Monday, 1 December 2014

Bismillah!

Bismillah.

Aku tiba di rumah kakak-kakak senior di Yusufpaşa. Mereka menyambut aku dengan senyuman.

"Semua dah sampai?" Tanyaku sambil cuba membuka kasut hitamku di depan muka pintu. Tersangkut pulak.

"Dah, semua dah sampai, nanti kena marah dengan kakak naqibah." Seloroh Kak Zi.

Ya, aku terlewat. Rancangnya nak keluar rumah pukul 1.30 petang, nak dekat pukul 2 baru nak keluar.

Melangkah saja di muka pintu, kelihatan kakak-kakak senior yang comel-comel ada bersama. Aku menyapa dan bersalaman dengan mereka.

Aku tiba diiringi azan asar. "Jom solat." ajak naqibahku.

"Haah, nak ambik wudhuk kejap eh." Kataku sambil membuka sarung tangan kulit dari kedua tanganku.

***
Usrah bermula. Aku sedikit teruja. Seribu satu pertanyaan dan perasaan menyesak di ruang hatiku. Apa niatku kesini? Aku berada dikalangan orang-orang baik, layakkah aku? Apakah yang aku mahu daripada pertemuan ini?

"Kita mulakan dengan ummul kitab, Al-Fatihah."

"Bismillah..."

"Ok. semua orang dah ada Quran? Sekarang bukak page 515 surah Al-Hujurat. Tiga orang baca empat ayat, lagi dua baca  tiga ayat. Ok, awak mula." Kakak Naqibah menepuk bahuku.

"Bismillah..."

Fathimah, rakanku yang berasal dari Kuala Kubu Baru membaca  maksud surah dengan penuh teliti.

"Alhamdulillah kita dah baca kan tadi. Setiap kali kita baca Al-Quran, mesti kita dapat benda baru. Tak kisahlah berapa banyak kali pun. Walaupun kita dah tahu bab munakahat, bab harta rampasan perang, bab wasiat tapi setiap kali kita baca, mesti ada bahagian yang kita rasa Allah cubit kita. So, sekarang akak nak awak semua cerita apa yang awak semua dapat dari apa yang kita baca tadi."

"Baca balik kejap." Sambungnya.

"Saya tersentuh bila baca ayat 13. Allah menciptakan kita berbeza supaya kita berkenalan. Contohnya sekarang kita berkawan dengan pelajar luar negara, banyak yang kita boleh tahu daripada diorang. Sifat baik diorang boleh kita cedok dan jadi bahan reflect diri dan yang buruk boleh kita jauhi." Kongsi Nurul Amalina.

"Hari tu Ustaz Mazlee ada kongsi, perkataan "lita'arafu" tu asal dari perkataan arab "arafa". Kata lain bagi "arafa" adalah ilmu. Jadi kita boleh faham, perbezaan kita ni bukan sekadar untuk kenal nama, nombor telefon, duduk kat mana tapi lebih dari itu kita "belajar" tentang diaorang."

Ayat yang ke-12 pula mengingatkan aku dan rakan-rakan agar tidak meletakkan prasangka buruk sebagai pandangan pertama kepada orang. Jangan mengumpat, menghina kerana mungkin dengan itu kita boleh memutuskan silaturrahim, mencabut kepercayaan dan rasa hormat antara sesama insan. Perkara-perkara itu merupakan nadi kehidupan manusia. Memusnahkannya bererti membunuh kehidupan itu sendiri. Ibarat memakan daging sahabat kita.

"Saya nak kongsi ayat ke sepuluh. Jika ada dua orang mukmin bergaduh maka damaikanlah antara keduanya. Contohnya politik Malaysia. Kadang-kadang kita nak perjuangkan benda yang sama tapi ada jugak pergaduhan. Kita kadang-kadang cemuh politik negara kita. Lepastu puji politik Turki dan bandingkan dengan negara kita. Kita tak tahu apa yang berlaku di belakang tabir politik Turki. Kita tak boleh samakan macam tu je.
Sebagai contoh, hudud. Hudud bagus, tapi dia tak boleh dikuatkuasakan  secara mendadak. Macam ada seorang ustaz tersohor di Malaysia, dia tak setuju bukan sebab tak nak. Tapi sebab hudud perlu dilaksanakan secara bertahap. Masyarakat kita tak bersedia. Kita tak boleh nak terus ikut  Brunei, kita sendiri tak tahu apa yang berlaku di Brunei. Sebagai agamawan, kita perlu tahu semua. Tak semestinya cakap pasal hadis, ayat al-Quran je. Politik dan lain-lain semua kita kena tahu.Daripada kita terus mencemuh, lebih baik kita memperbaiki diri, memperbaiki masyarakat disekeliling kita." lebih kurang penerangan seorang rakanku dari Meru. Aku hampir ternganga mendengarnya.

Banyak lagi yang kami belajar, insyaAllah akan ku kongsi nanti.

***
Ta'aruf... bahagian paling menarik dan kelakar.

Kami diminta menulis nama penuh kawan sebelah kiri. Dan tulis first impression yang kita nampak pada dia. Kemudian past pada rakan sebelah sehinggalah sampai pada orangnya. Sesampai aja di tangan disuruh baca pada rakan-rakan. Ada yang nak dibantahkan? Atau nak diterangkan?

Rakan-rakan aku mengatakan aku pemalu, sopan, serious garang ^_^ , bagus, berilmu...

Aku memiliki wajah serius. Susah nak senyum. Bahagian tu aku surrender...hehe
Yang pandangan baik-baik tu aku kira aku tak layak mendapatkannya. Aku sendiri tahu kelemahan aku. Mungkin Allah menutup aibku dihadapan mereka.

Tapi Naqibah aku menuliskan bahawa aku "solehah =)"

Rakan-rakan aku pun membaca "first impression" yang mereka dapat. Aku teruja mendengarnya. Aku menyedari, naqibah aku menuliskan "solehah =)" pada kertas setiap orang.

Naqibah aku bertanya "apa yang kita dapat daripada ta'aruf ni?"

Pengajarannya, supaya kita muhasabah balik sikap kita. Dan berusaha membaiki diri sehingga dapat capai yang baik-baik seperti yang tertulis.

Sekarang aku faham kenapa Naqibah tulis kalimah "Solehah" untuk kami semua :)

***
Ada lagi dua bahagaian program, bahagian memperkenalkan diri rasanya semua orang sudah biasa dengannya. Bahagian kedua akan kukongsi di posting yang lain insyaAllah.

Sebelum balik, Naqibah bertanya pada kami. "Kenapa datang usrah hari ni?"

Aku menjawab takut-takut. "Sebab Kak Mira suruh."

Kak Amira adalah senior aku. Dia tak dapat hadir bersama sebab membawa ayah dan adiknya jalan-jalan di Turki. Sedang aku merengek sejak semalam tak nak pergi sebab malas dan takut berjalan seorang, Kak Mira berpesan "Jangan mengada, pergilah...." katanya dengan senyuman.

"Saya datang sebab nak cedok ilmu." Kata rakan sebelah kananku.

"Saya dapat tadabbur Al-Quran. Kat rumah kadang tak sempat pun tadabbur Al-Quran. baca je." kata rakan sebelah lagi.

"Ruqayya, awak taknak tambah selain daripada Kak Mira suruh tadi?" Seloroh kakak Naqibah.

Sejujurnya, aku malas sungguh nak datang. Rasa nak berehat sahaja. Lagipun hari itu Ahad dan diluar sangat sejuk. Lagi selesa tidur dan study di rumah.

Tapi aku teringat, aku pernah menulis ini di laman facebook aku;

"Mendidik diri itu kita memilih, bukan dipilihkan orang. Memilih dengan sedar, faham dan sukarela. Jelas niat dan matlamat. Berani hadapi risikonya. Sedikit berkata-kata banyak berbuat. Abaikan keluh kesah walaupun penat.

Sebab tu jangan pelik kalau tengok orang yang boleh sabar bermujahadah mendidik diri walaupun terpaksa menderita 'suffering tarbiyyah'. Bila kita sudah ikhlas, tujuah kita khalas!"

Tulisan aku kah itu?

Aku merasakan aku tak jujur dengan diri sendiri. Di mana azamku untuk berubah? Di mana kesungguhanku dahulu?

Lembik.

Paksakan saja. Mulanya aku hanya melawan kemalasan. Kemudian Allah menghadiahkan nikmat ini dan menjadikan padanya keikhlasan.

Lakukanlah dengan nama Allah.
Dengan Bismillah!

