Friday 12 April 2013

Bangunan Ummah Ini,

Bangunan Ummah ini,
Ada pasak, ada batu batanya,
Pasak itu pemimpinnya,
Batu-bata adalah rakyatnya,
Kalau tiada pasak itu,
Maka tiadalah terpimpin bentuknya,
Kalau tiada batu-bata pula,
Manakan sempurna bangunannya.

Kita perlukan pemimpin yang senjati,
Tak perlu yang hensem atau pakai lamboghini,
Cukuplah mereka yang cintanya terpaut ukhrawi
Akhlak mulia, ilmunya tinggi,
Cekap memimpin dipanggil Qawiyy,
Digelar Amin tanda dipercayai,
Berjiwa pahlawan panglima beriman,
Langkah kaki dan katanya disahut taat,
Membentuk budi dan pemikiran rakyat,
Ketaqwaannya disegani,
Peribadinya memikat hati,
Kehidupannya disinari ubudiyyah,
Mensejahterakan rakyat baginya amanah,
Bukan wadah mencari nama atau saham yang salah,
Bebanan dipikul dengan jiwa yang resah,
Berhati-hati mengatur langkah,
Kerana yakin ianya akan dipersoal,
Takut-takut nanti menyesal.

Kita perlukan rakyat rabbani,
Iman di jiwa kukuh rohani,
Tak goyah dilanda fitnah dan Mehnah,
Saling membahu mencerdaskan ummah,
Bermuafakat ibarat para sahabat,
Akhlak menjadi jalan muamalat,
Pemikiran bebas tak bisa ditebas,
Memakmur Makrufat, Mungkarat dibanteras,
Berani dan bijak memilih hala tuju,
Menjadi "Hamba Allah" itu tujuan yang satu,
Kerana itu mereka terus bergerak berusaha,
Walau dizalimi kekal pada rentak yang sama,
Addin adalah cara hidup mereka yang mantap,
Justeru kebahgiaan mereka tiada yang bisa menyentap,
Walau badai melanda rumah tidak beratap,
Rakyat ini saling menguatkan antara mereka,
menutup yang lopong, menegakkan yang condong,
Tak kira tua, muda, rijal atau nisa',
Dalam saff yang sama bergerak serentak,
Kasih-sayang dan ilmu dibudayakan,
Pencetus Generasi mukmin berwawasan.

Bangunan ini bangunan yang kukuh,
Saling mengasihi ibarat tubuh,
Allah yang menguatkan ukhuwah yang kukuh,
Barulah bersatu teguh bercerai roboh.

Modus Operandi adalah al-Quran dan Sunnah,
Biar dunia digenggam tangan kekal menyerlah,
Tapi akhirat di hati tetap berdiri megah,
Berjuang terus bangunan ini pada wadah siasah,
Menegakkan kebenaran mencantas yang salah,
PRU 13: IniKalilah!

# Teruskan Muhasabah.



Entri Terakhir Saya

Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...