Saturday, 9 August 2014

Bertahap-tahaplah.

Bismillah, permulaan bagi segala kebaikan.



Sekarang dah nak masuk minggu ketiga saya belajar bahasa di Language Centre Universiti Istanbul. Persiapan bahasa selama setahun antara syarat menyambung ijazah sarjana muda di universiti di Turki. Alhamdulillah, saya baru sahaja mendapat tawaran ke Fakulti Ilahiyat di Istanbul Universiti setelah melalui peperiksaan kelayakan. Kemudahan yang Allah beri ini mengundang pertanyaan dan kerisauan kalau-kalau ia datang bertujuan, ada padanya ujian.

Doakan saya dan rakan-rakan seperjuangan, agar sentiasa tetap di jalan yang diredhai Tuhan.

Belajar bahasa, bukan senang hendak faham di fasa permulaan ini. Konfius dengan susunan dan tatabahasa bahasa ibunda kita. Sukar untuk membiasakan struktur ayat dan penggunaan kata.

Tapi dah namanya anak muda... atau lebih tepat manusia. Susah betul hendak bersabar. Kalau boleh, bahasa tu hendak dikuasai dalam masa sehari saja. Mulalah, hendak rasa stress, rendah diri melampau, menghina diri tak tentu arah bila rakan-rakan lain nampak semacam mendahului kita.

Itu normal.

Hendak cepat itu memang fitrah insan.


Tapi, sifat itu adalah medium Tuhan menguji manusia. "Suffering Tarbiyyah" adalah cara terbaik mengukur siapa yang benar-benar beriman, dan sebagai manifesto bagaimana kesan iman mengendali kehidupan manusia.


Bersabarlah, hidup ini jika kita renungi hampir semuanya dijadikan bertahap-tahap untuk sempurna. Kejadian alam, kejadian diri, pengurusan masyarakat juga berahap-tahap. Agar semuanya tersusun, yang penting tidak dipandang enteng, yang kurang penting tidak diabaikan.

Cuba pula lihat pada benda yang tidak bertahap? Rumah yang runtuh tidak bertahap runtuhnya. Turun bukit yang curam lebih cepat daripada mendaki puncak untuk melihat keindahan. Turun bukit, sukar untuk berhenti, terlajak laju boleh menempah mati.

"Sesungguhnya, akan kamu jalani peringkat demi peringkat dalam kehidupan."


"Maka mengapa kamu tidak mahu beriman?"

Menapaklah dengan tertib, kerana kesabaran juga asas penting keimanan. Kita sendiri tahu bahawa tidak tertib adalah kurang sopan. 

Bersabarlah. agar batu-batan yang baru diperoleh dapat dibina dengan cermat. Agar nanti binaan kukuh dan kuat. Kadang-kadang nak cepat menjadikan kita lebih lambat. 

Berasabarlah, agar biji benih yang ditanam sempat menjadi matang. Jangan hendak dituai cepat, nanti rasa buahnya kelat.

Orang dulu-dulu pernah menyindiri sifat tergesa-gesa.
Mereka berkata:

"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran."

Rugikan?

Doakan kami di perantauan,
Semoga berjaya membawa kejayaan.

Sekian,
Yang baik dari Allah semuanya,
Yang lemah maafkan saya hendaknya.
Assalamualaikum.






















2 comments:

  1. Tahniah dan semoga terus mencuba untuk berjaya. Sama-sama kita berdoa itu yang terbaik di sisiNYA. Belajar berbagai bahasa adalah satu komitmen yang harus ada golongan yang mahu bersabar berkorban untuk menguasainya. Lihat sahaja journalist2 barat. Berapa bahasa yang dikuasai. Saya sendiri sekarang kempen pada anak cucu supaya belajar 4 atau 5 bahasa selain dari bahasa Arab dan Inggeris. Terus bercerita. Saya suka membacanya. Saya ada seorang anak saudara sebelah suami yang juga belajar di sana. Agaknya hampir......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin, terima kasih Mcik. InsyaAllah akan istiqamah menulis walaupun jadual nampaknya semakin sibuk.

      Delete

Entri Terakhir Saya

Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...