"Yeah melawan kemalasan!" Disambut senyum besar naqibahku.

^_^

























Tuesday, 25 November 2014

Keikhlasan yang aku pelajari.

Bismillah, permulaan bagi segala kebaikan.


Kawan2, hari ni saya ingat nak mengulas apa yang saya faham tentang keikhlasan. Setelah mencedok sedikit hikmah daripada fenomena kematian almarhum Ahmad Ammar dan seteleh melihat kepada kelemahan peribadi dalam kehidupan sehari-hari, suka kiranya saya berkongsi sedikit tip:

1) Pada waktu kita berasakan kita ada kelebihan dan terasa mahu menunjukkan pada orang walaupun dengan  bisikan hati yang paling halus, cubalah diamkannya. Kerana ketahuilah bahawa Allah itu Maha Tahu akan kebaikanmu, dan tiada yang lebih mulia untuk mengetahuinya melainkan Allah. Dan ketahuilah, membangga diri atas kelebihan yang bukan kita punya hanya akan menjelekkan diri, membusukkan hati dan menghilangkan pertimbangan diri.

2) Kita sedar, ada kalanya kita buat lawak bodoh dan perkara yang memalukan hanya untuk mencari perhatian orang. Bahkan adakalanya kita berlakon berilmu dan nampak baik untuk tujuan yang sama. Tapi bila kita intorpeksi hati, kita menyedari kita hanya mendapat malu dengan diri sendiri. Harga diri yang Allah beri telah kita jualkan dengan perkara yang hampir sahaja tidak bernilai. Alangkah baiknya kalau setiap amalan kita hanya kita tujukan pada mencari redha Allah. Kerana apa yang Allah minta tidak pernah menjadikan kita jatuh pada lubang keaiban dan bencana. Benarlah pesan Rasulullah s.a.w pada salah seorang sahabatnya "Jagalah Allah, Allah akan menjagamu."

3) Jika setiap hari kita paksakan hati dan minda untuk memburu redha Allah, pasti kita tak punya masa berfoya-foya dan membazirkannya dengan kesenangan yang sementara. Perasaan itu akan memaksa kita bergegas mencari kerja-kerja yang Allah Redha. Malah keredhaan Allah juga ada pada masa yang tidak dibazirkan. Kita akan berkejaran menolong kawan, siapkan kerja tertangguh dan menambah amal baik. Dunia akan menjadi tempat yang lebih indah jika kita semua cuba melaksanakannya.

Semoga perkongsian pendek dan ringkas ini berguna untuk kita semua.

Friday, 7 November 2014

Beraya di Perantauan (Bahagian 2)

Bismillah.

Aku seperti biasa sentiasa melihat di skrin telefonku kalau ada khabar baru yang dihantar melalui laman sosial atau Whatsapp. Seingat aku, beberapa hari sebelum Raya Haji, aku menerima poster jemputan untuk menghadiri program Mahabbah Bayram yang diatur oleh Persatuan Pelajar Malaysia Turki (PPMT/MASAT) di dalam sebuah 'group' di Whatsapp. Seperti pelajar baru yang lain, aku menyimpan sedikit keterujaan untuk menghadiri majlis ini. Mahu sekali berkenalan dengan pelajar senior dan angkatan Persatuan Pelajar.


Seawal 9.00 pagi lebih kurang, aku dan rakan-rakan serumah sudah keluar menuju stesen Metro Fatih di belakang kawasan perumahan kami. Kami menuju ke Bahçelievler. Pagi yang sangat dingin menjadikan keinginan untuk hadir hari itu tidak sehangat musim panas.

Tiba di dewan yang dimaksudkan, kami mengambil tempat masing-masing. Aku teruja kerana dapat bertemu dengan rakan-rakan Melayu yang baru sampai beberapa hari yang lalu. Aku dimaklumkan semua yang hadir datang dari jauh. Ada yang datang dari Bursa, Konya, Ankara dan Sakarya.  Bila dihitung-hitung lebih kurang 100 lebih pelajar yang telah berkumpul. Jumlah pelajar melayu meningkat mendadak pada tahun ini. Sungguh, semua ini adalah kehendak Allah. Setelah pemergian Al Marhum Ahmad Ammar, barulah gedung ilmu di bumi Turki ini lebih mendapat pemerhatian orang. Kalau tidak, aku hanya terfikir bumi Turki ini tempat melancong melihat tinggalan sejarah!

"Kita mempersilakan adik Muhammad untuk membuka majlis kita dengan bacaan ayat Al-Quran dan doa."
Majlis pun bermula. Kami membuka hati dan minda untuk menimba ilmu baru.


Tetamu kehormat pada hari itu adalah Encik Baharuddin. Beliau sudah kami anggap seperti bapa kami. Nasihat beliau, gurau senda beliau seperti yang biasa bapaku berikan kepadaku. Kami diingatkan bahawa kami adalah duta kecil Malaysia, di mana pun kami pergi kami membawa wajah tanah air kami. 


Majlis diteruskan dengan sembang santai yang disampaikan oleh pelajar-pelajar senior. Anataranya Abang Faiz Ali. Beliau adalah pelajar pertama yang datang ke Turki untuk sambung belajar pada tahun 2008. Pada waktu itu biasiswa untuk pelajar luar negara daripada kerajaan Turki belum wujud lagi. Aku pun tertanya-tanya bagaimana beliau survive pada waktu itu. Persoalan-persoalan yang bermain dalam fikiran kami menjadikan kami tertunggu-tunggu buah bicaranya.

Abang Faiz menasihatkan kami agar sentiasa peka dengan keadaaan semasa. Maklumlah, sistem dan birokrasi di Turki sentiasa berubah dan tidak diduga. Kadang-kadang sangat menduga... eheh.

Beliau menceritakan bagaimana dia mula-mula sampai ke Turki, bagaimana dia membiasakan diri dan berinteraksi dengan orang Turki. Katanya, cari rakan yang satu kepala, dan yang penting sekali minat! Jangan tunggu orang untuk anda mulakan sesuatu, jika anda minat, anda akan memulakannya. Cari peluang kerana di Turki terlalu banyak peluang baru untuk diterokai. Kini Abang Faiz menyambung pelajaran untuk Master keduanya, menjadi sayap pemuda dalam sebuah parti politik sebagai jurucakap hubungan luar lebih kurang gitulah... aku pun lupa...hehe. Paling menarik, abang Faiz melakukan semua itu sambil berniaga.

Bersambung....

























Saturday, 18 October 2014

Beraya di Perantauan

Bismillah, permulaan bagi segala kebaikan.

Perkhabaran rindu sampai di benak minda setelah wartawan jiwa menulis beritanya. Bagaimana lebaran di Malaysia? Di kampungkah mereka meraikannya? Aau hanya di bandar kerana tiada cuti yang lama?

Raya Haji telah berlalu lebih seminggu yang lalu.

Mesej yang bagaimanakah cuba disampaikan sehingga hari ini disyariatkan untuk ummat Islam menyambutnya  sekali setiap tahun? Mestilah penting untuk diingatkan, dan juga penting untuk diamalkan.

Semoga mesej itu dapat kita pelajari daripada hikmah arahan korban buat Habil dan Qabil juga perintah korban Ayahanda kita Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

Kuah kacang Turki.
Aku disini menunggu hadirnya Raya Haji.

Kadang-kadang niatnya pelik-pelik belaka. Mahukan cuti, bosan dengan jadual mingguan yang serupa. Mahu makan percuma, mahu merasa daging korban. Mahu merasa sembahyang raya dengan jemaah Turki. Mahu meihat bagaimana mereka merayakannya. Mahu mengumpul gambar-gambar perayaan, dan mahu beriang-ria sepanjang lebaran.

Err.... apakah itu saja yang dapat pada Raya Haji kali ini?

Pagi 4 Oktober 2014 bersamaan 10 Zulhijjah 1435,

Cuaca dingin dan berangin. Daun-daun hanya sedikit berguguran. Kerana masih di permulaan musim luruh. Jalan di sekitar Fatih lengang. Bas-bas awam masih beroperasi seperti biasa. Bendera Turki diletakkan di atas setiap cermin sisinya seperti yang dilakukan pada hari-hari keraian rasmi Negara Turki. Sedikit sekali insan kelihatan. Tidak sibuk seperti biasa. Pagi itu benar-benar suram.

