Monday 13 June 2016

Amanah Pelajar Luar Negara.

Bismillah.

"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasulnya, dan janganlah kamu mengkhianati amanah yang diberikan kepada kamu sedang kamu menyedarinya."

(al-Anfal:27)

Bercakap tentang amanah, skopnya besar. (Saya bukan nak bercakap tentang parti Amanah Negara ya..) hehe. Kali ini saya akan mengecilkan skopnya kepada amanah seorang pelajar di luar negara.

1)Kepercayaan

Apabila seorang pelajar ke luar negara, dia dihantar dengan kepercayaan penjaganya. Ibu ayah, guru-guru, kalau yang datang dengan biasiswa mereka diletakkan kepercayaan oleh badan yang membiayai mereka. Kepercayaan untuk patuh kepada arahan, dan segala pantang larang diamanahkan sebelum berlepas. Kerana tanpa kepercayaan, tiadalah keberanian mereka untuk menghantar kita. Ibu Ayah peracaya tanpa keberadaan mereka, kita boleh jaga peribadi, jaga solat, jaga kesihatan dan sebagainya. Badan yang memberi kita biasiswa percaya kita boleh menjadi pelajar cemerlang dan berkebolehan. Kepercayaan itu adalah harga kita dihantar terbang. Ia bukanlah harga yang murah untuk dijual beli dengan perkara yang tidak patut.

2) Maruah

Bila berada di negara orang, sensitiviti kita terhadap "air muka" bertambah. Kerana di negara orang, bukan sahaja maruah diri dan keluarga yang kita bawa, malah maruah negara kita juga turut kita galas. Kita menjadi duta kecil negara ke mana saja kita pergi. Kalau kita berakhlak buruk, kita dihina bukan lagi dengan nama sendiri, tapi nama negara.

4) Bahasa

Bahasa adalah ujian Allah yang besar. Kerap kali mereka yang mahir berbahasa dengan bahasa-bahasa asing diuji untuk amanah dalam menggunakan bahasa. Kita boleh mengutuk, menghina, mengumpat dengan bahasa yang orang tidak tahu. Apapun Allah tahu, bahasa itu amanah, perlu digunakan ditempatnya.

5) Masa

Di luar negara, kita memiliki masa yang sangat berharga yang mungkin tidak dimiliki oleh pelajar lain di Malaysia. Tapi kita dihantar untuk belajar, ramai pelajar yang lupa akan hal ini apabila menuntut di luar negara. Ada yang sibuk melancong, berniaga, bekerja, dan berhibur malah ada juga yang menyibukkan diri dengan program-program sehingga tergadai pelajaran. Masa perlu dibahagi dengan baik, agar amanah yang dibawa masa tidak tergadai.

6) Harta benda

Amanah ini adalah amaah yang paling senang membuat kita terlupa. Lebih-lebih lagi jika pelajar dihantar ke tempat yng seronok untuk membeli-belah seperti Istanbul ini. Duit yang dibekalkan untuk memenuhi keperluan, kadang-kadang dibelanjakan di tempat yang tidak beberapa penting secara berlebihan. Tiada siapa yang akan mengawal kita kecuali diri sendiri.


Kita perlu diingatkan selalu, tertutama ketika jauh dari ibu bapa agar bertanggungjawab memikul amanah ini. Tiada siapa lihat, mungkin tiada siapa yang akan tegur. Tetapi cukuplah dengan kesedaran bahawa Allah melihat, kita berhati-hati dalam menggunakannya.

Wallahua'lam.













No comments:

Post a Comment

Entri Terakhir Saya

Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...