Sunday 11 November 2018

Bebelan Ulangtahun ^^

Bismillah.


"Qayya, apa rasa dah umur 22?" tanya rakan serumah saya sewaktu tengah sibuk bersiap-siap ke sekolah.

"Entah, rasa dah tua." jawab saya pendek.

Rasa-Dah-Tua... haha, poyo sangat jawapan ni.

Maksud saya bila sebut rasa dah tua, adalah rasa seperti sudah melalui beberapa fasa hidup. Sebelum ini saya tak perasan pun ada perubahan dalam umur dan peribadi. Tapi sekarang, realiti bahawa kehidupan mendewasakan peribadi semakin terasa.

Kalau dulu asyik fikir diri sendiri sahaja, sekarang dah mula terdorong untuk fikir tentang hidup orang lain.

Kalau dulu kerjanya hanya mengikut trend dan hanya menunggu ditolak orang, sekarang dah mula terasa perlu membuat keputusan sendiri dan melangkah walaupun tiada teman akan menyokong pilihan kita.

Kalau dulu selalu menangis sebab disakiti, sekarang ada jentikan untuk menangis bila menyakiti... (Ayat tak boleh jiwang lagi kan? haha, maafkan saya).

Kalau dulu hidup banyak dibentuk "apa yang orang suka", sekarang dah perlu fikir "apa yang kita perlu buat."

Umur dah 22, BARU nak sedar benda-benda ni. Dan rasa berat nak didik diri dan ubah peribadi. Lagi-lagi bila peribadi itu kita dah bela selama berpuluh tahun yang sudah, dah tak lut kata orang 😂

Mungkin boleh saya kongsikan kepada kawan-kawan sedikit yang saya belajar tentang motivasi dalam mengubah diri:

1) Mesti ada orang/tokoh/idola yang kita mahu contohi. Tak jadi macam dia pun tak apalah, tapi dapat tiru sikit-sikit pun jadi.

2) Mesti tanya "How much do you want from it?" Lagi banyak kita mahukan perubahan, lagi besar kita rasakan urgensi perubahan, lagi kuat dan cepat langkah kita.

3) Kalau mahu menjadi ajen perubah, tanyakan diri "How much do you care?" Sebab kadang kita ni tertipu dengan diri sendiri yang macam kisah, tapi tak lebih sekadar menyibuk nak tahu. Jadi daripada menjadi pengusaha mencari solusi, kita selesa menjadi tukang cakap yang petah berbicara.

4) Bagi masa untuk apa yang kita nak jadi. Part ni memang tak ada siapalah boleh tolong. (Video ni best: THE SECRET TO BUILD SELF-DICIPLINE

5) Cari dan duduk bersama orang-orang yang percaya dan mahukan perubahan kita. Jangan membazir masa melayan cemuhan orang yang lebih cenderung melihat keburukan kita. Ya kita ada keburukan, tapi kita perlu sokongan untuk percaya kita mampu berubah, bukan percaya kita memang ditakdirkan hidup dengan kelemahan dan perangai buruk kita.

6) Ikhlas. Yang ni semua tahu kot. Kenapa ikhlas? Supaya walaupun susah atau senang, walaupun sedih atau gembira, kita tetap ada pergantungan untuk tidak berputus asa. Siapa? Mestilah Allah ta'ala. Yang Maha tahu dan Maha melihat usaha kita.

***

Kita kongsi 6 jelah eh. Banyak-banyak lebih baik karang buku kan? hehe

Kalau tahun lepas saya namakan umur 21 sebagai fasa beramal, tahun 22 ini saya namakannya tahun menyediakan diri. Tahun untuk melengkapkan diri dengan bekalan karakter, semangat dan mind-set yang sepatutnya untuk terus melangkah.

Dah 22 dah kot, haha.. orang asyik tanya bila nak kawin?

"Tak prepare lagi, perangai masih macam budak-budak." Jawab saya.

Sekarang tahu tak kenapa umur ini dinamakan "Tahun Menyediakan Diri?" Haha.. ofkos bukan untuk kahwin. Tapi untuk cuba mencari jalan untuk fit-in dengan realiti, sebab orang kata realiti tak akan fit-in dengan kita 😎

Firman Allah ta'ala yang bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, bersiap siagalah kalian, dan majulah (ke medan perang) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama!  (Surah Nisa:71) 


Terima kasih semua yang menjadi sebahagian dalam hidup ini.
Selagi namanya pemberian Tuhan, baiklah dia,
Dan layaklah untuk dihargai
Dan disyukuri.

No comments:

Post a Comment

Entri Terakhir Saya

Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...