Walaupun diberitakan di televisyen bahawa waktu solat sunnat aidiladha akan bermula pada 7.40 pagi, ternyata sewaktu kami tiba lebih awal dari waktunya, jemaah telah hampir di rakaat kedua. Malah jemaah melimpah-limpah keluar. Dan sukar sekali kami melihat wanita di situ. Kebanyakannya adalah lelaki.

Keluar dari rumah, kami lengkap berpakaian baju kurung khas untuk Raya. Baju kurung kami berwarna-warni. Terang-terang, Sangat berbeza dengan pakaian Raya orang Turki. Pakaian mereka sama sahaja. Lelaki berpakaian suit lengkap dan wanita biasanya berjubah antara warna hitam, kelabu dan warna-warna gelap. Pakaian menarik perhatian pandangan orang Turki menjadikan aku dan rakan-rakan kelihatan "jangok" hehe. Apapun saya tetap berbangga dengan pakaian tradisi kita yang sopan, selesa dan menepati syarak.

Kami tiba di Masjid Fatih, ketika mahu memasuki laluan masuk di bahagian kanan masjid terdapat pemeriksaan polis. Aku merasakan pasti ada orang kenamaan menjadi jemaah hari ini. Lama jugak kami beratur. Setelah diperiksa, kami bergegas seperti orang-orang Turki yang lain. Sedih juga apabila menyedari aku dan rakan-rakan lewat. Lebih sedih apabila kami tidak menemui ruang solat khas wanita. Kerana jemaah yang melimpah keluar kebanyakannya lelaki.

"Kita duduk sajalah di sini, aku mahu mendengar takbir dan khutbahnya." Kataku.

Lantas kami duduk di tepi masjid, mendengar takbir ala Turki yang tidaklah berlagu seperti di Malaysia. Cukup bertenaga. Seakan-akan aku berada di bumi Makkah pada waktu itu. Aku sempat merakam video. Tapi tidak banyak. Seusai solat, jemaah mula meninggalkan masjid. kami cuba masuk. Tetapi masih penuh dan tak ada laluan yang boleh dimasuki orang.

Kami tidak boleh berlengah, kerana sebentar lagi ada majlis makan-makan di Raid Solah, sebuah Homestay yang diuruskan oleh Persatuan Pelajar Malaysia di Yusufpaşa. (Jika ada yang berminat bolehlah hubungi terus persatuan pelajar). Sewaktu melangkah meninggalkan masjid, kami menggunakan laluan yang sama. Terdapat Van yang biasa digunakan oleh pihak media. Sekali lagi aku tertanya " siapa agaknya orang besar kali ini ya?" Kerana sebelum ini, kami berkesempatan menemui Presiden Turki iaitu Erdogan di Masjid Fatih ketika solat raya aidilfitri.

Di pintu Masjid, terdapat manisan Lokum untuk dibagi-bagi dengan masyarakat. Terdapat juga belon-belon berbagai rupa dijual untuk menggembirakan hati kanak-kanak. Walaupun tiada mercun dan tiada warna-warni, ukhuwah dan kegembiraan adalah perkara utama yang masih kekal dalam perayaan masyarakat Turki.

Kami tidak boleh menunggu, kami harus bergegas ke Raid Solah. Majlis itu Potluck. Ada bahagian kami yang perlu dibawa segera agar majlis sempurna.

Jauh di sudut hati, aku teringin melihat "orang besar" itu.

Tak lama selepas itu, aku dimaklumkan pelajar Malaysia lelaki telah bertemu Perdana Menteri Ahmet Davutoğlu di Masjid Fatih. Siap sempat berbual dalam bahasa Melayu lagi. Perdana Menteri Turki yang baru ini amat disegani kerana kepimpinannya dan kerana jiwa ummatiknya melayan nasib ummat Islam yang tertindas di pelosok bumi. Sebelum ini, beliau pernah menjadi pensyarah dalam bidang sains politik di UIA Malaysia dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Gabungan kepimpinan Erdogan dan dirinya menjadikan Turki lebih kukuh dan mantap. Aku sedikit cemburu... tapi insyaAllah, lain kali.

Bersambung....























Sunday, 12 October 2014

Pernahkah engkau berasa dizalimi?

Bismillah.

Pernahkah engkau berasa dizalimi?
Hanya kerana khabar angin mengatakannya,
Pernahkah engkau menzalimi?
Kerana khabar angin yang sama.

Bila mahu membersihkan ladang,
Kumpul sampah dan letak di tepi,
Cari bukti bukan mencari kotoran orang,
Untuk mengotorkan diri sendiri.

Berlaku adillah,
Dengarlah dari dua belah pihak,
Akal gunakanlah,
Timbangkan dengan bijak.

Sabar-sabar menunggu,
Lembab tidak sekali-kali,
Bukan cepat menjadi penentu,
Tapi kebenaran yang dicari.

Jangan melatah tika diuji,
Prinsip jangan mudah mencair,
Hauskan kehendak diri,
Fatamorgana jangan disangka air.














Sunday, 21 September 2014

Kau rasa?

Bismillah.

Petang itu, Farid datang melepak di bilik Hazim. Tingkap bilik yang terbuka itu memberi laluan deruan angin dan suara burung-burung berkicauan masuk menyapa.

Sedang Hazim sibuk menekan papan kekunci komputer riba untuk menyiapkan bahan pementasannya esok, tiba-tiba Farid bertanya;

" Eh Zim, berdosa tak kalau lelaki sengaja dengar lagu nyanyian perempuan?" Tanya Farid.

Hazim berhenti menekan papan kekunci, dia memusingkan kerusi beroda itu dengan kakinya. Betul-betul menghadap Farid. Hazim sambil mengangkat kening sebelah bertanya kembali;

"Kau rasa?"

Hazim dan Farid terdiam seketika, Farid mengangkat bahu tanda tak tahu.

"Entahlah Yet, benda ni dah banyak dibahaskan ulamak dan ada pula cerita orang tentang kesan-kesannya terhadap kaum adam." Hazim menyambung.

"Habis tu?" Farid merasakan penjelasan Hazim tergantung.

"Kau search lah sendiri, lepas tu buatlah pertimbangan baik-baik. Aku cuma boleh bagi kau satu tip, apa yang masuk ke dalam diri kita, akan diproses dan hasilnya akan keluar pada sikap dan tingkah laku seharian." Hazim menjawab ringkas.

"Kau pun tahu, deria kita ni adalah pintu-pintu kepada rumah hati. Kalau kita rasa hati kita berharga, jagalah baik-baik pintu tu." Hazim menghabiskan kalam, tersenyum ringan.

"Ahaaaa...Aku faham." Farid mengangguk kepala.

****


Friday, 19 September 2014

Al-Kisah Kaki Terseliuh.

Bismillah, permulaan bagi segala kebaikan.

Telefon pintar di sebelah bantal mula menyanyi lagi. Ini sudah masuk kali ketiga jam loceng pagi berbunyi. Tangan Hasanah mencapai telefon pintarnya. Deringan nasyid "Bismillah" nyanyian kumpulan Raihan dihentikan. Hasanah menuju ke bilik mandi, berus gigi, mengangkat air wudhuk dan solat.

Pagi itu sangat sejuk, walaupun semua tingkap rumah telah ditutup. Awan mendung dan hujan renyai mula turun. Maklumlah, sudah masuk musim luruh. Hasanah dan rakan-rakan serumah yang baru tiga bulan tiba di negara dua benua itu masih sukar menyesuaikan diri.

Tepat jam 7.30 pagi, setelah sarapan dan bersiap, sekumpulan pelajar Malaysia itu keluar dari rumah menuju ke kelas. Mujur bas awam tidak penuh sesak. Semua tidak mahu menanggung risiko diraba orang dan bau yang tidak menyenangkan.

7.50 pagi bas bernombor 28 yang dinaiki mereka tiba di perhentian Tophane dan menurunkan pelajar-pelajar itu. Berlari melintas jalan kerana waktu lampu hijau menyala untuk pejalan kaki sangat sekejap. Langkah kaki dicepatkan kerana nak mengejar lift yang hanya boleh dinaiki tidak lebih dari empat orang.

Hasanah dan tiga lagi rakan menuju ke kelas. Lift yang hanya berhenti di tingkat tujuh menjadikan mereka terpaksa menuruni anak tangga ke tingkat enam.  Hasanah menapak sambil fikirannya melayang. Entah apa yang difikirkannya. Langkah kakinya semakin laju sewaktu menuruni tangga terakhir.

