Monday 8 February 2016

Ego Modern

Bismillah

Credit image

Kadang kamu perlu memecahkan hatimu berkali-kali agar ia terbuka.

-Rumi-

Apa yang aku faham daripada kalam hikmah di atas adalah, mahu membuka hati bukan perkara mudah. Kadang-kadang Allah memberi jalan yang sukar, kerana itu cara terbaik menyampaikan kita kepadaNya.

Yang menariknya kalimah "pecah" yang digunakan seakan simbol kepada kekerasan hati yang menyebabkan hati terhalang daripada menemui Tuhan

Dan kekerasan hati yang paling banyak dilalui manusia adalah Ego...

Ego dalam kacamata orang lama sangat simple... ia didefinisikan dengan sifat "degil", "sombong", "angkuh"... malah orang lama menyampaikan nasihat kepada golongan ini dengan peribahasa. Mudah sekali.

Tapi Ego versi modern, sangat halus... sukar dilihat. Ia bersembunyi di balik timeline facebook, newsfeed twitter, penulisan-penulisan artikel, video yang comel-comel dan trendy walaupun yang menulis atau mengupload semua itu adalah orang agama! ia tetap ego!

Bila dia menjadi ego? Ketika mesejnya sendiri dakwah? Bahkan kepada Allah?

Wahai... ini sangat menyebakkan dada.

Apa yang dapat kupelajari semasa program di Konya minggu lepas, manusia yang mendahulukan nafsu ammarahnya akan kalah mengawal rasa permusuhan. Mereka menurut seluruh kehendak nafsu ketika berhadapan benda yang tidak disukai ataupun disukai. Mahu melenting, melentinglah, mahu mengherdik, mengherdiklah, mahu memutuskan persauradaan sekalipun akan diputuskan. Kerana dia mencintai nafsunya, kalau boleh segalanya perlu menuruti keinginan nafsunya. Orang-orang sekelilng perlu buat baik padanya, barulah dia suka. Siapa tidak akan dibencinya... kerana dia menyukai dirinya sendiri.

Ya... itulah dia, menyukai diri sendiri. Itulah ego.. atau bahasa agamanya "mencintai nafsu"

Baru beberapa ketika aku baca buku Reclaim Your Heart karya Yasmin Mogahed. Kali ini di bawah tajuk Facebook: The hidden Danger. (http://www.yasminmogahed.com/2011/02/27/facebook-the-hidden-danger/)

Beliau dengan kemas menyatakan bagaimana sistem facebook memberi makanan kepada ego, menjadikan ego kuat dan sampai satu masa kekuatannya menguasai kita.

Ego kita diberi makan apabila menjadikan segala yang kita tulis, post dan share mewakili rasa menyukai perhatian, penerimaan, dan rasa suka orang terhadap kita. Bukan lagi niat berkongsi ilmu, ataupun niat sebenar sudah tercicir dari landasan.

Bukan sekadar facebook, malah whhatsapp, twitter, moment wechat, semuanya memiliki kesan yang sama.

Yang bahaya daripada ego modern ini adalah ia menular dalam alam realiti pula.  Kita lebih pentingkan perhatian dan penerimaan orang pada diri lebih pentingkan diri sendiri sebelum perhatian Allah. Kita mencari perhatian dan keredhaan orang lebih daripada keredhaan dan perhatian Allah... maka tanpa sedar, kita jauh dari Allah... walaupun asalanya dia adalah seorang daie siber yang mahu mengajak orang kepada Allah.

Bukan mahu menidakkan kegunaan laman sosial... setakat mahu menyedarkan diri agar berhati-hati, agar tidak menjadi hamba kepada diri sendiri.


















No comments:

Post a Comment

Entri Terakhir Saya

Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...