Thursday 21 January 2016

Perpisahan Mengajar aku...

Bismillah...

"Kullu nafsin zaaiqatul mawt, tsumma ilaina turja'uun..."

Setiap kali Allah bercerita tentang perpisahan dalam al-Quran, pasti di belakangnya diikuti ayat yang memberitahu tentang pertemuan dengan Allah. 

Seakan-akan syarat untuk betul-betul bersama Allah adalah perpisahan dengan yang lain.

Ah... perpisahan. Hati ini membengkak setiap kali menyebut kalimah itu.

Kebetulan waktu ini,  mood perpisahan sedang mengelilingi aku. 7 orang rakan Turki yang sudah 3 bulan di madrasah ini akan pergi ke rumah masing-masing dan kemungkinan tidak akan kembali lagi. Orang Turki ni dia punya speciality adalah (perempuan) sangat ekspresif bab2 emosi. Terutama dalam mengucap sayang. Kadang-kadang orang melayu yang kayu macam aku ni pun berani cakap sayang tanpa segan silu selepas duduk lama bersama mereka.

Malam ini adalah yang menangis,
Yang termenung panjang,
Yang pasang lagu sedih,
Yang sebak tak kenal tempat... haha

Bila tanya kenapa... "Esok kan kita tak jumpa dah...." jawab mereka.

Kebetulan  cuti ni aku berkesempatan baca buku "Reclaim Your Heart" karya Yasmin Mogahed. Aku galakkan sangat (harap sangat) semua muslim dapat baca buku tu. Sebab buku itu menerangkan tentang punca masalah kita apabila hati kita terikat dengan benda-benda di dunia dengan cara yang ringkas, dan tepat pada hati. 

Mereka menangis, dan ini buat hatiku turut sebak. Tapi aku belum boleh menangis... haha (tak mahu teran). Aku ceritakan pada mereka bahawa aku dulu kuat menangis disebabkan perpisahan. Perpisahan dengan orang aku sayang, dengan benda yang aku suka, dengan kebiasaan yang aku senangi, dengan sifat yang aku cintai... perpisahan-perpisahan itu semua mengakhirkan aku dengan kesan negatif pada diri aku sendiri. Penglihatan aku mula nampak seperti rabun. Lepas check dengan doktor, Doktor kata muscle yang pegang retina aku dah lemah, seperti mata orang umur 35 tahun disebabkan menangis terlalu banyak! Waktu tu umur aku baru 16. Mana taknya... selalunya kalau menangis mesti sampai bengkak mata, sampai esoknya tak boleh bukak. Lama-lama aku perlu ajar diri aku, tak boleh menangis di atas perpisahan.


Aku kagum dengan mak... dia susah menangis sebab perpisahan. Bila hantar aku kat airport pun ayah yang menangis. Mak steady je. Mak kehilangan ibu kesayangannya dalam umurnya lebih kurang 30 tahun. Malah ketika mengaji di England, arwah nenek sakit dan mak sukar berhubung dengannya. Apatah lagi bila Mak berkahwin dan dikurniakan anak pada tahun-tahun berikut. Masa Mak dengan arwah nenek tak banyak. Mak anak perempuan kesayangan sebab adik-adik perempuannya lahir lewat. Mak cucu cicit perempuan  pertama dalam keluarga. Mak dimanjakan, Mak selalu didahulukan oleh arwah nenek. Aku dah masuk umur 20... kalau Allah ambik mak aku harini, aku yakin aku tak dapat menerimanya dengan baik. Tapi mak kata masa ibunya meninggal mak tak menangis. Sebab mak tahu orang yang pergi tu balik pada rahmat Tuhan. Perpisahan hanya pada fizikal, hati tetap ingat dalam doa yang diangkat.

Mak adalah motivasi aku untuk tidak menangis lagi. (Walaupun masih menangis setiap kali webcam dengan dia.. haha)

Aku kongsi apa aku baca dari buku itu (Reclaim Your Heart) pada mereka rakan-rakan turki itu...

"Kalian tahu mengapa kita menangis setiap kali perpisahan?"

"Kenapa?"

"Kerana fitrah manusia sukakan benda abadi. Kita diciptakan untuk benda yang abadi (akhirat). Bila hati kita terikat dengan benda yang sementara, hati kita tersakiti. (Kerana bertentangan dengan fitrah kita) Setiap kali kesedihan menimpa kerana perpisahan adalah teguran untuk kita kembali kepada Allah. Yang Maha Kekal... yang tak akan tinggalkan kita."