Tiba-tiba..... "Aaaaaaaaah...Aduh, Aduh...Adudududu...Ergh!" Hasanah meraung dan mengerang kesakitan. Dia terjatuh kerana tidak sedar ada lagi dua anak tangga penghabisan. "Tolong papah saya..." Suara Hasanah menahan sakit.

"Mana sakit Hasanah?" Tanya rakan-rakan.
"Izzah dengar kot kaki Hasanah berbunyi...ouchh, sakit kan?". Kata Izzah.

"Hasanah takut kaki patah je, tapi ni tak adalah sakit sangat. Cuma tadi rasalah tulang bergerak." Jawab Hasanah sewaktu didudukkan di kerusinya.

Pelajar lelaki dilarang masuk sebentar, sebab Hasanah hendak menyapu minyak panas di bahagian kaki yang terseliuh tadi. Hasanah cuba berjalan, boleh pula berjalan seperti kaki pendek sebelah.

Sepanjang kelas, Hasanah memusingkan kakinya selalu agar urat yang terkehel tu tidak mengeras. Setiap kali namanya dipanggil untuk sesi menulis jawapan di papan putih, pasti dia berjalan lambat. Sehingga guru bahasa Turki menyuruh pelajar lain untuk tuliskan jawapannya kerana kasihankan dia.

"Aduh, bikin segan saja..." Hasanah bermonolog.

Kali kedua giliran dia menulis jawapan, dia bangun dan berjalan sendiri.
"Hasanah, neden yürüyorsun? tanya gurunya (mengapa kamu berjalan?)

"istiyorum...(saya mahu berjalan)" jawab Hasanah sambil tersenyum kelat. Hasanah memang tidak suka meminta tolong orang. Selagi dia boleh lakukan sendiri, akan diusahakannya walaupun perit.

Sejurus sahaja waktu kelas tamat, kondisi kaki Hasanah semakin memburuk. Bengkaknya mula naik.

"Hasanah, bagi bag awak, saya bawakkan. Berat tu." Aqilah mahu membantu.
"Tak apa, saya boleh bawak. Ringan je ni." Hasanah  membalas.

Sewaktu hendak turun dari bas, Hasanah mengerang kesakitan...turun tangga adalah pergerakan yang paling menyakitkan bagi kaki yang terseliuh.

Tiba di rumah, dia diminta berehat. Bengkaknya semakin menjadi-jadi. Rupa kakinya nyata menunjukkan ada yang tak kena. Hasanah sukar bergerak walaupun sikit. Pasti air mata menahan sakit menitis setiap kali kakinya hendak digerakkan.

Wafa mula risau. Dia menyapu yoko-yoko di kaki Hasanah. Khuatir akan ada ligamen yang pecah di mana-mana. Wafa adalah pelajar tahun dua perubatan. Dia membuka bekas ubatnya, tapi ubat yang dicari sudah habis.

"Tunggu ya Hasanah, saya pergi belikan ubat." kata Wafa.
"Kena makan ubat? Saya puasa hari ini." Hasanah bersuara.

"Tak payahlah puasa, nanti awak kena makan ubat cepat untuk surutkan bengkak tu." Kata Wafa.

Aqilah juga risau. Hana sikit-sikit menjerit apabila Hasanah bercerita tentang kesakitannya. Berkongsi rasa agaknya.

"Hehehe, bukannya sakit sangat pun." Hasanah menyembunyikan perasaanya.

Semakin lama kaki Hasanah semakin sakit. Sampaikan dahinya panas. Dia menghubungi kakaknya di Malaysia. Kakaknya menasihati agar dia membalut kaki ataupun rendam dalam ais batu. Hasanah diminta cepat pergi ke klinik dan rehat seminggu.

Aqilah membantu Hasanah membalut kakinya.
"Arhhhhh!!!" Hasanah menjerit kesakitan dan air matanya mengalir deras. Aqilah tersalah pusing kakinya menyebabkan Hasanah menutup muka menyorokkan tangisannya.

"Sorry, sorry...sakit sangat." Kata Hasanah.
"Tak mengapalah... bukan senang nak tengok Hasanah nangis..." usik Aqilah.

Wafa pulang, sebelum makan ubat Hasanah diminta makan Makaroni bakar yang Wafa masak tengahari tadi.

"Wah...terima kasih ya." Jawab Hasanah agak terharu.

"Nah, ni ubat. Makan satu biji setiap empat jam. Kita tengok macam mana nanti. Kalau makin teruk kita pergi hospital."Kata Wafa..

Hasanah sukar bergerak. Kaki kirinya tak boleh menapak ke lantai. Dia perlu dipapah atau bergantung pada objek untuk berjalan. Hendak pergi ke tandas adalah perkara yang paling sukar. Kerana jamban di rumahnya adalah jamban cangkung!! Itupun. Hasanah masih berdegil tidak mahu dipapah, dia mahu berjalan sendiri.

"Wahai...besarnya nikmat ada kaki sihat". Hasanah bercakap dalam hati.

"Kalaulah masa sihat, aku boleh buat banyak kebaikan... Oh kaki, bilalah awak nak sihat." Hasanah menyuarakan sesalannya sambil merenung kakinya. Hasanah teringatkan keinginannya untuk solat malam yang sering dia lalaikan.

Air mata jernih mengalir dari hujung matanya. Cepat-cepat Hasanah menghapus air mata itu, tak mahu orang lain melihatnya. Hasanah tak suka dilihat lemah dan mengaku kalah.

Keesokan harinya Hasanah dilarang ke sekolah. Terbuka saja matanya dari lena, nasi goreng sosej masakan Soulha rakan biliknya, dihantar ke lututnya.

"Allah Allah, terima kasih banyak." Hasanah kehabisan kalam untuk berterima kasih. Dia tersentuh.

Hasanah keras sikit orangnya. Dia mudah bersimpati, tapi empatinya kurang. Jadi dia seakan takjub bila melihat orang berbuat baik kepada dirinya semacam itu... Bagi Hasanah, bukan senang untuk berkorban untuk orang.

Hasanah dilarang masak. Dia masih berdegil. Ke hulu kehilir dia berjalan. Sebelum ini, Hasanah bukan begitu orangnya. Biasanya dia duduk satu tempat sahaja, sama ada membaca, main telefon ataupun berborak. Bila saja kakinya mampu berjalan sikit, habis semua tempat dia pergi, habis semua kerja dia mahu buat. Sehingga rakan-rakannya pelik.

"Bosanlah...." itu saja helah mudah Hasanah.

Esok petangnya sewaktu Hasanah mahu menyiapkan kerja sekolah, Soulha sekali lagi datang mengantar sup cendawan panas padanya. Hasanah membesarkan mata. Dia terkejut. Tak pernah ada orang yang bukan keluarga melayan dia sebaik ini.

"Terima kasih banyak...Soulha dah makan ke? Ini untuk Hasanah ke?" Hasanah sedikit bingung. Sukar menghadam emosinya sendiri.

"Ada...Tak apa, Hasanah kan sakit." Jelas Soulha.

Hasanah menghirup sup cendawan panas itu.

"Aii, sedap jugak kan kalau ada roti makan dengan sup ni..." Hasanah bermonolog.
"Ish...tak apalah, hamba bersyukur ya Allah atas nikmat ni." Hasanah menyambung.

Kurang lima minit, Soulha datang lagi keada Hasanah. Kali ini membawa dua keping roti.
"Nah, ambiklah." Kata Soulha.

Hasanah betul-betul tergamam. Dia mengangkat kening sebelah.
"Erk....Terima kasih."

Hasanah benar-benar merasai sebuah didikan. Didikan yang mengajar Hasanah bagaimana hidup bersaudara. Bagaimana cara seorang mukmin melayan saudaranya. Bagaimana kewanitaan menjadi bekal kepahlawanan dalam kasih sayang. Jujur, Hasanah baru mula belajar.
"Ya Allah, akan ku lakukan seperti apa yang telah mereka lakukan padaku. Kerana Dikau telah mengajarkanku melalui mereka. Ya Allah, penuhilah permintaan mereka sepertimana mereka memenuhi permintaan hamba. Bantulah mereka sepertimana mereka membantu hamba. Ya Allah, rahmatilah sahabat-sahabat hamba, juga ibu bapa hamba kerana mereka telah menjaga hamba ketika hamba lemah lagi memerlukan. Terima kasih Ya Allah, atas didikan ini...."

Hasanah mengaminkan doa dalam hati....



















Saturday, 30 August 2014

Aku Perlu Lakukan Yang Sama.

Bismillah, permulaan bagi segala kebaikan.

