Surah al-Kafirun terkenal sebagai surah penguat iman. Ayat-ayat dalam surah ini menegaskan tentang prinsip seorang muslim lansung tidak sama dengan prinsip kaum musyrikin. Ia dianggap satu penyucian, satu pembebasan daripada kemelut dan kabus kesamaran jahiliah yang telah lama hidup dalam hati-hati manusia pada zaman itu.
Seperti berpisahnya minyak dan air ketika memasak, emas daripada lumpur ketika proses tamhees, atau apa jua proses dalam dunia ini yang memisahkan sesuatu daripada yang lainnya mahu tidak mahu ia bergantung pada satu kayu ukur. Satu prinsip, dan mekanisma.
Dan untuk muslim, kayu ukur itulah bukti kebebasan. Ianya menjadi satu-satunya cara buat membuktikan penyucian tauhid, kemerdekaan akidah daripada pengaruh adat mahupun falsafah.
Kayu ukur itu adalah yang kita lihat pada ayat di atas "aku tidak menyembah apa yang kamu sembah".
Kayu ukur itu tidak lagi menjadikan kafirin sebagai standard penilaian. Tidak lagi menjadikan dunia mereka, sifat mereka, kejayaan mereka, kecintaan mereka sebagai penilaian.
Manusia menjadi hamba kepada kayu ukur yang dipilihnya. Seorang individu akan membina mentaliti, emosi, kefahaman serta bergerak, bertindak, dalam kehidupan melalui kayu ukur yang digunapakai.
Seperti yang ditulis oleh Yasmin Mogahed dalam karyanya Reclaim Your Heart, kita boleh melihat punca feminism terjadi adalah kerana mereka meletakkan kayu ukur mereka sebagai lelaki. Apa yang lelaki capai harus bisa dicapai oleh perempuan. Apa yang lelaki mampu dan bebas untuk melakukan perlu juga diberikan kepada perempuan. Semuanya harus sama agar mereka tidak lagi dikongkong lelaki, ditindas kaum yang kelihatan lebih kuat dari wanita. Agar merdeka daripada mereka... Mereka menggunakan kalimah pembebasan tapi hakikatnya mereka tidak bebas. Mereka sebenarnya menyembah kepada kayu ukur mereka... iaitu lelaki.
Sedangkan Allah memuliakan wanita dengan meletakkan mereka di tempat yang lelaki tidak pernah boleh mencapainya. Keadilan Allah s.w.t bukan pada kesamarataan, tapi memberi pada yang berhak mendapatkannya. Di sebalik kelemahan perempuan, Allah menciptakan lelaki bertanggungjawab menjaganya. Perempuan tidak dibebani tanggungjawab mencari nafkah, melindungi waimma kerja-kerja rumah sekalipun bukan kewajipan baginya. Jika dia mengandung, syurga di bawah tapak kakinya. Jikalah puak-puak fenimism melaungkan Islam menindas wanita agar duduk di rumah menjadi satu kaum yang pasif, dan membiarkan lelaki menindas, mereka lupa yang menindas itu bukan dari ajaran Islam, namun lelaki-lelaki yang tidak mengambil endah pada ajaran Islam yang wajar dipersalahkan. Mereka lupa untuk membezakannya. Mereka salah mentafsirkannya. Mereka lupa bahawa wanita digalakkan untuk belajar, dan menyumbang kepada masyarakat sebagaimana yang pernah ummul mukminin lakukan pada zaman Rasulullah. Mereka kabur dalam ketamakan kepada pengiktirafan sehingga lupa bahawa wanita muslim tidak perlukan pengiktirafan manusia, mereka mencari pengiktirafan Allah.
Maka kita boleh lihat, apabila wanita cuba menjadi seperti lelaki, bekerja seperti lelaki... akan sampai satu masa mereka tidak mampu menjalankannya sehingga institusi keluarga yang sepatutnya dijayakan seorang wanita punah, akhlak masyarakat yang bergantung pada kekukuhan institut kekeluargaan lemah dan akhirnya bumi ini huru-hara. Antara faktornnya adalah manusia silap memilih kayu ukur.
Begitu juga ketika anak-anak muda menjadikan barat sebagai kayu ukur. Mereka mengkagumi cara pemikiran, pemakaian dan kepahlawanan yang sering disampaikan dalam filem-filem mereka. Menjadikan anak-anak muda kita berbangga bila dapat menyerupai mereka walaupun keciciran dalam pemahaman agama. Kerana di sana mereka memahami tanpa agama, manusia masih boleh bertamadun berdasarkan nilai moral dan penilaian sendiri. Sehingga hasilnya boleh kita lihat, yang paling menderita kehilangan identiti, masalah jiwa yang tidak ditemui ubatnya, serta kekosongan hati dan persoalan akal yang tidak berjawab dan tak terpenuhi adalah mereka yang menjadi mangsa kepada kayu ukur yang mereka pilih sendiri.
Begitu juga dalam kehidupan seharian, ketika kita menjadikan kayu ukur kita besar mana rumah dan kereta jiran sebelah, tinggi mana pointer housemate, berapa friend, follower dan like di facebook, twitter dan instagram... semua itu menjadikan kita menfokuskan seluruh tenaga dan pemikiran untuknya. Kita rela membenci dan mahu mendahulukan diri sendiri melebihi persaudaraan kerananya. Bukankah tanpa sedar kita telah menjadi hamba pada diri sendiri, pada kayu ukur yang ditetapkan nafsu kita. Bukan lagi hamba Allah,bukan lagi hamba yang bahagia itu... hatinya lapang dan bahagia melakukan perintah dan menjauhi larangan Allah?
Begitu juga dalam kehidupan seharian, ketika kita menjadikan kayu ukur kita besar mana rumah dan kereta jiran sebelah, tinggi mana pointer housemate, berapa friend, follower dan like di facebook, twitter dan instagram... semua itu menjadikan kita menfokuskan seluruh tenaga dan pemikiran untuknya. Kita rela membenci dan mahu mendahulukan diri sendiri melebihi persaudaraan kerananya. Bukankah tanpa sedar kita telah menjadi hamba pada diri sendiri, pada kayu ukur yang ditetapkan nafsu kita. Bukan lagi hamba Allah,bukan lagi hamba yang bahagia itu... hatinya lapang dan bahagia melakukan perintah dan menjauhi larangan Allah?
Kita dimomokkan bahawa Islam adalah kolot, dan ketinggalan zaman. Kadang bukan itu masalah sebenar, masalahnya apabila muslim yang memahami Islam tidak berjaya menyampaikan dengan cara yang terbaik, tidak berjaya menjadi agen perubahan. Bahkan lebih ramai yang menjadi penyebab orang benci dan lari daripadanya. Muslim hari ini sibuk menghukum, menghina, mencari salah saudara, sehingga kita lupa menyedarkan manusia agar kembali kepada ajaran sebenar, kepada kayu ukur yang sepatutnya kita bersandar.
Muslim hari ini berdoa agar Allah membantu mereka keluar daripada kehinaan ini, tetapi mereka lupa untuk kembali kepada kayu ukur yang membebaskan kita daripada penindasan lama. Yang disebabkan penilaian yang kita anuti.
Seakan meminta seorang Nabi datang kembali, membawa mesej Islam yang sama.
Kita harus kembali menyemak... di mana kayu ukur kita.
No comments:
Post a Comment