Thursday 27 September 2012

Tak perlu terima kasih, Tak perlu resah...

Allah berfirman:
                  وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَا يَخَافُ ظُلْماً وَلَا هَضْماً
Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal yang soleh, sedang ia beriman, maka tidaklah (seharusnya) ia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikitpun dari pahalanya.


Semua orang pernah buat baik,
dan ada juga yang berpenat lelah pada jalan Allah,
Ke sana ke mari bermusafir,
ada yang berjuang memenuhi hak makhluk semampunya,

Tapi kadang ada insan yang mungkin lupa berterima kasih,
lagi menghiris apabila dibalas hinaan dan cacian,

Mungkin di celah ini boleh kupersoalkan...
Adakah kerana itu kita perlu bersedih wahai kawan?
Adakah disebabkan itu segala usaha terus dihentikan?
Adakah disebabkan itu hak mereka kita enggan lunaskan?

Memang kita manusia biasa,
keinginan untuk dihargai dan dikasihi itu memang ada,
tapi bukankah kita lakukan semua itu untuk Allah yang Esa,
Semata-mata untuk benar-benar bergelar "hamba soleh" disisiNya,
Bukankah Allah itu Maha Menghargai?
Bukankah Allah itu Maha Mengasihi?
Bukankah Allah telah janjikan kemenangan?
Untuk insan yang benar-benar beiman?

Hati ini terus ber "husnuzhon",
mungkin mereka lupa dan tidak tahu,
atau tak berkesempatan atau malu...

Alangkah gembiranya kalau dapat bermanfaat sesama makluk,
ketika Redha Allah meneman disisi,
tiada berteman hasad, marah dan dengki,
cukup berteman rasa manis keimanan,

syurga itu ada,
keampunan itu ada,
bagi mereka yang sudi bersabar, berlapang dada dan terus memaafkan,
hanya kerana Allah,
Tak perlu lagi terima kasih,
Tak perlu lagi resah...





Friday 21 September 2012

IMTIHAN...

Selagi hidup seseorang itu,
sepanjang itulah imtihan dilalui,
imtihan dalam mengasihi makhluk,
imtihan dalam menjaga waktu dan kata-kata,    
imtihan menjaga pancaindera kemana diguna?,
imtihan melawan kemarahan dan keinginan nafsu membara,


Tapi semua imtihan itu....
Adalah ujian iman seorang hamba...
Dihadapan yang Maha Esa...

Entri Terakhir Saya

Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...