                                            

Sedar tak sedar, sekarang aku lebih sensitif bila berjauhan dengan keluarga.

Kadang-kadang tak boleh nak usik sikit, terus ambil hati.

Mudah meluah rasa di hati... sejujurnya sebelum ini aku seorang yang lebih suka berahsia.

Bila orang berbuat baik di hadapanku, aku mudah tersentuh hati,

Ilmu, Adab dan kesahihan ibadah yang semakin kukuh dalam kalangan masyarakat membuka minda dan pintu hatiku. Menjadikanku lebih banyak menyoal diri, apa lagi yang perlu aku buat dan aku cari.

Semuanya ditujukan kepada hati aku. Seakan-akan sekarang, hatiku baru hendak berfungsi. Selama ini, hatiku keras, kadang-kadang lebih seronok duduk di awangan, tidak mahu mendarat pada realiti.

Di rumah ini aku tinggal bersama housemate seramai 10 orang. Berbeza latar belakang keluarga dan budaya. Aku perlu mengurus sendiri, tutur kataku, gerak amalku, pengaruh mana yang perlu aku ikuti, apa yang perlu disimpan, apa yang perlu dikongsi.

Di luar rumah pula, aku berada dalam kalangan masyarakat yang pada waktu ini masih dikira asing bagiku. Budaya mereka, bahasa mereka, adab dan pemahaman mereka memerlukan aku menjadi seorang yang lebih peka dan sensitif.

Selama ini, aku kira aku terlalu selesa dalam golonganku sahaja. Jika aku tidak setuju dengan sesiapa, mudah sahaja aku melarikan diri. Jika di rumah di Malaysia, masuk bilik dan kunci pintu adalah strategi paling mudah mengalihkan bebanan dalam diri.

Kini segalanya berbeza. Tiada lagi ibu yang mengingatkan aku agar jangan tidur lewat dan ingatkan akan berdosanya subuh gajah. Tiada lagi ayah yang akan tengokkan perbelanjaanku dan barang keperluanku.

Aku di sini bukanlah membawa diri, aku hidup bersama sahabat seangkatan. Cuma aku membawa hati, hati yang sekarang benar-benar bergantung pada pilihanku. Bagaimana aku ingin mencorakkannya.

Aku perlu lebih dewasa. Lebih prihatin dengan suasana. Lebih menjaga hati orang lain kerana aku sendiri mengetahui bahawa pada saat sebegini hati aku juga mudah terusik. Pasti rakan-rakan turut merasakan perkara yang sama.

Betapa perlunya manusia itu bertindak dengan hati, kerana hati adalah sumber kesedaran.

Manusia yang dalam hidup sehariannya tidak sedar akan perjalananya adalah manusia yang mati. Tidak melihat, mendengar mahupun memikirkan. Bak kata orang inggeris "Oblivious to the surrounding."

Kredit
Sedangkan dalam Al-Quran, melihat, mendengar dan memikirkan sering menjadi sebab kejayaan orang beriman dan menjadi punca terhinanya orang-orang yang degil lagi mendustakan.

Mereka sengaja memilih untuk mematikan hati mereka daripada mempelajari apa yang Tuhan telah ajarkan pada mereka dan apa yang Tuhan telah tetapkan yang terbaik dan benar keatasnya.

Untuk menjadi muslim sekalipun, aku dan semua orang perlu memastikan dulu Hatinya beriman. Jika hatinya mati daripada memahami apa itu Iman kepada Allah dan RasulNya, maka tidaklah mampu untuknya menjadi muslim.

Aku teringat doa Nabi Yusuf lantas aku menurutinya mengadu kepada Tuhan;

Kredit


"Ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan Muslim dan gabungkanlah aku bersama orang-orang Solih." 

(Surah Yusuf; 101)

Jika insan-insan terdahulu telah membuktikan bahawa jika ingin berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat adalah dengan hati, maka aku dan semua orang perlu lakukan yang sama.

Ya Allah, hidupkanlah hati kami dalam kehidupan yang benar.
Aamin...

Hari ini tanggal 30 Ogos, Turki meyambut Hari Kemerdekaannya.
Esok tanggal 31 Ogos, tanah airku pula meyambut Hari Kebebasannya.

Duhai hati, jika kamu mahu tahu betapa terhinanya dan susahnya dirimu dijajah kelalaian dan penipuan dunia dan fitnah yang terkandung padanya, kamu perlu hidup dan merasainya. Barulah kamu akan berusaha untuk merdeka daripadanya.

Selamat Hari Kemerdekaan buat Turki dan Malaysia!

(kata orang, entry kali ni macam cakap sorang-sorang :p)













Monday, 18 August 2014

Bunga Budi.

Bismillah, permulaan bagi segala kebaikan.

Azan subuh berkumandang. Saya mengangkat air wudhuk dan terus menunaikan solat. Seusai solat, hajat untuk tidur semula dibatalkan memandangkan sebentar lagi akan bermusafir jauh.

Kebetulah, adunan doh pizza semalam masih berbaki di dapur. Saya ghalit menolong senior membikin donut sehingga tak sedar waktu dah lambat. Rancangnya dengan kawan-kawan hendak bertolak dari rumah pukul 7.15 pagi. Tapi akhirnya bertolak pukul 7.50 pagi.

Bila dah lambat, tiket seabus ke Bursa juga lambat. Kak Long sempat menarik baju saya di dalam bas, membisikkan sedikit nasihat.

"Kita kena tepati masa, tepati janji."


Tiket kami bertanda pukul 11.00 pagi waktu bertolak. Jadi kami punya hampir 3 jam sementara menunggu waktunya. "Kita ada dekat 3 jam ni, kita pergi masjid sana nak tak?"

Sebuah masjid lama kelihatan berdekatan dengan kami. Dengan pantas kami melangkah menuju ke masjid itu kerana awan kelihatan semakin gelap dan berat.

                                               

Ada pengalaman kelakar di situ... abaikan. hehe.

Setelah puas berehat dan mengambil gambar "selfie" kami mengambil keputusan untuk pulang ke kaunter tiket tadi. Alang-alang ternampak gerai "Kahvaltı ekmek" (roti sarapan), rakan-rakan singgah sebentar untuk membeli.

Pakcik Adnan, empunya gerai itu.

Kami disambut dengan senyuman ramah. Rakan kami berntanya padanya:

"Kaç lira?" (Berapa harga?)
"Beş lira." (Lima lira)

Rakan saya pun dengan ringkas berkata:

"Üç." (Tiga... sebenarnya kawan saya nak order tiga roti sarapan tu)

Pakcik tu ingat rakan saya sedang menawar harga. Lantas dia pun berkata dengan senyuman yang saya kira penuh ikhlas:

"Dört lira." (Empat lira)

Saya yang melihat dari jauh pun dah rasa semacam. " Ada ke, beli roti pun nak tawar-menawar?" Bisik hati kecil yang hairan.

Bila saya tanya pada rakan saya "Eh tadi, awak bargain harga ke?"

"Takdelah, kitaorang nak tiga roti tu, bukan tiga lira."

Allah, Allah... saya tak hairan dia turunkan harga, tapi saya hairan dia boleh senyum dan melayan kami dengan sangat mesra seperti anak sendiri sedangkan kami ni dikira warga asing yang tak dapat berbahasa dengan baik.


Setelah lama menunggu, akhirnya kami dapat naik seabus buat pertama kalinya ke Bursa. Baru saya tahu apa itu mabuk laut. Sekarang bolehlah saya tabik pada nelayan dan orang yang kerja offshore. Hebat!

                                 

Di Bursa, kami naik bas untuk sampai ke Çelik Palas. Esma Abla mengambil kami di perhentian bas.

Di rumahnya yang sederhana, kami semua dapat merasai kehangatan ukhuwwah mereka.

Baru pertama kali jumpa,
Bukan orang Turki,
Tak pernah ada rekod baik... rekod tak baik mungkin ada...
Hehe, tapi keluarganya menyambut kami jauh lebih mesra daripada menyambut anak perantauan pulang ke kampung.

Lebih sayu apabila Esma Abla memberitahu kami:

"I tell my mother about you, you are in Turkey without mother and father. She cried. And when you came here, she started to cry again."

Kami dijamu dengan makanan tradisi Turki dan manisan yang sungguh lazat. Mungkin kerana merek tahu nasi adalah makanan harian kami, nasi seperti nasi ayam dihidang dengan banyak di atas meja. Nak makan banyak pun tak terlarat. 

Ketika kami makan dengan penuh selera mungkin kerana penat agaknya, ibu Esma Abla menitiskan air mata di hadapan kami. 


