Tuesday, 16 October 2012

Pernah ada suatu Tahap

Pernah ada suatu tahap,
kita rasa kita hina kerana banyak buat dosa,
tapi kita juga berasa lemah takut tidak layak diampuni,
ataupun rasa kurang yakin atas perubahan diri
di sini ada dua pedoman,
raja'(mengharap) dan khauf (takut) kepada Tuhan,
Ia datang beriringan,
menyedarkan kita perlu menyesal dan kembali,
Berserah diri "sepenuhnya" kepada Ilahi...

Pernah ada suatu tahap,
kita rasa diri kita seronok dengan dunia,
tapi dengan agama baru nak berjinak-jinak,
di sini ada pedoman,
seronok-seronok pun ikut hukum syarak,
kerana Allah tidak pisahkan dunia dan akhirat,
bahkan dunia ini ladang akhirat...

Pernah ada suatu tahap,
kita rasa kita sudah cukup baik,
mungkin sebab ilmu, pengalaman dan kesusahan yang dilalui,
kita rasa cool dan rasa selamat berleka-leka,
kata hati "takpelah, esok kan ada".
Zon selesa ini sangat bahaya,
kerana orang yang lupa Allah terkorban didalamnya,
Nikmat datang melimpah-ruah,
semua yang diperlukan terasa ada disisi,
Kesannya ramai manusia kurang bersyukur, berdoa dan muhasabah diri,
Banyak kesilapan dilakukan tanpa disedari,
Banyak kebaikan dan pengabdian jarang refresh kembali,
Banyak dosa dilakukan tidak dikesali,
Akhir sekali apa jadi??
"HaTi MaTi"
Di sini ada dua pedoman,
Muhasabah dan mujahadah terus wahai kawan,,
Sentiasa rasa diri kekurangan itu wajar,
Agar rasa seorang "HaMba" tidak lagi tersasar,
Seorang Hamba akrab dengan Rabb-Nya,
Kerana dia tahu Allah pencipta segala-galanya...


Kita di mana??
Fiamanillah, wassalam alaikum...




No comments:

Post a Comment

Entri Terakhir Saya

Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...