Perpisahan membantu kita kembali pada Allah, iaitu Dia yang padaNya letak sumber kebahgiaan sebenar, sumber ketenangan dan ubat jiwa yang hakiki.

Kadang aku tersenyum dan bersyukur atas kemanisan yang telah perpisahan tinggalkan.

Jangan ucap selamat tinggal,
Ucaplah jumpa lagi,
Kalau tidak di bumi,
InsyaAllah di syurga nanti :')

Friday 15 January 2016

Istanbul Yang Ku Kenali.

Bismillah.



Semalam semalam, dunia digemparkan dengan letupan bom di perkarangan SultanAhmad. Tempat yang baru saja aku dan rakan aku yang seorang lalui minggu lepas, menghabiskan sebahagian cuti musim salji kami merakam memori winter 2016.

Allahu... siapa sangka, sewaktu aku tengah fokus belajar untuk peperiksaan pada pagi  Selasa lalu, dalam jam 10.00 begitu, ada kejadian yang mengorbankan nyawa 10 orang bersama 15 yang lan cedera.

Kejadian ini bukan kali pertama, tahun lepas semasa kami sedang mengaji di kursus bahasa guru kami menasihatkan "Saya tak galakkan kamu keluar ke kawasan Sultan Ahmet dan Taksim, kerana bom berlaku di mana-mana." Tahun lepas kejadian sama berlaku, di tempat yang sama.

Apa yang mengejutkan, berita ini menggemparkan seluruh dunia (pastilah dengan asbab media) dalam masa beberapa jam sahaja. Aku terlelap sebentar selepas penat belajar, terjaga sahaja telefon aku penuh dengan mesej baru masuk menanyakan pengesahan berita tersebut, juga risaukan keadaan pelajar-pelajar Malaysia di sini.
     
                         

Aku menyemak kemaskini berita di Facebook, hampir saja tiada berita lain selain daripada Turki! Baik daripada laman ajensi berita luar negara, juga asatizah-asatizah yang menyatakan kesedihan dan takziah ke atas apa yang menimpa Turki pada hari itu. Anataranya adalah Ustaz Nouman Ali Khan, Ustaz Abdel Ibrahim, Raef dan ramai lagi. Mulalah fenomena hashtag #prayforturkey dan #prayforistanbul di laman-laman sosial.


Aku yakin, Istanbul punyai tempat istimewa di hati-hati insan yang pernah singgah ke sini. Walaupun singgah untuk waktu yang sekejap... Tarikannya sangat kuat, kesan di hati dan ingatan sangat berlainan. Aku sendiri tidak dapat mengetahui sebab utamanya, tapi itulah, seakan ada rahsia di sebalik bangunan berusia itu.

"Aku gelarkan ini negeri cinta... Nak tahu kenapa marilah ke sini."  Sengaja aku post ayat ini di facebook, sebagai usaha kecil memperbaiki trauma masyakat manusia terhadap trajedi berdarah yang sedikit sebanyak memberi kesan negatif terhadap sektor pelancongan Turki. sehingga ada seorang sahabat kami mengusik di ruang komentar "Sudah ku kemari, namun masih belum ku fahami kenapa adinda menggelarkan negeri ini negeri cinta. Haha."

Bukan seorang, bukan dua orang yang aku temui yang memuji keindahan negeri ini. Bahkan si barat mengatakan "siapa yang menawan Konstantinople, dia telah menawan dunia."

Guru aku yang sekarang sedang menghabiskan pengajian master dalam bidang turkish literature (maaf tak ingat bahasa melayu dia apa) pernah berkata kepada kami "walaupun Istanbul adalah negeri yang sangat sibuk (melampau sibuk), tapi tiada satu bandar pun dapat melawan kelebihan yang ada pada negeri ini."

Negeri yang dipenuhi lebih kurang 14 juta penduduk ini, merupakan wilayah kedua terkecil Turki tetapi memiliki kadar penduduk yang paling banyak. Kerana sumber pendapatan dan pendidikan serta kemudahan yang boleh dikatakan lebih banyak dan lengkap daripada wilayah-wilayah lain. Di Istanbul juga adalah wilayah dimana majoriti pelajar Malaysia belajar.

