Monday 27 June 2016

Ramadhan, Menghidupkan Cinta Rasul

Bismillah.

Bulan ini, siaran radio dan televisyen menyiarkan program-program diniah yang banyak. Rancangan tazkirah, tilawah, tafsir dan banyak lagi. Semuanya akan menyediakan kita ruang mengenang Rasulullah S.A.W seakan-akan baginda di samping kita pada hari ini.

Al-Quran yang diturunkan pada bulan Ramadhan, menjadikan kita berusaha membaca al-Quran dengan memperbetulkan bacaan, dan memperdalam kefahaman kita terhadap ayat-ayatnya seakan-akan mahu meniru bagaimana Rasulullah SAW membaca dan menghayatinya. Pembacaan kita pada bulan ini membawa kita merasai semangat ummat dahulu ketika wahyu mula-mula turun.

Sunnah mula diikut. Makan kita mula dengan doa, solat kita di awal waktu, sedekah diperbanyakkan, menghubungkan silaturrahim dengan jiran tetangga, bangun tahajjud, bersahur, dan banyak lagi sunnah yang lain kita lakukan menjadi wasilah kita memperbaharui penghayatan kita terhadap kehidupan baginda SAW.

Hadis-hadis yang dibaca, kisah sirah yang dikongsi, disebut-sebut di rancangan televisyen dan masjid-masjid membuat kita kembali mengenang cara hidup dan zaman baginda yang mulia, dan kembali merenung sejauh mana akhlak dan qudwah baginda sallahualaihuwasallam sudah benar-benar terpatri dalam peribadi.

Sungguh Ramadhan kali ini, mengenangkan kita semua kepada Nabi Muhammad S.A.W. Nabi yang dihantar menjadi rahmat dan petunjuk bagi sekalian alam.

Sallahu alaihi wasallam.

No comments:

Post a Comment

Entri Terakhir Saya

Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...