Thursday 7 March 2013

Iman itu ada bila Fokus.


"When You Work with the Present of Allah, you Will be Present with Allah Creation"
-Syakh Hamza Yusuf Hanson-

Assalamualaikum semua, 

Hari ni kita nak cakap pasal "menyegarkan" kehidupan dengan Allah. 

Macam mana?

Semuanya bertitik tolak dengan keimanan. Semakin kita rasa Iman itu sesuatu yang bernilai, semakin itulah kita dapat rasakan indahnya kehadiran Allah dalam perbuatan sehari-hari kita.

(1) Kita dididik sejak kecil untuk merasa kehadiran Allah dalam langkah-langkah kecil kita. Bermula dengan "DOA". sejak bangun tidur, makan, pakai baju, keluar masuk tandas, rumah, masjid dan banyak lagi.

DOA bermaksud meminta, memanggil dan menyeru. Allah mengabulkan doa mengikut kesungguhan hati manusia dalam menuturkannya. Logik atau tidak jika anda memanggil seseorang, tapi tidak sedar siapa yang anda hendak panggil itu?. Tidak bukan? Namun sayang, kita sering melakukannya ketika kita memanggil kepada Allah, memohon sesuatu dariNya. 

(2) Kita juga dilatih oleh Allah untuk membesarkan Allah  5 kali sehari ketika menghadapNya sewaktu solat. "Allahu Akbar" bermaksud; Allah Maha Besar, lebih besar daripada segalanya termasuk semua urusan duniawi kita.

(3) Kita sentiasa diperingatakan untuk mensucikan hati dan takut melakukan dosa, kerana takut dan cinta kepada Allah 


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Orang mukmin itu melihat dosanya ibarat gunung yang menghempap (gerun), Manakala ahli maksiat pula akan melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap di atas hidung (remeh).
(riwayat Bukhari)

Daripada hadis di atas, Rasulullah menggunakan perkataan "umpama" atau lebih tepat imaginasi atau keyakinan dalam hati. Yang hanya diperoleh daripada hati  mukmin yang khusyuk mengingat Allah.

(4) Rasulullah berpesan agar kita menghadirkan Allah dalam setiap Ibadah. Ibadah bukan hanya pada solat, zakat dan doa. Ibadah adalah segala laku kerja kita selagi nyawa masih ada dengan syarat ia diniatkan untuk menghambakan diri kepada Allah.

Ihsan ialah engkau berserah diri kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya,Jika engkau tidak melihatNya, yakinlah Dia melihatmu. (HR Bukhari)
Bernarlah kata-kata Allah dalam surah al-Raad atat 28.


Iaitu orang2 beriman dan tenteram hatinya dengan mengingati Allah, Ketahuilah! dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.

Pada ayat di atas, Allah mendahulukan kalimah "Aamanu" iatu orang2 beriman sebelum ayat "mengingati Allah". Kerana tiadalah terhasil ketenangan daripada mengingati Allah kecuali daripada hati yang benar-benar memahami dan beriman kepadaNya.

Orang bahagia, susah nak berkerut dahi, sukar dihidapi darah tinggi, murah senyuman, mesra pandangan, kuat ingatan, cergas badan dan kesihatan. =)

Semua ini lahir dengan mengingati Allah...
Memandang ciptaan Allah sambil ingat kepada penciptanya.
"Ingat"....itulah Fokus yang dimaksudkan.
Sedar agar yang pudar menjadi jelas dan segar.

Sebelum berpisah...ingatlah Kata-kata Allah dalam hadis Qudsi ini yang bermaksud:

"Aku menurut sangkaan hambaKu terhadap diriKu, dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepadaKu"


Yang baik daripada Allah,
Yang lemah daripada ana,
Sekian, asif jiddan,
assalamualaikum.




No comments:

Post a Comment

Entri Terakhir Saya

Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...