                                          

Ayah aku ketika ziarah ke mari tahun lepas  mengatakan bahawa Turki adalah muzium terbesar dunia. Kerana seorang rakan Turki kami yang belajar sejarah berkata "Tamadun pertama dunia menetap di Turki, iaitu tamadun mesopotamia." Dari zaman itu sehingga ke hari ini, beberapa tamadun, dan empayar datang silih berganti menduduki negara ini, dan Istanbul beberapa kali dijadikan bandar utamanya kerana kedudukannya yang stratejik untuk pertahanan, perdagangan dan kelansungan hidup. Kerana itu memang wajarlah kalau hari pertama kalian menjejak Istanbul, kalian boleh ternganga melihat di kiri kanan bahu jalan terdapat bangunan-bangunan lama yang masih utuh berdiri berjirankan bangunan-bangunan baru yang tenggelam kewujudannya dek keindahan seni bangunan-bangunan bersejarah itu.

Di Istanbul, benda yang paling menarik perhatianku adalah masjid-masjidnya, semuanya hampir sama pada rupa, dan terletak berdekatan antara satu sama lain. Setiap satu masjid dibina pada zaman yang berbeza dan memiliki kisahnya tersendiri. Ketika tiba waktu solat, Istanbul seoalah-olah melaungkan azan dari perut buminya. Muazzin-muazzin mereka adalah mereka yang terpilih sahaja, bukan semua orang boleh menjadi muazzin di Istanbul, mereka perlu ada kelayakan tersendiri.

Image result for kız kulesi

Kisah cinta disimbolkan dengan Kiz Kulesi. Kasih seorang bapa kepada anak pula digambarkan dengan Masjid SultanAhmet dan Masjid Syehzade, Istana-istana lama memberitahu keadaaan masyarakat di zamannya, Tembok pertahanan Byzantium dan tentera Sultan al-Fatih mengajar kita tentang keikhlasan, kesungguhan, dan pengorbanan tanpa suara berbicara.


Yang paling menusuk kalbu, adalah makam Abu Ayyub al-Ansari r.a yang terletak di Istanbul ini... mengenangkan aku kepada jiwa-jiwa setia yang pernah bertemu Rasulullah sallahualaihiwasallam dulu, berjalan beribu batu untuk merealisasikan hadi baginda yang menjanjikan tentang pembukaan kota ini.


Tidak dilupakan sejarah Turki yang perit... dalam membentuk negaranya sendiri, dalam mencari identiti dan perjuangan ke arah hak mengamalkan agama dibumi sendiri... Istanbul menjadi saksi terhadap jatuh bangun pemerintahan Khilafah terakhir itu, bagaimana bibit-bibit kegagalan bemula apabila insan tidak lagi jujur membawa amanah pemerintahan, meninggalkan agama sebagai panduan, sehingga Allah menggantikan mereka dengan yang lain, dan menguji mereka sehingga mereka menyedari untuk cepat-cepat kembali kepadaNya, itulah yang menjadi pengajaran terbesar buat penduduk wilayah ini.

Istanbul seoalah-olah ibu kota dunia, atau lebih tepat dunia yang kecil. Di sinilah terhimpun pelbagai bangsa, agama, budaya, dan bahasa serta pemikiran. Dan benda yang paling indah untuk dihadam adalah bagaimana kebersamaan dan perpaduan masih hangat dirasai menguruskan perbezaan-perbazaan yang banyak itu.

Syair-syair ditulis untuk mengungkap rasa cinta dan kagum terhadap negeri ini. Juga lirik-lirik lagu-lagu yang dimelodikan untuknya. Dan aku... menjadikan penulisan ini sebahagian daripadanya.

Aku menemui insan-insan baik yang belum pernah aku temui seumur hidup aku di sini. Aku belajar tentang cara hidup dengan manusia, tentang sabar, tentang persaudaraan, tentang saling menghargai sesama insan, tentang kasih sayang, tentang tujuan hidup aku di sini. Istanbul bukan tempat yang mudah... banyak cabaran dan ujiannya, dan ujian itulah yang mendidik aku kembali kepadaNya setiap kali aku berasa lemah. Setiap kali aku dilanda kesedihan, aku berjalan seorang diri di kawasan-kawasan lama Istanbul, sambil mengenang kembali peristiwa sejarah silam yang memujuk diri agar tabah menempuh hari-hari mendatang. Istanbul buat aku lebih menghargai keluarga, buat aku lebih sedar... aku ni dah besar... hehe.

