Sunday 19 May 2013

Pemacu Gerabak Remaja!!

Assalamualaikum semua, kaifa halukum? Hmm, lama tak update. Walaupun masih tersisa lagi mood PRU 13, ana tak ada ilmu yang banyak untuk tulis tentang itu. Jadi hari ni kita nak kongsi apa??


Ya! Tugas Remaja. Huih...remaja pun ada tugas tahu.
Bermaksud, remaja juga mempunyai alternatif untuk menjadi hamba Allah yang baik dalam kehidupan remajanya. Apa dia alternatif itu??

Alternatif itu adalah amanah.

Sedar tak kita wahai remaja, Waktu remaja adalah waktu yang sangat singkat. Start umur 11 tahun sehingga 21. Sekejap sahaja kan?.

Sedangkan pada waktu itulah, otak masih ligat, badan masih sihat, dan pada jarak waktu yang singkat itu jugalah kita baru nak belajar aplikasikan ilmu yang telah kita timba sewaktu kanak-kanak. Dan pada umur remaja juga, kita baru nak berjinak-jinak belajar bagaimana mahu jadi seoarang dewasa.

Ana pun masih 17 tahun ketika menulis post kali ni. Memang, satu kelemahan remaja adalah kita mempunyai Himmah (semangat) yang terlalu tinggi namun dalam masa yang sama, ilmu kita masih di tahap sedikit sekali.

Tetapi, Allah S.W.T tidak meninggalkan remaja dengan masalah itu tanpa cara menyelesaikannya. Kita diberikan tugas, melalui tugas itulah, kita mengasah kesabaran, kematangan, dan membina peribadi yang membolehkan kita membesar menjadi seorang dewasa yang "tahu" dan "mampu" untuk mengurus kehidupannya.

Wahai rakan2 remaja sekalian,
Apa agak-agaknya tugas itu? Tugas yang  mendorong kita untuk mencari ilmu, menggalakkan kita berani mencuba, dan menambah pengalaman di dada?

Gerangan tugas yang bagaimanakah?

Tugas kita tidak lain tidak bukan, adalah:
~Tugas sebagai hamba Allah.
~Tugas sebagai Anak kepada ibu bapa
~Tugas sebagai ahli dalam keluarga
~Tugas sebagai kawan
~Tugas sebagai pelajar
~Tugas sebagai sebahagian daripada masyarakat dan alam.

Pendek kata, tugas2 inilah yang membantu kita bergerak dalam gerabak menuju Mardatillah (Redha Allah) yang tidak akan dan tidak boleh berhenti sebelum roh terpisah dengan jasad. Tugas2 inilah yang menyedarkan kita, "Aku sebagai remaja juga ada fungsi, ada matlamat dan prinsip hidup!"

Ya! Tugas-tugas inilah yang akan mendewasakan kita. Baik dari segi rohani, jasmani, emosi mahupun intelek. Jadi kawan-kawan, dalam masa yang singkat inilah kita harus terus mengerah tulang empat kerat, gunakan masa sebaiknya, seoptimumnya agar tak menyesal kemudian hari.

Nikmat menjadi seorang remaja adalah nikmat yang besar dalam hidup seseorang muslim. Rajin-rajinkan diri kita membaca tokoh2 remaja yang menggerakkan kegemilangan Islam di muka bumi ini seperti Abdullah ibnu Abbas, Sultan al-Fateh, Salahuddin al-Ayyubi dan ramai lagi. Teruskan belajar skill itu daripada mereka, skill untuk menjadi seorang remaja yang berharga.

Sekian sahaja kawan-kawan,
Sehingga bertemu lagi insyaAllah.
Yang baik datang dari Allah, yang lemah dan khilaf daripada ana sendiri,
Assalamualaikum.

Entri Terakhir Saya

Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...