Sunday 30 April 2017

Oh usrah...

Bismillah.

Usrah itu wasilah,
Tempat membangun ummah,
Menghasilkan insan-insan qudwah,
Yang boleh memikul amanah.

Tapi kerana sudahlah lama,
Sistem usrah diwarisi manusia,
Makin dilupa asal jiwanya,
Tidak terasa harga nilainya.

Kata orang usrah tempat berkumpul,
Orang-orang yang berakal tumpul,
Makin diikut makin terkubur,
Tidak digembur hilanglah subur.

Usrah diikuti setahun sudah,
Namun niat masihlah goyah,
Walaupun dihias doa rabitah,
Hati-hati makin terpisah.

Usrah hanya ibarat berjumpa,
Ayat, hadis dan tadabbur sahaja,
Kerana hadaf ahli berbeza,
Mungkinkah sepakat jalan yang sama?

Kalau dibawa satu cadangan,
Jawabnya lambat penuh tentangan,
Yang mana ada kelebihan,
Bukan digilap malah ditendangkan.

Bukan usrah yang dipersalahkan,
Susunanya elok kemas diajarkan,
Seperti kereta yang cantik menawan,
Pemandu cuai akan kemalangan.

Kerana akhirnya ianya wasilah,
Manusia mencari obor merubah,
Dunia yang kini kian parah,
Perlulah ahli kuat dan gagah.

Utama sekali ikhlaskan hati,
Agar seragamlah langkah kaki,
Ukhuwwah disuburkan oleh cinta,
Yang suci murni kerana Dia.

Tubuh yang satu sekali diseru,
Jawabnya sekali datangnya satu,
Asal itu sudah ada,
Mudah dicapai matlamat kita.

Perbincangan harus digilap fikir,
Berfikirlah dengan adanya ilmu,
Hati terus dihidupkan zikir,
Berzikirlah dengan jiwa hambamu.

Usrah bukan fatamorgana,
Yang hanya seperti bayang-bayang,
Dianggap ada didatangi hilang,
Wujudkan dia di alam terang.

Oh Usrah,
Seperti hukum alam semuanya,
Yang bermula ada tuanya,
Yang lama perlu ada gantinya,
Usrah juga begitulah hendaknya.

















No comments:

Post a Comment

Entri Terakhir Saya

Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...