                               

Kini aku menetap di Fatih, dengan berjalan kaki 5 minit aku boleh sampai ke Makam Sultan Fatih yang terletak berdekatan rumahku. Mereka katakan tuan Istanbul adalah Eyyup, dan aku katakan menterinya adalah Fatih... Seakan-akan sabda Rasulullah itu dibawa oleh penduduk Eyyup dan dilaksanakan oleh penduduk Fatih, kalian akan temui Fatih sebagai bandar ilmu, bandar yang kaya dengan sisterm wakaf, juga pusat kepada badan-badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak-hak kemanusiaan.

Aku pernah berdoa "Ya Allah kembalikan aku kepada Fatih." ketika aku berpindah sebentar dari bandar itu... kerana jujur hatiku telah tertinggal padanya.

Istanbul yang aku kenali, bukanlah negeri biasa-biasa. Ada yang istimewa pada hati setiap orang yang menziarahinya...

Doakan kami, doakan negeri ini... Semoga kita berjumpa lagi.






































Thursday 7 January 2016

Madaya dan usaha kita...

Bismillah...

Baru-baru ini kita dikhabarkan tentang saudara-saudara kita di Madaya dikepung tentera Assad dan Hizbullah sejak 7 bulan yang lepas. Aku mendapat berita ini lebih awal daripada berita yang sampai dari Malaysia, mungkin kerana Turki lebih dekat dengan Syria dan saluran berita lebih cepat sampai kepada badan-badan kemanusiaan yang kebanyakannya berpusat di sini.

Data yang kami terima adalah, setiap hari 3 hingga 5 orang muslim di sana mati kelaparan. Tiada bantuan boleh dibawa masuk, dan tidak pula mampu untuk mereka keluar lari menyelamatkan diri, kerana sekeliling bandar ditanam periuk api bagi menghalang sebarang hubungan keluar masuk darinya.

Sekarang Badan-badan kemanusiaan berusaha membela dan bertindak di bawah kuasa undang-undang. Kelihatannya tidak ada cara lain melainkan menviralkan kesedaran ini sehingga ke pihak berkuasa dan pemimpin-pemimpin dunia.

Penulisan kali ini adalah sebahagian daripada tujuan itu. Semoga jika ada yang membaca turut sama membantu.

Kita rasa useless dan helpless kerana kita rasa betul-betul tak mampu membantu. Kerana halangan-halangan yang terlampau banyak menghimpit ummat pada hari ini. Halangan material, mahupun tenaga. Apatah lagi kuasa. Kenapa kita begini?

Aku petik surah Taghabuun, yakni surah Madaniyyah (diturunkan di selepas hijrah) yang dalamnya ada dua bahagian; 1. mesej kepada kaum kafir kurays, 2.Mesej kepada kaum muhajirin dan ansar.

Mari kita lihat bahagian kedua iaitu mesej kepada kaum muslimin selepas hijrah. Firman Allah S.W.T;

Tidak ada tertimpa sesuatu musibah kecuali dengan izin Allah, barangsiapa beriman kepada Allah adan dibimbing hatinya, dan Allah terhadap segala sesuatu adalah al-Alim.
Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, maka jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajipan rasul kami hanylah menyampaikan dengan terang.
Allah tiada tuhan melainkan dia, dan kepadanyalah orang-orang mukmin bertawakkal.
Ayat ini diturunkan sebagai motivasi kepada kaum mukmin pada waktu itu yang terpaksa meninggalkan Mekkah, kampung halaman, keluarga dan harta benda untuk berhijrah. Dan dalam motivasi Allah s.w.t memberi kunci kehidupan kepada orang mukmin iaitu meyakini Allah, mentaatiNya dan RasulNya, hanya menyembah Dia, dan bertawakkal kepadanya dalam sebarang urusan.

Pendek kata, ayat ini mengingatkan kembali kaum muslimin membersihkan kepercayaan mereka kepada Allah, supaya meyakini perancangan Allah tidak pernah salah, kekuasaan Allah tidak pernah kalah, pada ketaatan ada pintu kejayaan dan kemaksiatan mengundang rasa resah dan kelemahan, Mengingatkan kembali muslimin agar mengikhlaskan hati mereka kepada Allah dalam apa juga perkara, dan bersandar pada KeagunganNya setelah berusaha.