Wahai, Allah saja yang tahu mengapa kami sebak waktu itu.

Setelah makan, kami dibawa berjalan-jalan di Bursa. Ziarah pejabat Hayrat, Ulu Camii, Masuk bazar besarnya, Ziarah makam Osman Gazi dan keluarganya dan melihat pemandangan Bursa dari atas bukit. Indahnya.


Saya tahu kakak yang membawa kami itu juga keletihan. Dari pagi sampai lewat malam menghitungkan kami. Kami tak meminta, tapi dia memberi. Tanpa berat hati dan keluh kesah di wajahnya sedikitpun, dia melayan kami.

Sebelum berpisah, saya berkata padanya;
"I want thank you so much and I would like to say sorry for troubling you."

"You are not troubling us. We are the one who should thank you because you came here." Jawapannya mengharukan.

Kami pulang dengan bas yang juga diuruskan olehnya. Bas kami lewat. 11.00 malam baru sampai di terminal. Subuh baru kami sampai di rumah.

Saya membuka telefon setelah mengecasnya, saya terima mesej dari Esma Abla;


***

Kisah hari ini tak penting pun, tak ada kaitan dengan dunia Islam, negara, atau keselamatan nyawa dan akal.

Cuma, ia berkaitan dengan hati budi.

Hati budi yang dapat mencorakkan bumi ini, menjadi tempat yang lebih indah untuk hidup bersama. Seperti bunga-bunga yang mengindahkan taman-taman. Budi mengindahkan taman hati insan.



Bukalah matamu wahai hati,
Renungilah kebaikan mereka ini,
Qudwah itulah hikmah,
Siapa yang menemuinya,
Sangat perlu mengambilnya.

Sekian,
Yang baik semuanya dari Allah,
Yang lemah maafkan saya hendaknya,
Assalamualaikum.








Saturday, 9 August 2014

Bertahap-tahaplah.

Bismillah, permulaan bagi segala kebaikan.



Sekarang dah nak masuk minggu ketiga saya belajar bahasa di Language Centre Universiti Istanbul. Persiapan bahasa selama setahun antara syarat menyambung ijazah sarjana muda di universiti di Turki. Alhamdulillah, saya baru sahaja mendapat tawaran ke Fakulti Ilahiyat di Istanbul Universiti setelah melalui peperiksaan kelayakan. Kemudahan yang Allah beri ini mengundang pertanyaan dan kerisauan kalau-kalau ia datang bertujuan, ada padanya ujian.

Doakan saya dan rakan-rakan seperjuangan, agar sentiasa tetap di jalan yang diredhai Tuhan.

Belajar bahasa, bukan senang hendak faham di fasa permulaan ini. Konfius dengan susunan dan tatabahasa bahasa ibunda kita. Sukar untuk membiasakan struktur ayat dan penggunaan kata.

Tapi dah namanya anak muda... atau lebih tepat manusia. Susah betul hendak bersabar. Kalau boleh, bahasa tu hendak dikuasai dalam masa sehari saja. Mulalah, hendak rasa stress, rendah diri melampau, menghina diri tak tentu arah bila rakan-rakan lain nampak semacam mendahului kita.

Itu normal.

Hendak cepat itu memang fitrah insan.


Tapi, sifat itu adalah medium Tuhan menguji manusia. "Suffering Tarbiyyah" adalah cara terbaik mengukur siapa yang benar-benar beriman, dan sebagai manifesto bagaimana kesan iman mengendali kehidupan manusia.


Bersabarlah, hidup ini jika kita renungi hampir semuanya dijadikan bertahap-tahap untuk sempurna. Kejadian alam, kejadian diri, pengurusan masyarakat juga berahap-tahap. Agar semuanya tersusun, yang penting tidak dipandang enteng, yang kurang penting tidak diabaikan.

Cuba pula lihat pada benda yang tidak bertahap? Rumah yang runtuh tidak bertahap runtuhnya. Turun bukit yang curam lebih cepat daripada mendaki puncak untuk melihat keindahan. Turun bukit, sukar untuk berhenti, terlajak laju boleh menempah mati.

"Sesungguhnya, akan kamu jalani peringkat demi peringkat dalam kehidupan."


"Maka mengapa kamu tidak mahu beriman?"

Menapaklah dengan tertib, kerana kesabaran juga asas penting keimanan. Kita sendiri tahu bahawa tidak tertib adalah kurang sopan. 

Bersabarlah. agar batu-batan yang baru diperoleh dapat dibina dengan cermat. Agar nanti binaan kukuh dan kuat. Kadang-kadang nak cepat menjadikan kita lebih lambat. 

Berasabarlah, agar biji benih yang ditanam sempat menjadi matang. Jangan hendak dituai cepat, nanti rasa buahnya kelat.

Orang dulu-dulu pernah menyindiri sifat tergesa-gesa.
Mereka berkata:

"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran."

Rugikan?

Doakan kami di perantauan,
Semoga berjaya membawa kejayaan.

Sekian,
Yang baik dari Allah semuanya,
Yang lemah maafkan saya hendaknya.
Assalamualaikum.






















Wednesday, 30 July 2014

Kesan Ramadhan pada diri...??

Bismillah, permulaa bagi segala kebaikan.

Selamat Hari Raya semua!! Semoga Eidul Fitri ini adalah satu kemenangan buat kita dalam menundukkan nafsu dan kebiasaan-kebiasaaan yang perlu kita tinggalkan.

Pautan video di bawah sangat menyentap pemahaman saya terhadap pengertian Eidul Fitri.

Benarlah, apabila kita berjaya berlatih berlapar dan berbuka mentaati aturan Yang Esa kerana membesarkanNya, maka kesedaran yang sama mesti diteruskan pada waktu kita bertakbir membesarkanNya di pagi raya dan pada masa-masa seterusnya.


Kita tahu mengapa kita berpuasa,
Kita diwajibkan berniat setiap hari untuk apa kita berpuasa.
Secara automatik, kita sedari hidup ini sebenarnya bukan untuk kita,
Bukan ikut suka kita,
Tapi ada tujuannya,
Ada penguasanya,
Dan kita mentaatinya kerana kita sedar peranan kita,
Hamba.

***

Ini kali pertama saya beraya di perantauan. Di bumi Uthmaniyyah.

Cabaran Ramadhannya tak kurang hebat. 

Hampir 17 Jam kami berpuasa di sini.
Isyaknya lewat, 10.45 malam baru masuk waktu.
Terawih boleh habis dalam pukul 12.00 malam.
Subuhnya awal, 3.45 pagi berkumandanglah azan.
Dan menjadikan saya sukar untuk berjaga selepas subuh. 

Kata orang tidur lepas subuh tak bagus. Lagipun, waktu tu elok benar kalau diguna untuk menelaah kitab dan menghafal Al-Quran. Doakanlah kami agar boleh mujahadah untuknya.

Di sini, kesan didikan sekular (memisahkan agama daripada kehidupan) masih berakar umbi di dalam gaya hidup masyarakat. Ramai juga yang tidak berpuasa. Walaupun majoriti di sini muslim. 

Agama telah cuba dikhianati sebanyak dua kali di bumi Turki. Sekali di zaman kejatuhan Empayar Uthmaniyyah dan kali kedua pada era 1990'an. 

Jangan hairan jika waktu Ramadhan, ada muslim kelihatan makan secara terang-terangan, dan merokok dengan selamba di tepi jalan. Tapi, itu tidak bermaksud hati mereka tidak baik. Mereka sangat mesra dan sangat baik. Cuma mungkin mereka masih mencari-cari satu daya tolak yang mengukuhkan prinsip beragama dalam hidup mereka. Disinilah, peranan mereka yang memahami addin Islam dan berhikmah mengajarkannya sangat diperlukan.

Lucu mendengar pengalaman Kakak kami di Beyazit tempoh hari yang lebih kurang sebegini dialognya.

"Saya tak berpuasa. Di sini tidak puasa normal" Kata seorang Pakcik dalam umur 70'an.

"Kenapa tak puasa?" Tanya Kakak kami.

"Ben hastayım. Burada hava çok sıcak." (Saya sakit. Disini cuaca sangat panas) Kata Pakcik tersebut sambil mengurut dadanya tanda dia sakit.

"Di Malaysia cuaca lagi panas, tapi semua orang berpuasa."

"Di sini suhu 32 darjah celsius." Kata Pakcik itu.

"Di Malaysia suhu 37 darjah celcius."

