Tuesday, 25 April 2017

Quote Bulan April

Bismillah

Dah lama tak menulis, sampai tak sedar sudah di penghujung bulan 4.

Hati meraung-raung minta diberi belas. Dahaga benar mahu berkongsi coretan.

Lebih sedih apabila permintaan itu sudah terlambat. Kerana ilham yang datang sudah hilang.

Jadi, kerana masa terbatas, saya hanya berkongsi quotes yang saya ingat sepanjang bulan April ini:

"Siapa yang bersungguh-sungguh di jalan Allah, Allah akan bukakan jalanNya."

"Setiap benda bila menggapai sempurna pasti akan bermula kekurangannya."

"Al-Quran bukan hanya hukum, ia adalah petunjuk."

"Demokrasi hati, kita yang memilih siapa kita."

"Jangan bersedih kerana rezeki. Ia bukan urusan kita."

"Rezeki kita dalam bentuk yang berbeza-beza. Tiada satu lebih dari yang lain."

"Kelebihan sahabat adalah kelebihan diri kita. Apabila tujuan hidup sama."

"Kecepatan menjawab seruan Allah, adalah tanda keimanan, sumber kehidupan, dan petunjuk."

"Segarkan hati dengan berada di samping orang-orang yang berhati segar."

"Alam kecil ini, menyeru bakti. Bukan meminta kita menjadi sekecil Dia."

"Bersangka baik dengan Allah, antara sebaik-baik ibadah."

"Tanpa ikhlas, hayat bukan lagi kehidupan."

"Alam mengingatkan kita pada sifat-sifatNya."











No comments:

Post a Comment

Entri Terakhir Saya

Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...