Monday 18 August 2014

Bunga Budi.

Bismillah, permulaan bagi segala kebaikan.

Azan subuh berkumandang. Saya mengangkat air wudhuk dan terus menunaikan solat. Seusai solat, hajat untuk tidur semula dibatalkan memandangkan sebentar lagi akan bermusafir jauh.

Kebetulah, adunan doh pizza semalam masih berbaki di dapur. Saya ghalit menolong senior membikin donut sehingga tak sedar waktu dah lambat. Rancangnya dengan kawan-kawan hendak bertolak dari rumah pukul 7.15 pagi. Tapi akhirnya bertolak pukul 7.50 pagi.

Bila dah lambat, tiket seabus ke Bursa juga lambat. Kak Long sempat menarik baju saya di dalam bas, membisikkan sedikit nasihat.

"Kita kena tepati masa, tepati janji."


Tiket kami bertanda pukul 11.00 pagi waktu bertolak. Jadi kami punya hampir 3 jam sementara menunggu waktunya. "Kita ada dekat 3 jam ni, kita pergi masjid sana nak tak?"

Sebuah masjid lama kelihatan berdekatan dengan kami. Dengan pantas kami melangkah menuju ke masjid itu kerana awan kelihatan semakin gelap dan berat.

                                               

Ada pengalaman kelakar di situ... abaikan. hehe.

Setelah puas berehat dan mengambil gambar "selfie" kami mengambil keputusan untuk pulang ke kaunter tiket tadi. Alang-alang ternampak gerai "Kahvaltı ekmek" (roti sarapan), rakan-rakan singgah sebentar untuk membeli.

Pakcik Adnan, empunya gerai itu.

Kami disambut dengan senyuman ramah. Rakan kami berntanya padanya:

"Kaç lira?" (Berapa harga?)
"Beş lira." (Lima lira)

Rakan saya pun dengan ringkas berkata:

"Üç." (Tiga... sebenarnya kawan saya nak order tiga roti sarapan tu)

Pakcik tu ingat rakan saya sedang menawar harga. Lantas dia pun berkata dengan senyuman yang saya kira penuh ikhlas:

"Dört lira." (Empat lira)

Saya yang melihat dari jauh pun dah rasa semacam. " Ada ke, beli roti pun nak tawar-menawar?" Bisik hati kecil yang hairan.

Bila saya tanya pada rakan saya "Eh tadi, awak bargain harga ke?"

"Takdelah, kitaorang nak tiga roti tu, bukan tiga lira."

Allah, Allah... saya tak hairan dia turunkan harga, tapi saya hairan dia boleh senyum dan melayan kami dengan sangat mesra seperti anak sendiri sedangkan kami ni dikira warga asing yang tak dapat berbahasa dengan baik.


Setelah lama menunggu, akhirnya kami dapat naik seabus buat pertama kalinya ke Bursa. Baru saya tahu apa itu mabuk laut. Sekarang bolehlah saya tabik pada nelayan dan orang yang kerja offshore. Hebat!

                                 

Di Bursa, kami naik bas untuk sampai ke Çelik Palas. Esma Abla mengambil kami di perhentian bas.

Di rumahnya yang sederhana, kami semua dapat merasai kehangatan ukhuwwah mereka.

Baru pertama kali jumpa,
Bukan orang Turki,
Tak pernah ada rekod baik... rekod tak baik mungkin ada...
Hehe, tapi keluarganya menyambut kami jauh lebih mesra daripada menyambut anak perantauan pulang ke kampung.

Lebih sayu apabila Esma Abla memberitahu kami:

"I tell my mother about you, you are in Turkey without mother and father. She cried. And when you came here, she started to cry again."

Kami dijamu dengan makanan tradisi Turki dan manisan yang sungguh lazat. Mungkin kerana merek tahu nasi adalah makanan harian kami, nasi seperti nasi ayam dihidang dengan banyak di atas meja. Nak makan banyak pun tak terlarat. 

Ketika kami makan dengan penuh selera mungkin kerana penat agaknya, ibu Esma Abla menitiskan air mata di hadapan kami. 


Wahai, Allah saja yang tahu mengapa kami sebak waktu itu.

Setelah makan, kami dibawa berjalan-jalan di Bursa. Ziarah pejabat Hayrat, Ulu Camii, Masuk bazar besarnya, Ziarah makam Osman Gazi dan keluarganya dan melihat pemandangan Bursa dari atas bukit. Indahnya.


Saya tahu kakak yang membawa kami itu juga keletihan. Dari pagi sampai lewat malam menghitungkan kami. Kami tak meminta, tapi dia memberi. Tanpa berat hati dan keluh kesah di wajahnya sedikitpun, dia melayan kami.

Sebelum berpisah, saya berkata padanya;
"I want thank you so much and I would like to say sorry for troubling you."

"You are not troubling us. We are the one who should thank you because you came here." Jawapannya mengharukan.

Kami pulang dengan bas yang juga diuruskan olehnya. Bas kami lewat. 11.00 malam baru sampai di terminal. Subuh baru kami sampai di rumah.

Saya membuka telefon setelah mengecasnya, saya terima mesej dari Esma Abla;


***

Kisah hari ini tak penting pun, tak ada kaitan dengan dunia Islam, negara, atau keselamatan nyawa dan akal.

Cuma, ia berkaitan dengan hati budi.

Hati budi yang dapat mencorakkan bumi ini, menjadi tempat yang lebih indah untuk hidup bersama. Seperti bunga-bunga yang mengindahkan taman-taman. Budi mengindahkan taman hati insan.



Bukalah matamu wahai hati,
Renungilah kebaikan mereka ini,
Qudwah itulah hikmah,
Siapa yang menemuinya,
Sangat perlu mengambilnya.

Sekian,
Yang baik semuanya dari Allah,
Yang lemah maafkan saya hendaknya,
Assalamualaikum.








2 comments:

  1. Alhamdulilah. Dapat menimba ilmu diluar bahan bacaan. Eluk buat catatan dengan lebih detail kerana tidak tahu suatu hari akan menjadi bahan yang amat berguna dalam dakwah. Kerana dakwah termasuk apa yang Allah suruh kita lihat dengan mata dan hati. Ibu pasti ini sudah diketahui. Cuma merupakan satu 'gentle reminder' takut lupa. Ibu seronok membaca. Satu gaya bercerita yang santai tetapi memberi kesan.

    ReplyDelete
  2. insyaAllah ibu... doakan saya diberi kelapangan dan idea untuk menulis. Bakat menulis saya sangat kurang, kadang-kadang saya sukar mengolah pengalaman menjadi cerita, atau saya sendiri yang kurang menghargai pengalaman...hehe

    ReplyDelete

Entri Terakhir Saya

Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...