"Astaghfirullah....Biasa yang tidak berpuasa orang tua yang sakit. Lihat di sana. Yang itu juga." Balasnya sedikit sesal sambil menunjuk ke arah orang-orang tua yang tak berpuasa semacam cuba meyakinkan.

"Tapi orang muda pun tidak berpuasa, cuba Amca tengok orang itu, dan orang itu." Balas Kakak mencari jawapan.

"Astaghfirullah... anak-anak muda itu saya tidak tahu mengapa mereka tak berpuasa." Jelasnya.

"Saya tak larat berpuasa, haus. Allah tahu niat kita." Pakcik itu memberikan alasan terakhir.

Perbincangan tentang "tidak puasa" pun berakhir di situ.

Cabaran kedua adalah menyediakan sahur dan kejut orang rumah bangun. Semua orang penat, bahkan bunyi deringan loceng tahap maksima pun gagal mengejutkan kami. Yang pasti sahur sangat penting!

Apabila semua orang memilih melayan enaknya tidur, jawabnya tidak bersahur.
Apabila ramai yang memilih untuk bersedap tidur kerana ada orang kejut, lelahlah tukang mengejut.

Maklumlah, di rumah biasa Mak yang buatkan sahur. Mujur Qudwah Hasanah Mak dapat menjadi teladan diri. Sabar, Kasih dan tidak pentingkan diri seorang ibu sangat-sangat menginsafkan. 

Benarlah, wanita memang wujud sebagai pahlawan kasih sayang!

Seterusnya adalah kisah tidur.

Wahai, membazirnya masa sepanjang bulan Ramadhan jika asyik tidur sahaja kerjanya. Walaupun kata orang tidur di bulan Ramadhan itu ibadat!

Tiba sahaja dirumah selepas habis kelas, saya solat zuhur dan tidur. Terlajak sampai 2 hingga 3 jam sekali lentok. Bila sudah sampai ke pengakhiran Ramadhan, barulah mundar-mandir mengharap Ramadhan lebih panjang.

Daripada kisah di atas, semuanya berkait dengan keikhlasan. Ikhlas semacam pelincir yang memudahkan urusan. Insaf, bila kita sukar mengikhlaskan diri pada sebuah kebenaran, kita menanggung berat perasaan. Dan kisah di bawah antara satu hal yang menguji nilai terpenting itu.

Di sini ramai pelarian Syria yang mendapat naungan kerajaan Turki. Dasar kemanusiaan yang merupakan prinsip Daulah Uthmaniyyah dihidupkan semula hari ini. 

Cumanya, dalam menegakkan satu kebaikan, pasti ada risiko dan ada pula kesan sampingan yang tak dapat dielakkan. Kesediaan Erdoğan dalam membantu saudara Islam Syria berjaya menjadi manifestasi dasar pemerintahan İslam dan wajar menjadı rujukan barat sebelum melabel yang bukan-bukan terhadap Islam.

Ada di antara mereka ibu-ibu tuggal dan anak-anak yatim piatu yang meminta-minta. Satu pemandangan yang boleh menjengkelkan hati pelancong jika melawat Istanbul. Itulah yang menguji penduduk Istanbul.

Adakalanya keikhlasan teruji untuk membantu, duit bukannya banyak. Tapi bila nak berbelanja mewah-mewah boleh pula. Rasa bersalah menyelubungi. Meletakkan hak di tempatnya adalah penyelesaian terbaik. 

Sudah banyak kali kami sesat di Turki, alhamdulillah kami ditemukan dengan orang Turki yang membantu kami sampai ke rumah! Malah, ada yang ajak berbuka di rumahnya. MasyaAllah, keikhlasan apakah yang ada pada mereka?

Keikhlasan bukan dicari untuk menyeri amalan,
Keikhlasan adalah survival kehidupan,
Jika tidak kita terkorban dalam bencana keduniaan.

***

Apabila Ramadhan di hari-hari terakhirnya, tidak menemui kesan tarbiyyah Ramadhan pada diri amatlah merunsingkan.

Menyesal sahaja tidak dapat mengembalikan masa.
Tetapi insaf wajib membawa kita ke arah yang lebih baik,
Bukan terus futur dan selesa dalam keinsafan.

Di aidilfitri ku mengharapkan yang gelap menjadi cerah,
Yang jauh kembali kepada fitrah,
Dosa bukan bahan untuk diacah-acah,
Kelalaian bertamu dengan akhlak...berpalinglah,
Niat yang benar dibentengi mujahadah,
Amal yang benar dipelihara istiqamah,
Bekalan taqwa biarlah bertambah,
Membesarkan Allah dalam setiap langkah.

Sekian,
Salam Lebaran,
Maafkan saya zahir dan batin.

Allah yubarik fikum.

























Friday, 25 July 2014

Wahai tanah terpilih....

Di perbukitan itu,
Jelaslah di pandangan mata,
Binaan masjid-masjid yang hampir serupa,
Padanya terhimpun beribu jalan cerita,
Yang perlu menginsafkam jiwa.


Tapak kecil dan hina ini melangkah,
Di tanah al-Fatih penuh resah,
Layakkah aku berada di sini?
Bumi ini telah menyaksikan pengorbanan insan-insan berjiwa mulia,
Sedang aku masih mencari pengertian jiwa.


Wahai bumi uthmaniyyah,
Dahulu dikau dilanda mehnah dan fitnah,
Sehingga addin ini semacam rebah,
Harapan seakan punah dan rendah,
Kesannya masih terasa memilukan menyedihkan,
Tapi kini engkau di puncak tinggi,
Dihormati dan disegani,
Terus melangkah dengan izzah dan berani,
Walaupun luka masih berdarah di hati,
Menyubur semangat seorang khalifah,
Seakan-akan bumbung yang melindungi penghuninya,
Namun di bawahnya terdapat batu-batan,
Yang di bina dengan gigih zaman-berzaman.



Wahai insan-insan berjiwa mulia,
Yang terpilih menyerikan bumi ini,
Sebati kemuliaannya dengan hati sanubarimu,
Menyelinap di celah jiwa yang gelap dan gersang,
Menyiram basah dan menyinar terang,
Bagaimana untuk ku contohi keikhlasanmu?
Semoga satu hari nanti setiap insan memahami,
Dan menghidupkannya pada reaiti.



Bumi ini bukti,
Janji Allah itu benar,
Sunatullah itu benar,
Semoga lenyaplah kebatilan,
Dan tegaklah kebenaran.

Wahai tanah terpilih,
Kehadiranku di sini hanyalah sebuah permusafiran,
Semoga dapatku pikul sebanyak mungkin bekal perjalanan,
Tergalaslah bebananmu di belakangku,
Untuk melakukan yang benar dihadapan Tuhanku.







Monday, 14 July 2014

Spirit of Caliph

Bismilllah, the begining of all goodness

Assalamualaikum, Hye!

                               

Right know, I'm writting this post far away from my hometown Malaysia. I'm in the land of two continents. The land that witnessed the arrival of the best leader that came with him a huge batallion from the best soldiers.

[credit]

A weeks ago, my friends and I attended a  pre-depature programme. The 3 days programme was held in Summit Hotel in USJ, and it was lead by Tuan Haji Ahmad Azzam bin Abdul Rahman, the father of the late Al-Marhum Ahmad Ammar who was also sent to Turkey to persue his study.

The first thing that Pakcik Azzam share with us about Turkey is by reminding us the history of Constantinople that Allah state in the verse 1-4 in Surah Ar-Rum. It is great to know Turkey with the verses from the Quran than just watch the Movie "Istabul, Here I come!". We are well informed that Quran itself is a living reminder, while we are the one who choose to forget.


We learnt many things from the programme. But I only want to share one of the crucial point that I feel all muslims must know and act upon it.

THE SPIRIT OF CALIPHATE.

We know that every muslim was created by Allah to carry out two major responsibilities. First is to be a loyal slave to Him. Second is to be His representative in this world in the other word is to be His Caliph.

Every Caliph is a loyal slave to Allah. The one who have really tight connection to his Lord. And when it works in that way, we know that the main mission of Caliph is not in conquering the whole world, but to make sure that the whole world is governed with the guidance of Allah until His Rahmah and the Truth can be establish in order to serve the best system of life for every creation in this world.

This is the misson of a Caliphate.
The mission that come from the concious of the present of Allah. The mission which Ihsan become the method of operation.

When I watch the video of the battle situation that was lead by Sultan Muhammad the Conquerer to capture Constantinople, I almost broke to tears. 