Apa yang berlaku di Syria adalah sangat menyedihkan, mungkin lebih menyedihkan daripada pengorbanan hijrah. Dan usaha-usaha serta kerisauan kita yang dirasakan sangat lemah ini juga menyedihkan, sepatutnya lebih merisaukan dari hati-hati muhajirin pada waktu itu.

Ada masanya, tidak semua benda boleh diselesaikan dengan bantuan kemanusiaan, ataupun kuasa undang-undang... pada saat itu kita boleh jadi mati akal sampailah kita mengaku... Allah sajalah dapat bantu mereka, kita mula yakin kita ini serba lemah, dan mula meyakini kuasa ikhlas dan tawakkal.

Ada masanya masyarakat dunia tidak menghiraukan, tidak kisah penderitaan saudara yang tinggal di bumi yang sama... pada saat itu, kita rindukan kepimpinan Rasulullah, yang berjaya membina akhlak persaudaraan muhajirin dan ansar.

Sayangnya... kita masih kehilangan senjata-senjata penting itu.

Iman kita belum betul-betul benar dihadapan Allah, kita masih ragu-ragu dengan bantuan dan aturanNya.

Ibadah kita masih belum sepenuhnya untuk Allah, masih terikat dengan kepentingan-kepentingan dunia.

Ketaatan kita masih ditepian, masih longgar dan kelompongan.

Sunnah Nabi jauh dari amalan, bahkan sampai ramai tak tahu kerana tidak diajarkan.

La ilaha illallah kita masih goyah. Dalam kehidupan seharian pun ada benda yang lebih kita cintai dari Allah, kita campurkan hak dan batil, kerana manjakan nafsu, manjakan kepentingan diri.

Tawakkal kita masih tak bererti... kepercaayan kita pada Alla tidak disertakan bukti. Kalau kita yakin tenaga, akal, rezeki, ilmu, kemampuan, dan banyak lagi itu semuanya daripada izin Allah, mengapa solat kita masih di akhir waktu, khusyuk apatah lagi, hiburan kita masih melalaikan, akhlak kita tidak dikemaskan,.. kita belum betul-betul merasainya... apatah lagi mahu menjadi hamba bersyukur.

Tanpa semua ini... bagaimana kita mengharapkan bantuan Allah bersama kita? Bagaimana kita harapkan kesedaran kaum manusia? Bagaimana kita mahu mengharapkan penederitaan di Maday dan Syria berakhir segera?

Seperti yang selalu diulang seorang murabbi, mungkin Allah melambatkan kemenangan ini kerana sifat-sifat dalam diri kita belum cukup untuk menyambut kedatangannya.

Ya Allah, maafkan kami dan dekatkanlah kemenangan dariMu.



Friday 1 January 2016

Make it simple.

Bismillah...

Today marks the last day of my final exam for the first semester. Alhamdulillah, at last... hehe

So again I get the chance to write something after being inactive for one month.

Just know I've taken my dinner with turkish friends in our house. There was etli borek (pastry with minced meat in it.), tomato soup, with bulgur pilav. While eating we was busy talking about the event that we are planning for next monday. Which is "exchange gift"... :) Maybe it will be the most suitable programme before 7 from us have to leave the house for good. Seems their 3 months intensive course here has nearly come to its end.

Among us, there was sister Jehide. She recommanded us to give ideas on what kind of gift can we buy for each other soon. Actually, each of everyone of us have our own friend's name that we will be buying gift to. And the name should be kept secret. Perhaps by telling ours likes and dislike will help the programme to be more succesful.

So we start the session from the first person until the last one. One of us said that she will accept anything as gift but she will be glad if she will not be given personal ornaments. She is not used to it... so do I.. hehe

Once she said that, sister Jehide gave us such a profound advice that I've never heard from anyone before. She told in this way; "In daily life, we should not put specific limit to our own likes except what we find in our deen (religion). Because such kind of comprehension will results in difficulties to get along with peoples around. And at the same time discourage us to try new things in life. For you young people, sometime there must be phenomenal things that your soul looking forward to try.. just dont be too hard to yourself."

Yes... it is true... by being simple in our life, we are helping others too. We will able to open our door for people to come into our life... we should welcoming people, not making them run away. Islam teach us to be friendly with people no matter how different we are in character. We are the nation who stand strong with brotherhood, and become weak when we dont hold tight to it.

It is such a small thing, but the effects is so significant in todays life.
If only we can be more sensitive about it.


*Because of my english is still weak, this post is open for any critics or correction for my language improvement :)




Entri Terakhir Saya

Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...