Friday 1 June 2012

WAHAI KEKASIH

Bismillah, Assalamualaikum sahabat2 sekalian, semoga semua sihat hendaknya, masa ana terlalu suntuk nak update kali ni jadi ana hanya mampu hadiahkan sebuah sajak untuk antum semua,

WAHAI KEKASIH...

Kutitipkan warkah ini mungkin untuk kali terakhir,
semoga cukup sebagai tanda kasihku padamu,
disini ku ingatkan diriku dan jua dirimu,
pengembalian kita hanya pada yang SATU...

wahai kekasih...
Ingatlah, dunia ini ujiannya hanya ibarat kain buruk,
tapi betapa ramai yang telah menjadi mangsa kerananya,
Ingat-ingatlah kekasih diriku dan dirimu, Rasulullah,
Quran jadikan petunjuk,
Sunnah sentiasalah dikau rujuk,
kerana kehidupan ibarat sebuah perjalanan,
hanya mudah bagi yang tahu segala peraturan,
memahami lantas menuruti...
mengetahui hikmah segala larangan dan suruhan,
sentiasa melakukan perbaikan,
bagi memancing rasa cinta dan rahmat tuhan...

wahai kekasih,
moga dikau berjaya menempuhnya...

Assalamualaikum wa fi amanillah,
asif jiddan fimuhasabah...



No comments:

Post a Comment

Entri Terakhir Saya

Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...