Tuesday 24 April 2018

Puisi Depresi

Bismillah

Depresi,
Satu rasa tak tergambar oleh kata,
Tak dapat difaham oleh teori sahaja,
Tak tertembus oleh mata,
Tak tercapai oleh anggota,
Tersorok hampir bergelar rahsia,
Terungkap bunyinya jenaka,
Digelar sebagai penyakit,
Yang mungkin adakah penawarnya?

Depresi,
Mungkin hanya yang merasai,
Dapat berkongsi rasa ini,
Ibaratnya orang yang sedang lemas,
Timbulnya mengharap dapat bernafas,
Tenggelam hanya menunggu mati,
Ibaratnya orang yang terperangkap dalam mimpi,
Mahu bangkit dalam alam realiti,
Tapi pintu-pintu yang mengurung diri,
Semuanya terkunci.

Depresi,
Pasti saja ada mulanya,
Yang mana diharap tiada wujudnya,
Tapi apakan daya,
Ianya ibarat nila,
Yang merosakkan susu semuanya.

Depresi,
Tuhan tak memberikan satu perang,
Kecuali pada yang layak berjuang,
Andai kau gugur dalam jalan ini,
Ku tahu niatmu murni,
Moga syahid menjadi ganti.



No comments:

Post a Comment

Entri Terakhir Saya

Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...