pernah terfikir untuk ke meja pensyarah, apatah lagi bertanya. Segan!
Tak tahulah apa masalah sebenarnya, adakah kerana saya ini introvert? (Memang). Atau kerana takut pensyarah ingat nama kemudian target dalam kelas? (Pastilah tidak haha)
Mungkin kawan-kawan yang sedang membaca ada masalah yang sama seperti saya. Tapi dalam masa yang sama, teringin betul nak mendekati guru. Kadang cemburu dan hairan dengan rakan-rakan yang dengan selamba menyapa guru dengan penuh rasa percaya diri (baca: confident).
"Hebatnya diaorang ni.." kita menyimpan monolog dalam hati.
Dan di tahun terakhir, saya mula merasakan ada benda yang tidak kena. "Sampai bila nak jadi macam ni?" "Rugi kot tak manfaatkan kehadiran cikgu-cikgu sepenuhnya, kata nak buat master tapi jumpa cikgu pun malu." Saya membebel dengan diri sendiri dengan penyesalan yang makin lama makin jelas di depan mata.
***
Maka mulalah saya bertanya di sana sini, bagaimana mengatasi perasaan takut yang teramat sangat ini.
Alhamdulillah, saya terjumpa video Ustaz Syaari Abd Rahman || Tadabbur Surah Al-Kahfi Kisah Musa Dan Hiddir. Video ini sangat informatif! Ustaz berkongsi tentang ibrah yang boleh kita pelajari dari perjalanan Nabi Musa mencari Nabi Khidir. Menarik apabila ustaz ceritakan mengapa Allah secara spesifik menyebut babak Nabi Musa bersama seorang pemuda yang berjalan jauh untuk mencari Nabi Khidir.
Saya pun awalnya tak perasan babak ni. Tapi setiap babak dalam al-Quran itu signifikan, pasti ada pengajaran untuk kita. Kata Ustaz Syaari, pemuda (فتى) yang mengikuti Nabi Musa ini adalah anak muridnya. Seakan mahu memberitahu kita, jika mahu menjadi pelajar yang cemerlang, harus banyakkan masa bersama guru. Kata Ustaz, lain keadaannya bila belajar dalam kelas dan belajar dengan guru di luar kelas. Lain isinya bila kita belajar dengan guru sambil bermusafir dengannya atau ketika menziarahi rumahnya. Lagi banyak kita luangkan masa bersama guru, lagi banyak kita boleh belajar dari akhlaknya, kesungguhannya dan budi pekertinya.
Betul sangat kata ustaz, saya pernah melihat sendiri bagaimana pensyarah yang mukanya serius dalam kelas bertukar seperti seorang ibu penyayang apabila saya bertanya kepadanya di luar kelas. Kawan-kawan boleh cuba!
Selalu orang kata pelajar yang selalu mendekati pensyarah ini kaki bodek. Tapi tak semua. Mungkin kita boleh ubah cara kita pandang dengan berniat nak dekati pensyarah untuk belajar dari dia secara lebih lagi; akhlaknya, peribadinya dan ilmunya. Mana tahu niat menimba ilmu itu berkat :)
***
Saya juga pernah bertanya kepada Aiman Azlan dalam sesi soal jawab yang beliau buat dalam story instagram beliau, saya bertanya soalan ini;
"How to approach lecturer in class when you want to get engage but do not have question to ask?"
Aiman Azlan memberi jawapan yang sangat membuka mata saya (Terima kasih!):
"Just say 'Salam' and ask about your lecturer's day. Also give feedback about the class experience. Be creative. Your lecturer is a human being too :)"
Mungkin selama ini, saya memandang pensyarah hanya sebagai (maaf kalau kasar) robot yang mengajar. Kerjanya sama sahaja, masuk kelas, mengajar dan keluar. Mungkin saya terlupa pensyarah juga manusia. Ada perasaan untuk disantuni. Seorang kakak pernah beritahu saya ketika saya bertanyakannya tentang hal ini katanya; "Kebanyakan pensyarah ini, lagi kita tanya lagi dia gembira nak tolong. Dia rasa dihargai."
