Tuesday 17 April 2012

Sahabat Naungan Arasy

Bismillah, Wassolatuwassalamu ala Rasulillah wa ala aalihi wasohbihi waman walah...

Assalamualaikum, alhamdulillah jam waktu kedah di tangan menunjukkan tepat jam sembilan suku di waktu malam...Allah masih sudi kurniakan hamba ini bernafas...tapi berapa kali hambanya bersyukur?

ana nak cerita tentang sebuah persahabatan=

Adapun sahabat asalnya adalah daripada perkataan suhbah iaitu orang yang selalu ada di sisi. Teringat lagu digi:

   "Bersamamu...bersamamu walau di mana jua" (mungkin ini maksud sahabat)

Tapi ada insan berkata pada kalamnya "sahabat sejati adalah sahabat ketawa dan berduka"...adakah cukup sekadar itu tugas seorang sahabat?...bersama untuk menangis dan ketawa hanyalah pada pandangan luar insan. Sedang sahabat sebenar adalah sahabat in and out. Yang membawa hatinya unuk memahami kesusahan yang dihadapi lantas air mata mengalir...Yang membawa jiwanya untuk ceria berjenaka lantas senyuman terukir gembira... sahabat adalah mereka yang ikhlas bersahabat...niatnya hanya kerana mencari Redha Allah S.W.T. Menginginkan kebahgiaan buat sahabatnya bukan hanya untuk di dunia tapi untuk di akhirat jua....

Kalimah Abdul Kadir Jailani waliullah: 
Hendaklah kamu berhubung dengan manusia tanpa nafsu

Maksudnya di sini adalah bersahbat tanpa perlu memikirkan keinginan peribadi atau kepentingan diri. Kerana jelas apabila niatnya berdasarkan nafsu maka rosaklah nilai sebuah persahabatan. Kerana itu kita boleh lihat ramai remaja kini yang amat dikesali, mereka ibarat permata di lumpur nan dalam...sanggup menconteng arang di muka teman, membuka rahsia, membuka aib, hatta menyihir sekalipun tiada batas untuk mereka lakukan... Lantas untuk apakah mereka bersahabat kalau bukan kerana nafsu...bila ada yang tidak kena dengan kehendak hati, ada saja perbuatan keji yang sanggup dilakukan. Apabila senang didekati, bila sukar dibiarkan sendiri...Bagai tong sampah yang hanya akan dekat bila hendak digunakan...

Sahabat kerana Allah adalah mereka yang melakukan bagi sahabatnya apa yang disukai bagi dirinya sendiri.
Kerana itu kayu ukur iman. Iman pula sahabat Taqwa, maka dengan taqwa itulah penyelamat insan dan sahabat dari kancah maksiat yang keji lagi menghinakan.

Sahabat kerana Allah juga adalah mereka yang memegang prinsip *Amar Makruf Nahi Mungkar*, alangkah indahnya andai setiap insan berpegang pada tali Allah, apa yang disuruh ada hikmah yang mengembalikan seribu nikmat serta ganjaran, sedang yang ditegah membawa keburukan yang merosakkan kehidupan. Paling kurang pun, apabila sahabat itu tertidur dalam kelas, sahabatnya mengejutkan kerananya Allah. Tidak mahu sahabatnya kurang mendapat ilmu dan ilmunya kurang diredhai. Akan terbit sinar cinta dari hati, bersahabat hnya kerana Ilahi...

Sahabat kerana Allah adalah merka yang matlmatnya jelas, bertemu,bersama dan berpisah hanya kerana Allah Ta'ala, Tiada kecewa walau sukar melanda malah menambah cinta pada yang Esa: 

Siapakah yang mahu memimpin sahabatnya ke syurga??

Siapakah yang mahu dinaungi arasy bersama sahabatnya??


7 Golongan Yang Mendapat Naungan Arasy Allah

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, Seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, Seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”

(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

MARI BERSAHABAT KERANA ALLAH!!

Yang baik datang dari Allah sedang yang keji dan hina datang dari hamba sendiri...
Assalamualaikum wrh wbr..semoga bertemu di lain penulisan....



No comments:

Post a Comment

Entri Terakhir Saya

Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...