Friday 12 February 2016

Puisi buat DSAI

Bismillah,

Ku tuliskan puisi ini buat seorang pemimpin yang sudah lebih setahun dipenjara.

Aku anak 90'an,
Waktu membesar negaraku aman,
Tak sedar waktu itu ada seorang insan,
Terpaksa dipenjarakan,
Tak pasti sama ada tuduhan atau rekaan,
Tapi untuk digunapakai menjadi alat politik,
Adalah sangat menjijikkan.

Ketika di sekolah rendah,
Tempoh tahanan tamatlah sudah,
Tak sedar politik negara sudah berubah,
Ada parti baru menyerlah,
Di bawah nama Pakatan Rakyat melangkah,
Yang berserban berjubah,
Bercheongsam merah,
Yang bersari dan kurta juga,
Mencipta satu suara gagah,
Nafas baru siasah.

Setahun berlalu,
Perginya murabbi dirimu,
Yang pernah menjadi pakar rujuk,
Ketika keadaaan memburuk,
Sayang sekali,
Dirimu tak sempat bersua,
Menyampaikan tanda sayang dan cinta,
Kerana dihalang jeriji penjara,
Buat kesekian kalinya.

Dalam tahanan,
Mendengar banyak perkhabaran,
Yang meruntun hati kami,
Bagaimana pula hatimu??

Telah pulang bapamu,
Adalah satu kehilangan,
Parti yang pernah bersatu dulu,
Sudah saling berpecahan.

Negara semakin tenat,
Seakan bukan lagi negara berdaulat,
Yang memimpin tidak putus mengelat,
Akalnya ligat... tapi sayang,
Niatnya terencat.

Parlimen merindukan suaramu,
Rakyat merindukan kepewiraanmu.
Mahu mencari pengganti,
Bilakah akan ditemui.

Kami terus berdoa,
Untuk kebaikan tuan dikurungan zahir itu,
Walau hakikatnya jiwa tuan bebas seluas langit biru,
Yang terpenjara adalah mereka-mereka,
Yang kalah dengan hawa nafsu.

Aku pernah bermimpi,
Dikau menjadi imam,
Solat subuh kami,
Pandangan matamu tajam dan tegas,
Seusai sembahyang terlunas,
Masih tidak ku temui maknanya,
Hanya yang aku tahu,
Ujian ini adalah teguran,
Ada yang perlu dibetulkan.



















No comments:

Post a Comment

Entri Terakhir Saya

Bismillah. Pejam celik pejam celik, dah tujuh tahun dah umur blog ini. Saya masih ingat pesan Kak Teh masa dia menolong saya membuka a...