Haah kan, pensyarah juga seperti kita. Suka rasa dihargai. Suka rasa dipandang penting dalam hidup seseorang. Kalau setiap kali habis kelas kita terus keluar, agaknya bila boleh kita bagitahu guru yang kita hargai dia?
"Be creative." Tak semestinya tanya soalan yang kita tak tahu. Mungkin kita boleh bertanya pendapatnya dalam satu-satu masalah. Boleh tanya tentang buku atau pengalaman belajar. Paling tidak bertanya khabar, jarang kita buat kan?
***
Mungkin ada kawan-kawan yang sedang membaca sekarang ini, sama spesis dengan saya. Sejenis introvert yang tak berani bertentang mata dengan orang baru. Yang selalu kena panic attack setiap kali nak tanya soalan depan khalayak ramai. Selalu ada masalah gementar bila nak bercakap dengan lain jantina. (Haha... the struggle is real).
Pernah satu hari saya merayu ayah doakan supaya senang saya cari pensyarah untuk menjadi supervisor final year project saya (satu kertas kerja yang wajib dibuat oleh semua pelajar tahun akhir). Saya luahkan pada ayah bagaimana segannya perasaan saya ketika ditemu ramah dalam bilik pensyarah lelaki yang saya harap sudi jadi supervisor saya. Habis gagap dibuatnya. Tak tahu macam mana nak sorok rasa segan. (Jangan salah faham, pensyarah saya itu baya-baya ayah juga, bapa anak dua 😂).
Saya masih ingat pesan ayah, dan saya pegang sampai hari ini;
"It is just your psychology barrier, you have to overcome it. Buat biasa je. You will get used to it."
Yup kata Dale Carneige "Our thought make us who we are."
Semuanya bergantung cara kita berfikir. Anggap saja pensyarah itu seperti ibu ayah kita. Mereka tak makan orang!
***
Untuk pelajar yang nak sambung master seperti saya (Mohon doanya, ada rezeki.. ada ^^) kemahiran komunikasi dengan kakitangan universiti adalah penting! (Baca: crucial)
Hampir semua benda memerlukan kita berjumpa pensyarah, bertanya dan terus bertanya. Pada fasa inilah, tak semua benda kita boleh tahu sendiri.
Saya pernah bertanya kakak saya kak Naheed (dia kini sedang menyiapkan tesis master, doakan ya) tentang realiti alam pengajian postgraduate. Dan saya katakan padanya saya ada masalah berjumpa pensyarah.
"Qayya rasa qayya boleh baca sendiri kalau qayya tak faham, sebab tu qayya rasa tak perlu tanya lecturer."
Jawapan Kak Naheed lebih kurang begini:
"Doing master is about giving back to the society. It repeat the learning journey. Qayya bayangkan pensyarah qayya pernah lalui semua yang qayya lalui (pengalaman belajar) Kalau qayya jadi pensyarah qayya lebih suka pelajar qayya refer to qayya ataupun buat sendiri-sendiri?"
Mestilah rujuk pensyarah! Sebab pensyarah dah lalui semua yang kita perlu lalui. Dia lebih tahu selok beloknya :)
***
Mungkin rakan-rakan yang sedang membaca ada persoalan-persoalan lain yang berlum terjawab. Teruskan mencari jawapannya. Saya harap sangat anda berjaya :)
Pesan kakak Naqibah saya, apa-apa pun kerja kita kena ada the BIG WHY untuk dorong kita mendapatkan apa yang kita ingini. Niat kena besar. Macam niat bangun solat malam (haha, susah betul).
Jom usaha bersama saya, kita cuba dekati pensyarah-pensyarah yang kita kasihi. Memang susah mula-mula ni. Saya pun masih rasa susah dan nervous. Tapi usahanya tak rugi insyaAllah. Ilmu mereka banyak. Lagi banyak kita cari, lagi banyak kita dapatkan.
Saya tinggalkan kawan-kawan dengan satu peribahasa arab ini, moga menjadi motivasi;
"Bi qadri ma tata3anna, tanâlu mâ tatamanna"
Sejauh mana kita berusaha, sejauh itulah kita kan capai apa yang kita impikan.
Saling mendoakan :)
2328
29092018
Yusufpaşa, İstanbul
No comments:
Post a Comment