Sultan Muhammad is a person who never leave his daily prayer since his childhood, have master six laguages, and have master the numerous field of knowledge on that time. And his soldiers also have the qualities which are not far from his leader. The quality of a muslim, the quality of Islamic teaching.

The battle is tough. Before Sultan Muhammad, there are a number of series of battle that have been set to conquer Constantinople by the earlier Caliphates. Finally, after eight hudreds years Sultan Muhammad manage to become the one who make the hadith of the prophet Muhammad become a reality.

                                

It take a large effort, a strong desires, great experties, knowledge, sincerity, patience, steadfastness and strong cooperation. And we can find these quality in the character of the person who really practice Islam and almost all the driven forces can be found in the young people.

                                              

I remembered Pakcik Azzam asked us;
"Fatih Sultan Mehmet conquered Constantinople during his 21, how many years left for you?"

***

After three days living and fasting in Istanbul, I realised it is not easy as I thought it will be.

But Fatih Sultan Mehmet can make it until he became a succesful Caliph as what have been written in the history.

If I could not make it to be like him, I hope that at least I'am qualified to be amongs his soldiers.


Please pray for us.

Till then, thank you, Assalamualaikum.















Sunday, 29 June 2014

Puasa...Memutuskan Keterikatan yang Mengganggu.

Bismillah, permulaan bagi segala kebaikan.

Assalamualaikum semua, apa khabar?

Esok hari first puasa... Mesti semua excited kan?

                                        

Kebetulan, hari ni hari lahir abang saya, tolong doakan dia agar dikurniakan umur yang diberkati Allah. Tarikh hari lahir Amzahid (abang saya Abdullah Zahid) berada di penutup Syaaban dan di gerbang pintu Ramadhan tahun ini. Mengajar kita menginsafi segala yang bermula ada tarikh luputnya. Bagaimana kita mahu ianya berakhir? Dengan baik atau buruk? Dan dengan sikap kita mengendali pengakhiran itu sangat membantu kita untuk mengendali permulaan lain yang bakal berlaku. Ramadhan kareem...Ahlan alaik.

Kita semua maklum, Ibadah puasa menguji salah satu perkara penting dalam kehidupan manusia iaitu makan dan minum.  Ia benar-benar menguji, tapi ada objektifnya. Agar keyakinan Rububiyyah kita terhadap Allah dapat dikukuhkan kembali setelah pudar dek terlalu bergantung pada makan dan minum, bukan lagi Allah yang memberi makan dan minum.

Dalam hidup duniawi ini pula, cara Allah menguji kita kadang-kadang sama dengan cara Allah menguji kita di bulan Ramadhan.

Ada masa kita dicabut kesenangan dan kelapangan masa yang kita sudah lama selesa dengannya. Ada masa kasih sayang kepada manusia yang sangat kita harapkan dan perlukan hilang dari hidup kita. Ada masa kita dilarang dan dihalang daripada perbuatan yang sangat kita suka melakukannya.

Itu semua menguji, tapi ada objektifnya.

Hati kita sudah terlalu banyak bergantung pada benda-benda yang tak kekal, tak kukuh, tak kuat dan tak pula memberi jaminan. Sehingga menjadikan kita terlupa atau tak nampak pada kebergantungan sebenar pada Allah S.W.T yang padaNyalah segala sesuatu bermula dan ditanganNyalah letaknya hal keadaan setiap urusan.

Saya suka kongsikan satu contoh..

KEBENARAN DALAM KOMUNIKASI.

Dalam komunikasi kehidupan, terlalu banyak kepentingan kita terhadap sesuatu perhubungan dan terlalu banyak pula harapan. Tapi dalam masa yang sama, kita berhadapan dengan segala kelemahan dan kekurangan yang selalu mencacatkan kita dalam memenuhi segala kehendak perhubungan itu. Kelemahan dan kekurangan itu fitrah, padanya juga ada mehnah, padanya jugalah hadiah.

Misalnya, hari ini kita tak puas hati dengan adik beradik kita. Mereka tidak menghargai kebaikan kita setelah kita berubah daripada seorang yang berakhlak buruk kepada akhlak baik. Ada pula adik beradik yang bagi kita tidak memberi sokongan moral seperti keluarga orang lain sedangkan adik beradik kita sangat jaguh dalam bercakap hal-hal agama dan persaudaraan.

Kita meletak harapan yang tinggi pada manusia. Hati kita sangat bersandar pada harapan itu. Kita sangat berpaut padanya. Dan apabila ditakdirkan Allah S.W.T menghalangnya seketika untuk menguji kita.... apakah reaksi kita terhadapnya?

Mahu disalahkan perkara yang hilang? Mahu didebatkan apa yang kurang? Mahu digaduhkan segala kelemahan dan kekurangan yang memang lumrahnya tak dapat dielakkan?

Itu bukan objektifnya.

Bukan objektif yang ada pada hati kita.
Bukan juga objektif ujian yang sedang Allah berikan itu.

OJEKTIF KITA

Kalau objektif harapan kita adalah kasih sayang, pergaduhan dan keluh kesah tidak membantu kita mencapainya. Sebaliknya, kesabaran sementara menghadapinya dan kebijaksanaan menyelesaikan masalah akan membantu kita. Dan yang paling penting, mencari jawapan bagi teka-teki ini daripada Allah yang Maha Tahu dan Maha Bijaksana atas masalah yang sedang kita hadapi.

OBJEKTIF UJIAN

Dan objektif Allah ta'ala apabila menguji hambaNya adalah sama ada sebagai:

  • peringatan di kala lupa dan leka, 
  • sebagai cara menambah kebaikan dan ilmu dalam hidup 
  • sebagai cara meningkatkan darjat kepada sebaik-baik insan yang layak memakmurkan bumi dengan kebaikan. 

Ketiga-tiga objektif yang disebutkan itu cara mencapainya ada pada Allah ta'ala. Pendek kata, Allah menguji untuk mendekatkan diri kita denganNya. Dengan membuang 'distraction' yang selama ini telah menghalang kita daripada mendekat kepada Allah, akan memudahkan kita kearahnya.

Kembali kepada masalah tadi. Biasanya kita akan cepat menyalahkan orang lain ketika kita kehilangan dan kekurangan .Kita rasa ia sepatutnya tak wujud jika orang lain berperanan.

Berhenti sebentar, kita perlukan masa merasionalkan masalah.

Kita mesti juga tahu bahawa adik beradik kita yang kita sangka tidak menghargai dan tidak menyokong itu ada sejarah panjang, faktor luaran, dan keadaan hidup yang mungkin menjadikan mereka sebegitu dan membentuk cara pandang yang berbeza dengan kita. Dan perkara-perkara seluas itu tidak mampu dikawal oleh kita, tak mampu dicerna oleh akal dan jiwa kita dengan mudah.

Jadi, membuat kesimpulan bahawa adik beradik kita hipokrit dan keras hati lansung tidak membantu...malah mungkin berdosa. Apa yang boleh kita lakukan adalah cuba bersangka baik, kita akan lebih prihatin berbanding banyak menunding. Kita juga perlu banyak memohon petunjuk Allah agar memberi jawapan atas persoalan yang diluar kawalan dan kemampuan akal dan hati kita untuk memahami. Agar kita lebih dekat dengan Allah ta'la, dan agar kita lebih dekat dengan kebenaran dalam berkomunikasi. Objektif diri tercapai dan objektif ujian Allah ta'la terhadap diri kita juga dapat diperolehi.

Kredit

Ramadhan ini, kita ada banyak peluang dan masa untuk merenung penyelesaian masalah yang berselirat dalam diri. Kerana Allah telahpun mencabut gangguan-gangguan yang banyak menghalang kita daripada mencari penyelesaiannya. Di saat dunia serba cepat ini mendidik kita untuk turut cepat membuat kesimpulan dan menunding jari, ambil masa sedikit untuk mencapai tujuan sebenar ujian-ujian ini. Tergopoh-gopoh itu sikap Syaitan, bertenanglah.

Berpuasalah sebentar daripada keterikatan dengan perkara sampingan. Kita tak mahu terus diganggu sehingga hilang fokus menjalankan tugas hamba dan khalifah dalam kehidupan.

Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan,
Semoga objektifnya tercapai,
Semoga lebih baik daripada tahun sebelumnya,
Semoga kita lebih memaknai jiwa hamba,
Semoga bertambah rahmat Allah pada kita semua.

Sekian...maaf salah silap,
Assalamualaikum.

















Entri Terakhir Saya

Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...